024

2.2K 221 125
                                    

"Go go go girll !!!"

Jungkook menjerit kuat kepada aku membuatkan mata aku membulat memandang dia.

"Yah ! Kau gila ke apa ? Jangan bising boleh tak ? Kalau cikgu ke siapa ke nampak kita ni macam mana ?" aku memarahinya dalam nada berbisik.

Dia hanya terkekek ketawa.

Well , disebabkan Jungkook ni comel sangat orangnya. Aku tak mampu nak tolak permintaan dia bila dia ajak aku ponteng sekolah dan pergi bermain bersama dengan dia.

Entah ke mana dia nak bawak aku pun aku sendiri tak tahu.

"Cepatlah sayang meh meh oppa sambut meh !" Jungkook tergelak comel.

Kedua dua belah tangannya didepakan luas seperti membuat aksi ingin menyambut aku dari batuan tiang yang memisahkan kawasan luar dan kawasan sekolah.

Aku yang berada di atas batu tinggi itu memberikan pandangan menjengkelkan kepada lelaki tak tahu malu itu.

Baru sahaja aku ingin mendarat di atas tanah , entah di mana silap aku , aku hilang imbangan dan hampir terjatuh menyembap tanah.

Mata aku terus dipejam rapat.

Aku mengerang kesakitan tatkala tubuh aku terjatuh di atas tanah. Tapi yang peliknya sekarang rasa sakit dia tu tak sakit sangat macam biasanya jatuh tanah.

Aku buka mata aku dan pandang hadapan.

Mata aku membulat tatkala wajah Jungkook menghiasi pandangan. Dia memejam matanya erat dan dahinya berkerut menahan sakit.

Tunggu , aku jatuh atas dia ?!

"So-sorry Jungkook !!!" aku mula gelabah.

Aku memberikannya wajah yang cemas dan risau. Mana tahu kalau kalau Jungkook tiba tiba naik angin ke apa sebab aku jatuh atas dia.

Mustahil lah kalau dia cakap yang dia tak sakit sekarang ni. Dengan belakang badan dia yang terkena batu batu kecil lagi. Dengan aku yang mendarat atas badan dia lagi.

Tiba tiba dia ketawa.

Kening aku terangkat. Aku memandang dia pelik. Apahal pulak dia tiba tiba je gelak ni ? Gila ke apa mamat ni ?

"For the first time , I get to feel that" dia berkata perlahan.

"Nae ?"

"How it feel when you are on the top of me" dia tersenyum sinis.

Entah kenapa kedua dua belah pipi aku terus membahang apabila mendengar dia berkata begitu kepada aku.

Aku ketuk kepalanya kuat.

"Argh sakitlah Areum !" refleks kedua dua belah tangannya menyentuh kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh aku.

Aku terus bangun. Kain skirt aku ditepuk perlahan bagi menghilangkan debu debu itu. Aku pandang Jungkook yang mula bangun itu buat seketika.

Pervert lelaki ni rupanya.

"Yah , korang buat apa kat luar tu ?"

Bahu aku terhinjut kerana terkejut mendengar suara asing yang datang dari arah belakang. Pantas tubuh aku berpusing ke belakang dan melihat ke arah gerangan suara.

Holy crap !

Ianya cikgu disiplin !

Mata aku membulat kerana terkejut melihat wajah cikgu itu. Dia memandang wajah aku dan Jungkook silih berganti dengan wajahnya yang garang.

"Kamu ponteng ya ?!"

"Areum , jom !"

Aku terus menoleh ke arah Jungkook apabila dia tiba tiba sahaja menarik lengan aku. Mata aku dan dia saling bertemu buat seketika sebelum kami berdua terus melarikan diri.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now