017

3.1K 261 97
                                    

Aku termenung.

"Aku bukan seorang yang baik"

Tak tahu kenapa kata kata yang dia tujukan kepada aku tadi buatkan aku rasa kurang selesa sekarang ni.

Daripada tadi aku tak boleh lupakan tentang apa yang dia baru sahaja luahkan tadi. Apa yang dia cuba maksudkan sebenarnya ?

Memang lah dia tak baik. Tiada manusia dalam dunia yang dilahirkan suci. Sudah semestinya ada side baik dan buruknya seseorang itu bukan ?

Bila aku fikir balik banyak benda yang aku rasa was was dan pelik dengan Jungkook ni sebenarnya. Bukan sahaja kewujudan dia yang pelik lagikan aneh.

Malahan juga diri dia sendiri.

Dengan lelaki aneh bernama Taehyung yang datang ke rumah aku malam semalam dan sepertinya mereka bukanlah dalam hubungan yang baik.

Dan apa yang Taehyung cakap dekat aku semalam macam samar samar sikit.

Dia cakap aku ni merupakan kunci kepada jawapan yang Jungkook cuba cari. Tapi jawapan apa ? Jungkook cuba cari apa sebenarnya ?

Aku geleng kepala perlahan.

"Haih , kenapa aku peningkan kepala aku fikirkan pasal semua ni ha ?" aku membebel seorang diri.

"Tula pasal. Aku tengok kau dah macam orang gila dah ni" suara garau seseorang membuatkan bahu aku terhinjut kerana terkejut.

Pantas sahaja aku menolehkan kepala ke tepi dan memandang ke arah lelaki pendek lagikan gay sejati di sebelah aku ini.

Entah dari ceruk mana dia muncul dekat rooftop ni aku pun tak sedar. Tengok tengok je tetiba dia muncul betenggek kat batu ni di sebelah aku.

"Yah , lain kali kalau nak datang sini bagitahu lah aku. Bagi salam ke apa , terkejut aku. Nasib baik aku takde lemah jantung ke apa tau" aku bebel seorang diri.

Woozi hanya mengukirkan senyuman nipisnya. Dia tidak memberikan pandangan kepada aku. Matanya tertumpu ke hadapan sahaja.

Menikmati pemandangan yang indah dari tingkat atas sekali ini. Di bahagian rooftop ini.

Aku hanya tersenyum dan terus pusingkan kepala ke hadapan semula. Kami berdua sama sama menikmati pemandangan di hadapan kami.

"Kang Areum" Woozi memanggil nama aku dengan nada yang mendatar.

"Hurm ?" aku menjawab tanpa memandangnya.

"Aku nampak kau makin rapat dengan sepupu kau"

"Sepupu ? Maksud kau , Jungkook ?"

Woozi hanya mengangguk seraya tersenyum. "Kang Areum"

"Ye Woozi , apa Woozi pendek aku ni nak ha ?" aku ketawa kecil.

Woozi hanya tersenyum memandang aku. Dah biasa sangat dengan perangai aku yang suka ejek dia pendek dan tak matang. Lagipun ini lah persahabatan kami.

"Kita dah kawan lama kan ?" dia menyoal aku sambil memandang wajah aku.

"Kita dah berkawan sejak lahir lagi , Woozi. Agak agak berapa lama tu eh ?" aku mengusap dagu dan membuat mimik muka berfikir.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now