006

5.2K 395 174
                                    

Pandangan aku yang tadinya gelap menjadi terang semula selepas seseorang menanggalkan kain hitam yang menutup kedua dua belah mata aku ini.

Seluruh tubuh aku terasa sangat lemah sangat sekarang ni. Dan baru aku menyedari bahawa aku sedang duduk di sebuah kerusi.

Bukannya kerusi yang biasa. Kerusi besi yang mengunci kedua dua pergelangan tangan aku dengan alatan besinya itu. Seperti aku sedang diculik tau sekarang ni !

"Anneyong Kang Areum-sshi" suara garau seorang lelaki menyapa aku.

Pantas aku dongakkan kepala bagi memandang wajah lelaki bermisai lebat itu. Dahi aku berkerut memandang wajahnya. Setahu aku , tak pernah aku jumpa dengan pakcik ni.

Aku agak dia dalam pertengahan 40-an. Lelaki bermisai lebat yang tak dikenali itu hanya mengukirkan senyuman lebar kepada aku sahaja.

"Ka-kau siapa ?" suara aku mulai gugup.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Sah ! Aku sedang diculik. Tempat yang aku berada ni pun aku sendiri tak tahu di mana.

Ianya seperti di dalam sebuah bilik kecil. Macam dalam bilik soal siasat detektif yang aku selalu tengok dalam drama.

Ada meja dan ada tingkap besar hitam yang sebenarnya merupakan cermin yang orang di luar sahaja yang boleh lihat keadaan di dalam.

Lelaki itu hanya tersenyum. "Maafkan saya sebab berlaku kurang adab. Memperkenalkan , saya Encik Jang"

Aku masih memberikan pandangan ragu ragu kepadanya. Aku tak kenal lelaki ini dan aku tak rasa yang lelaki ni merupakan orang yang baik.

"Jangan takut , saya tak akan apa apakan awak Cik Areum. Saya bawak awak ke sini untuk membuat perjanjian dengan awak" jelasnya tenang.

Sebelah kening aku terangkat ke atas mendengarkan sahaja kata kata yang meniti di bibirnya itu.

"Ma-maksudnya ?"

"Saya Encik Jang , pembantu pengerusi syarikat ini. Dan cik merupakan client kami yang sangat bertuah"

"Tunggu , apa ?"

"Nama cik dah pun di daftar dalam senarai client kami. Dan kami akan jalankan khidmat kepada cik dengan sebaiknya yang kami mampu" kata katanya diakhiri dengan senyuman lebar.

Aku masih lagi memberikan pandangan keliru kepadanya. Apa yang dia cakap satu pun aku tak faham dan tak dapat nak tangkap.

"Untuk pengetahuan cik , kami dari Error Company. Dan company kami dibina dan diketuai oleh boss kami yang diberi gelaran Eomma. Syarikat kami tidak terlalu popular di buah mulut orang kerana kami merupakan syarikat yang membuat urus niaga secara rahsia. Syarikat kami dikawal sepenuhnya di bawah Darkweb"

"Tunggu , darkweb ? Website pelik tu ?"

Dia tersenyum segaris mendengar kata kata aku. "Ianya bukan website pelik. Tetapi website yang melakukan aktiviti yang diharamkan kerajaan dalam rahsia"

Aku tersentak.

"Ja-jadi apa aktiviti haram yang syarikat awak buat ?" aku beranikan diri untuk menyoal Encik Jang.

Dia tersenyum.

"Kami cipta robot menggunakan DNA manusia sepenuhnya. Ciptaan kami yang digunakan untuk menyenangkan hidup manusia. Dan melakukan apa sahaja yang disuruh dan dikehendaki oleh manusia manusia dalam dunia ni. Namun ini semua tak bermakna yang mereka ini robot, bukan. Mereka merupakan manusia tetapi luar biasa"

Aku makin keliru.

"Dengan kebijaksanaan Eomma , syarikat kami dapat mencipta seorang manusia yang mempunyai IQ yang sangat tinggi , kuat mengalahkan 10 orang lelaki dan mampu melakukan apa apa sahaja yang tuannya inginkan"

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now