015

3.2K 265 56
                                    

Perlahan lahan aku mengorak langkah berjalan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Aku nak tengok keadaan Jungkook sekejap.

Yelah , aku tak sempat nak bagitahu dia yang dia tidur mana semua tu ke apa.

"Ni semua sebab kau malu sangat lah tu , Areum" aku membebel sendiri.

Sedang kaki aku melangkah menuruni tangga , mata aku meliar memandang segenap ruang tamu di tingkat bawah.

Namun kelibat Jungkook tidak langsung kelihatan.

"Mana pulak pergi dia tu ?" aku bersuara perlahan.

Malas nak fikir banyak , aku terus mengorak langkah menuju ke arah dapur. Peti ais aku bukak dan mengambil sebotol jus oren.

Disebabkan terlalu dahaga sekarang ni , aku terus bukak penutupnya dan teguk air oren itu rakus.

Ting tong !

Bahu aku terhinjut kerana terkejut mendengar bunyi loceng rumah yang baru sahaja ditekan oleh tetamu di luar.

Aku menjauhkan botol jus oren itu jauh daripada aku dan mengangkat sebelah kening ke atas.

Pelik.

"Siapa pulak yang datang rumah aku pada waktu macam ni ?" aku bertanya pelik.

Botol jus oren itu aku tutup semula dan masukkannya ke dalam peti ais semula. Langkah aku laju sahaja diaturkan menuju ke arah ruang tamu.

"Omma dengan appa ke ?" aku mula meneka.

Tapi masalahnya omma dengan appa dah bagitahu aku awal awal yang diorang tak balik rumah harini.

Masih alasan yang sama. Mereka terlalu sibuk dengan hal kerja sehingga terpaksa merelakan diri tidur di pejabat tanpa memastikan keadaan anak tunggalnya di rumah ini baik atau tidak.

Aku mengeluh perlahan.

Malas nak fikir banyak , aku terus bukak pintu utama rumah. Sebaik sahaja daun pintu itu mula dibuka , wajah seorang lelaki terpancul di muka pintu.

"Eo ?" kening aku terangkat memandang lelaki itu.

Tak , aku tak kenal dia.

"Siapa.... awak ?" aku mengangkat sebelah kening memandang wajahnya.

Dia mengukirkan aku satu senyuman.

"Encik Jeon Jungkook , ada tak ?" dia bertanya lembut kepada aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Encik Jeon Jungkook , ada tak ?" dia bertanya lembut kepada aku.

Aku terdiam buat seketika sebelum memusingkan kepala ke belakang. Mata aku meliar memandang sekeliling namun kelibat Jungkook langsung tidak ditemui.

Ke mana entah lelaki itu pergi aku sendiri tak tahu.

"Tak ada. Kenapa cari dia ya ?" aku menyoalnya balik.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now