012

4K 298 75
                                    

Waktu sekolah sudah pun tamat. Mulanya memang aku nak balik terus dengan Woozi tapi bila diingatkan balik yang aku kena jalankan denda yang Cikgu Go suruh terus tak jadi.

Maknanya terpaksa la aku balik lambat harini. Lagipun kalau aku balik lambat bukannya ada sesiapa yang tunggu aku dekat rumah pun.

Omma dengan appa mesti sibuk dekat tempat kerja diorang macam selalu. Di mana end up nanti diorang mesti chat aku cakap diorang tidur kat pejabat.

Sekarang ni aku dengan Jungkook tengah berjalan bersebelahan menuju ke arah stor sukan di bahagian blok C yang dimaksudkan Cikgu Go.

Keadaan di antara aku dan Jungkook sunyi sepi sahaja. Tiada seorang pun yang mampu membuka mulut untuk mengeluarkan sebarang suara.

Mungkin sebab apa yang jadi antara aku dengan Jungkook tadi buat kitorang berdua jadi awkward.

"Ehem" Jungkook berdehem perlahan.

Aku tidak memandang dia langsung. Aku nak tunjuk dekat dia yang aku juga ada perasaan marah.

Jujur aku katakan , aku tak suka lelaki bermulut manis. Melayan aku begitu baik sekali sehingga buatkan aku jatuh cinta pada akhirnya.

Kerana itulah apa yang berlaku di antara aku dan Park Jimin. Lelaki yang aku jatuh cinta kepadanya selama 10 bulan.

Bukan main layan aku baik gila lepas tahu aku ni suka dia , terus dia layan aku teruk sampai macam ni sekali.

Bukan sahaja kata kata dia menyakitkan sahaja , malahan juga tamparan dia jugak menyakitkan pipi aku !

Dasar lelaki.

"Areum aku—" kata kata Jungkook terhenti.

"Cikgu Go !" aku memanggil Cikgu Go yang ada di hadapan kuat.

Terus sahaja langkah aku diaturkan cepat ke arah lelaki itu. Cikgu Go yang baru sahaja ingin melangkah pergi , menghentikan langkahnya.

Dia memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap aku. Dahinya berkerut memandang aku yang tiba tiba sahaja menghampirinya.

"Cikgu nak balik dah ?" aku menyoal.

Cikgu Go mengangguk laju. "Kenapa pulak ni ?"

"Kan cikgu denda kami untuk bersihkan stor sukan dekat blok C tu. Cikgu tak teman kami sekali ke ?"

"Ohhh itu. Kamu pergi bersihkan sendiri. Cikgu tak boleh nak pantau kamu sebab ada hal dekat rumah so cikgu kena balik awal"

Aku mengangguk faham. Kalau macam tu baik aku cabut je tak payah bersihkan stor sukan. Kan senang.

"Tapi kamu jangan nak mengelat eh. Esok pagi kalah cleaner cakap kamu berdua tak bersihkan stor sukan tu , siap kamu esok" Cikgu Go mula memberi ugutan.

Aku tersengih bagai kerang wangi. Dia ni dapat baca fikiran aku ke apa. Baru aku plan nak lari tadi. Aduhai.

"Dah cikgu nak pergi dulu. Kamu elok elok kemas nanti okay ?"

"Nae !" aku memberikan senyuman manis kepada Cikgu Go sebaik sahaja dia mula melangkah pergi meninggalkan aku.

Sebaik sahaja kelibat Cikgu Go sudah hilang , senyuman aku terus mati. Aku menggulingkan mata ke atas menyampah.

"Areum aku—"

"Kalau kau nak balik cepat , baik kau cepat. Aku malas nak dengar kau cakap tentang benda yang tak penting" aku membalas kasar sebelum melangkah pergi meninggalkan Jungkook seorang.

Dia melepaskan keluhan berat.

*^*^*^*

Masuk sahaja ke dalam stor sukan ini , aku mula gasp perlahan. Sejak bila sia bilik stor sukan ni macam luas semacam ? Macam mana aku nak kemas semua tempat ni ?

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now