epilogue

1.5K 176 69
                                    

10 tahun kemudian

Seoul , South Korea — Bumi Korea digemparkan dengan pelbagai perkara yang menarik dalam bidang sains dan teknologi dan kini isu yang menjadi viral berkaitan sains dan teknologi ialah projek penciptaan A.I Robot.

Dunia kita didedahkan dengan pelbagai jenis isu berkaitan dengan robot di mana sekarang isu yang menaik sekarang berkaitan dengan penciptaan robot yang tak ubah seperti manusia.

Hanya mempunyai kebijaksanaan , kekuatan dan kepantasan yang luar biasa daripada manusia yang dapat membantu manusia dalam sesuatu pekerjaan.

Berikut berkaitan dengan projek penciptaan A.I Robot akan disoal saintis terbaik di dunia yang juga merupakan seorang penduduk Korea yang sangat genius. Projek seterusnya adalah untuk mencipta A.I Robot yang tak ubah seperti manusia.

Adakah saintis itu akan berjaya ataupun tidak ? Saksikan berita selanjutnya dalam News HD

Beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding mula kelihatan. Gambar yang menunjukkan seorang gadis yang baru sahaja graduate dari sekolah menengahnya.

Kemudian gambar gadis tersebut yang semakin meningkat dewasa dan sudah pun graduate universiti dan seterusnya gambar gadis itu yang memegang sijil bidang sains dan teknologi.

Gadis itu tersenyum lebar di dalam gambar dengan tubuhnya tersarung kot berwarna putih tak ubah seperti ahli saintis biasa pakai.

Sijil sijil saintis bidang teknologi juga diletakkan di dalam bingkai gambar di rak rak tersebut. Piala yang menunjukkan kepakaran sainsnya juga turut kelihatan.

Areum dengan kot berwarna putih tersarung di tubuhnya itu pantas berlari ke arah satu tempat ke satu tempat lain di dalam makmalnya.

10 tahun sudah berlalu , dia masih tidak berputus asa untuk menjalankan uji kaji terhadap apa yang ingin dilakukannya.

Papan kekunci komputer ditekan tekan dengan jari jemarinya laju sahaja. Setelah mengakses sesuatu di dalam komputernya terus papan kekunci 'enter' ditekan.

"Harap harap kali ini berjaya"

Dia memejam matanya rapat dan berdoa di dalam hati perlahan. Berharap supaya Tuhan akan memakbulkan doanya ini.

Pendrive hitam terus sahaja dicucuk ke dalam komputernya. Pantas sahaja dia meninggalkan komputer itu lalu berlari ke arah suatu tempat.

Tempat di mana dia meletakkan bahan uji kajinya. Sesusuk tubuh manusia yang tidak berbaju kelihatan disambung sambung dengan beberapa wayar.

Areum menatap wajah lelaki itu.

"Anneyong , A.I Jeon 3" Areum bersuara perlahan.

Matanya fokus memandang sesusuk tubuh lelaki yang berada di hadapannya itu. Berharap sangat supaya bahan uji kajinya akan bernyawa sepenuhnya.

Titt titt titt !

Mata Areum membulat.

Bunyi monitor yang menunjukkan nadi dan jantungnya tiba tiba sahaja berbunyi menandakan jantungnya sedang berdegup !

Pantas Areum menoleh memandang lelaki di hadapannya itu dengan matanya terbuka luas.

"Jungkook...."

Tiba tiba kedua dua belah mata lelaki itu terbuka serentak. Hampir termelatah Areum jadinya kerana terkejut dengan tindakan ciptaannya itu.

Lelaki itu perlahan lahan menoleh dan memandang wajah Areum. Pendrive yang merupakan memori milik Jungkook mula diakses ke dalam ingatan lelaki itu.

Air mata mula berkumpul di tubir mata Areum. Bibirnya mula bergetar melihat lelaki itu.

"Anneyong , Kang Areum" perlahan lahan senyuman manis terukir di wajah lelaki itu.

Besi besi yang memegang tubuh badan lelaki itu serentak terbuka membuatkan lelaki itu dapat bergerak bebas akhirnya.

Lelaki itu mengangkat kedua dua belah tangannya dan memerhatikan tangan dan tubuhnya dengan pandangan terkejut.

"A-Areum , ma-macam mana kau..." lelaki itu mengerutkan dahinya memandang Areum.

Areum tidak menjawab malahan dia terus berlari ke arah lelaki itu dan memeluk tubuh lelaki itu erat. Air matanya mengalir deras.

"Aku rindukan kau , Jungkook... aku betul betul rindukan kau..."

Perlahan lahan senyuman nipis terukir di wajah Jungkook. Terus sahaja dia membalas pelukan gadis itu. Ubun ubun rambut gadis itu dikucupnya lembut.

"Aku pun rindukan kau jugak , lembap"

Di saat itu , Areum yakin yang dia sudah pun berjaya mencapai kebahagiaannya. Kerana kebahagiaannya hanyalah satu , lelaki itu.

Jeon Jungkook.

Walaupun semua ini memakan masa 10 tahun lamanya untuk dia mencipta semula lelaki itu dengan kebolehan yang dia ada , dia tidak kisah.

Kerana , dia berjaya sekarang.

Berjaya bertemu semula dengan kebahagiaannya.

"I love you , Jeon Jungkook"

Bibir Areum dan Jungkook pantas bersatu. Air mata yang mengalir membasahi pipi Areum kini menjadi saksi kepada kebahagiaan mereka berdua semula.

Walaupun mereka berpisah pada mulanya , namun kerana cinta yang begitu ajaib , mereka bersatu semula.

Jungkook membalas ciuman Areum.

Kerana segala keperitan dan kesengsaraan yang kita semua alami , kita pasti akan bertemu dengan kebahagiaan pada akhirnya juga.

Itulah kehidupan.

— the end —

okay naisss ff ni habis jugak akhirnya . okay neul tau cite ni sebenarnya merepek and korang macam keliru sebab jungkook ni robot ke manusia HAHAHAHHA entahlah neul pun tak tahu

neul main belasah je. ala ff kan ? tak semestinya semuanya kena logik boleh jugak jadi tak logik dan nampak macam dongeng sebab semuanya daripada imaginasi kita sendiri

so... ff ni best tak ?

kalau tak best dan ada banyak kekurangan i hope readers boleh maklumkan dekat neul so that neul boleh perbaiki kesilapan neul and akan buat ff yang lebih advance daripada ni

so , i hope korang dapat ambil pengajaran or anything dalam cerita ni

thank you the most dekat readers semua kerana sudi membaca ff merapu ni dan juga sudi vote dan comment ff ni

neul sangat sangat appreciate korang semua !!

last , i purple you my dear readers 🙆‍♀️💜

—neullie <3

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें