030

977 139 29
                                    

"Areum !!!"

Areum yang sedang duduk memeluk kedua dua belah lutut dengan belakang badan disandarkan ke dinding sambil menangis itu terkejut mendengar jeritan memanggil namanya.

Pantas sahaja gadis itu bangun daripada duduknya dan meluru ke arah Eomma , Taehyung dan Encik Jang yang berlari menghampirinya itu.

"Jungkook macam mana ?"

Setibanya di hadapan Areum , itu merupakan soalan pertama yang meluncur keluar daripada bibir Taehyung.

Bibir Areum bergetar. Air matanya deras mengalir membasahi pipi. Kepalanya digeleng perlahan tanda tidak tahu.

Sejam lamanya dia menunggu di luar bilik kecemasan namun doktor yang ditugaskan untuk merawat Jungkook masih tidak keluar lagi.

Taehyung mengeluh berat.

Kalau mereka semua tak bersetuju untuk hantar Jungkook seorang ke dalam bagi menyelamatkan Areum , semua ini tidak akan berlaku !

Memanglah mereka berjaya menangkap Hoseok dan telah pun memaklumkan perbuatan Hoseok kepada pihak polis dan pihak polis pun sudah mengambil tindakan.

Namun Jungkook pula yang menjadi mangsa. Jungkook terjejas.

Eomma yang melihat Areum dalam keadaan yang teruk itu menggigit bibir bawahnya. Wajah gadis itu lencun dengan air mata yang tidak henti henti mengalir deras.

Manakala rambutnya pula sudah pun berserabai teruk tak ubah macam orang gila sekali pandang. Eomma mengetap bibir rapat , sedih melihat anak perempuannya sebegini.

"Areum..."

Tanpa meminta kebenaran daripada Areum , Eomma terus meluru ke arah gadis itu dan tubuhnya didakap erat oleh wanita itu.

Areum tidak menolak namun terus sahaja membalas pelukan wanita itu. Walaupun dia tidak pernah lagi bertemu dengan omma kandungnya , namun jauh di dalam sudut hatinya dia tahu bahawa wanita itulah omma kandungnya.

Areum menangis teresak esak sambil memeluk Eomma erat. Tiada siapa yang dapat jelaskan tentang apa yang dirasakannya ketika ini.

Sedih. Sakit. Perit. Bersalah.

Dia rasa seperti apa yang terjadi ini semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Perasaan sedih dan kecewanya langsung tidak dapat dibendung.

"Omma... eottokhae... eottokhae...?" Areum bersuara sebak.

Dia memejam matanya rapat dan menangis sepuas puasnya. Bahunya ditepuk perlahan oleh omma kandungnya.

"Gwaenchanna , gwaenchanna Areum-ah" Eomma mengeratkan pelukannya bersama anaknya , cuba untuk memujuk gadis itu.

Namun walaupun sudah dipeluk erat dan dipujuk seperti itu , gadis itu tetap tidak mahu berhenti menangis. Perasaan sedihnya makin membuak.

Bunyi sliding door automatik bilik kecemasan menyentakkan mereka semua. Pantas sahaja pelukan Eomma dan Areum terlerai.

Mereka semua serentak menoleh ke arah dua orang doktor yang berjalan dengan tenang menuju ke arah mereka berempat.

"Siapa... ahli keluarga Jeon Jungkook ?" seorang doktor lelaki menyoal.

Pantas sahaja Areum menghampiri kedua dua doktor itu. Wajahnya yang sudah lencun dengan air matanya itu dihiraukan sahaja.

"Sa-saya !"

Kedua dua orang doktor itu memandang antara satu sama lain sekilas sebelum memandang semula ke arah Areum. Mereka melepaskan keluhan berat.

"Maafkan kami , kami dah cuba yang terbaik. Tapi Encik Jeon dah sampai masanya"

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkDove le storie prendono vita. Scoprilo ora