027

2.1K 215 46
                                    

Jungkook's

Hati Jungkook rasa resah.

Dan dia sendiri tak tahu kenapa dirinya rasa perasaan seperti itu. Rasa macam resah gelisah dan risaukan seseorang memanjang. Entah siapa yang dia risaukan dia sendiri tak tahu.

Jam pada dinding ditatapnya. Nampaknya perasaan resah gelisahnya itu membuatkan dia hampir terlupa masa kian sudah pun lewat untuk dirinya terlena dibuai mimpi yang enak.

Dah pukul 2 pagi.

Tapi Jungkook masih tidak dapat tidur. Walaupun sudah berkali kali dia cuba untuk memejamkan mata dan terlena dibuai mimpi , namun usahanya hanyalah sia sia.

Entah apa yang terjadi pada dirinya ini , dia sendiri tak tahu.

Jantungnya daripada tadi berdegup laju. Perasaan risau di dalam dirinya semakin lama semakin membuak membuatkan dia sendiri tidak senang duduk.

Jungkook terus mengubah posisi baringnya di atas katil kepada posisi duduk. Dia memandang sekeliling buat seketika sebelum bangun daripada katil.

Entah kenapa tiba tiba dia terasa ingin menjenguk Areum di rumahnya buat sementara.

Walaupun waktu sangat mencemburuinya , namun dia tidak kisah. Dapat jenguk tengok gadis itu buat seketika pun sudah cukup bagi dirinya.

Jungkook mencapai hoodie hitamnya dan menyarungkan hoodienya itu di tubuhnya. Daun pintu biliknya pantas sahaja dibuka.

Tanpa berlengah masa lagi , dia terus keluar dari rumah Taehyung. Destinasi utamanya ketika ini hanyalah satu. Rumah Areum.

Tak salah bukan kalau teman lelaki ingin melawat teman wanitanya buat seketika ?

Dengan kepantasan yang maksima , Jungkook sudah pun tiba di rumah Areum. Tidak memerlukan masa yang banyak kerana lelaki itu sudah pun dicipta dengan kepantasan luar biasa.

Dia mula memanjat rumah Areum. Memanjat balkoni yang berada di luar yang bersambung dengan bilik tidur milik gadis itu.

Setibanya sahaja dia di atas balkoni itu , dia terus menghampiri sliding door yang menjadi pemisah kepada ruang balkoni dan juga bilik tidur gadis itu.

Dahi Jungkook berkerut.

"Pelik. Areum tak pernah tak tutup langsir dia bila malam malam macam ni" dagunya diusap perlahan.

Sudah semestinya dia tahu tentang hal itu kerana dia seringkali datang menjenguk Areum ketika lewat malam seperti ini sejak mereka berdua berpisah dari tinggal sebumbung.

Jungkook mendekatkan tubuhnya dengan sliding door tersebut. Kedua dua belah tangannya diangkat paras mata dan ditekap pada permukaan sliding door.

Wajahnya didekatkan dengan sliding door. Kedua dua belah mata Jungkook didekatkan. Kedua dua belah tangannya yang diletakkan berhampiran dengan area matanya , memudahkannya untuk melihat keadaan di dalam dengan lebih jelas.

Matanya meliar memandang sekeliling namun kelibat Areum langsung tidak kelihatan. Sama ada di atas katil , meja solek mahupun tandas bilik ini.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWo Geschichten leben. Entdecke jetzt