029

2.8K 243 154
                                    

"Aigoo..."

Jungkook mengeluh pendek. Kedua dua belah tangannya yang sudah pun berlumuran darah itu dipandangnya sekilas.

"Haih , habis kotor tangan aku" dia menggeleng perlahan.

Wajahnya diangkat bagi memandang ke hadapan. Berpuluh puluh edisi lain yang sudah pun mati akibat pecah kepala mereka , bertaburan di atas lantai.

Eomma ada bagitahu , bahawa kelemahan kelemehan edisi ini semua hanyalah di kepala sahaja. Disebabkan mereka diciptakan dengan otak yang sangat luar biasa.

Jadi apabila otak mereka pecah , sekaligus mereka akan mati dan takkan dapat kembali hidup semula.

Sapu tangan yang entah dari mana datangnya itu diambil Jungkook. Kedua dua tangannya yang berdarah itu dilap perlahan bagi menghilangkan segala kotoran.

"Wuish , bau pun busuk dah"

Jungkook mengerutkan dahinya tatkala bau hanyir darah di tangannya mencucuk rongga hidungnya membuatkan dia rasa pening sekejap.

Sebaik sahaja dia mengelap kedua dua belah tangannya , dia terus mengatur langkah keluar dari bilik ini.

Destinasi utamanya kini hanya satu. Cari tempat atau bilik di mana saintis gila itu sembunyikan Areum.

Kerana matlamatnya datang ke sini hanyalah untuk menyelamatkan dan melindungi gadis itu.

"Hi , Edisi Ke-90"

Langkahnya serta merta terhenti.

Tatkala telinganya menangkap suara garau seseorang yang menegurnya menggunakan microphone menyebabkan suara itu kedengaran jelas di dalam tempat ini.

Tak salah lagi , suara itu memang milik Hoseok.

"Atau aku patut panggil kau... Jeon Jungkook ?"

Hoseok ketawa.

Jungkook menggenggam penumbuknya erat. Wajahnya diangkat ke atas lalu dia merenung kotak speaker yang tergantung elok di dinding itu.

Seolah olah dia sedang memberikan pandangan maut dan menakutkan kepada lelaki yang bernama Jung Hoseok itu.

"Well , ianya lebih baik daripada aku panggil korang hanya dengan nombor kan kan kan ?"

Jungkook mengetap bibirnya erat.

"Jungkook , Jungkook... makin aku lihat kau ni makin aku rasa kelakar , kau tahu tak ?"

"Apa yang kau cuba cakap ni sial ?" Jungkoo membalas kasar.

Hoseok ketawa.

Sepertinya dia dapat mendengar apa yang Jungkook katakan kepada dia.

"Aigoo... takutnya aku dengan kau ni haha"

"BAGITAHU AKU MANA AREUM ?!" Jungkook menjerit marah.

Kesabarannya sudah pun memuncak ke tahap maksima. Bila bila masa sahaja dia akan berubah menjadi seratus peratus lain daripada dirinya sendiri.

"Waktu pertama kali kau jumpa Areum , kau ingat peraturan yang Eomma berikan kepada kau , hm ?"

Jungkook terdiam.

"Kau dan Areum tak boleh jatuh cinta sepenuhnya terhadap satu sama lain. Tapi nampaknya korang berdua dah langgar peraturan yang telah ditetapkan tu , hm ?"

Jungkook menundukkan wajahnya.

"Kau tahu kenapa kau dan dia tak boleh jatuh cinta terhadap satu sama lain , hm ? Sebab dia tu DNA kau. Dan kau dengan dia takkan dapat ditakdirkan untuk bersama"

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkOù les histoires vivent. Découvrez maintenant