008

4.8K 360 234
                                    

"Aku ingat kita sempat ehe" Jungkook di sebelah menggaru kepalanya yang tak gatal.

Aku hanya memandangnya sekilas sebelum menggulingkan mata aku ke atas. Punyalah kitorang berlari bagai nak rak last last lambat jugak.

Dan bagusnya hanya aku dan Jungkook sahaja yang lambat pada hari ini. Mana pulak budak budak sekolah aku yang selalu datang lambat tu ?

Haish.

Kalau aku ikut Woozi awal pagi tadi untuk ke sekolah dah lama dah tak kena denda macam ni.

Ni semua sebab aku nak pergi lambat sikit sebab Jungkook. Kalau aku pergi ke sekolah dengan Jungkook bersama dengan Woozi , tak ke nanti kantoi ?

Syarat keempat ; aku tak dibenarkan untuk memberitahu orang lain tengang kewujudan Jungkook.

Kalau orang lain tahu tentang Jungkook dan aku , tak ke nanti aku dah terlanggar syarat. Apa akibat dan risikonya pun aku tak sanggup nak tanggung.

"Disebabkan kamu berdua lambat , saya nak denda kamu berdua bersihkan stor sukan dekat blok C" arah Cikgu Go.

Aku ternganga memandangnya. Dude , stor sukan tu dah lah luas nak mati. Agak terpencil jugak dari bangunan lain.

Mampu ke do kitorang nak bersihkan semuanya ?

Aku memandang wajah Jungkook sekilas. Dari tadi dia tayang muka tak bersalah dia tu dekat aku. Eyyy aku sumbat dalam jamban karang.

Aku melepaskan keluhan berat.

*^*^*^*

"Wah wah wah tak sangka member aku sorang ni dah tersenerai dalam list budak budak nakal ehhh. Ewahh siap kena denda datang lambat sekolah lagi" Woozi di sebelah tak henti henti memerli aku.

Aku menggulingkan mata ke atas sebelum memaparkan wajah menjengkelkan kepada budak pendek yang tak sedar diri di sebelah aku ini.

"Kenapa ? Marah ke ? Alolo kau fikir aku nak pujuk kau ?" Woozi ketawa terkekek kekek.

Ribut tak , gempa tak , kepalanya pantas sahaja aku ketuk kuat. Dia mengerang kesakitan lalu mengusap kepalanya dengan kedua dua belah tangannya perlahan.

"Kau pahal pompuan ?!" pandangan cari gaduh Woozi tayang.

Eleh tak sedar diri dia tu pendek ada hati pulak nak gaduh dengan aku. Sepak karang.

Belum sempat Woozi nak bukak mulut untuk sedia berperang mulut dengan aku , pergerakannya terhenti tatkala cikgu mula masuk ke dalam kelas.

Budak budak kelas aku yang lain semua mula berpusu pusu berlari ke tempat masing masing.

"Attention !" Namjoon selaku president class mula berdiri.

Budak budak kelas aku termasuk dengan aku sekali mula menegakkan badan kami dan memberi perhatian penuh kepada Miss Choi.

"Takpe takpe , tak perlu greet. Saya nak keluar kejap lagi" ujar Miss Choi lembut.

Mendengarkan sahaja arahan Miss Choi , Namjoon terus menganggukkan kepalanya sebelum dia mengambil tempat semula di kerusinya.

Aku hanya memerhatikan sahaja Namjoon yang sudah pun duduk. Pandangan aku kini terus dialihkan ke arah Miss Choi.

Baru aku perasan yang Miss Choi tidak keseorangan ketika masuk ke dalam kelas ini. Aku terus menoleh memandang ke arah pelajar yang berdiri tegak di sebelah Miss Choi itu.

Riak wajah aku berubah.

Aku terlopong. Mata pulak sudah pun membulat melihat wajah pelajar lelaki yang langsung tidak asing bagi aku.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now