004

5.7K 397 152
                                    

"Argh !" aku mengerang kesakitan apabila tubuh aku dicampak ke lantai.

Lutut aku yang bergeser dengan permukaan kasar itu menyebabkannya mula berdarah dan calar-balar. Aku gigit bibir bawahku rapat.

"Aku tak sangka kau ni berani sampai macam ni sekali" Jimin ketawa sinis.

Aku hanya mampu menundukkan kepala aku ke bawah , tidak berani langsung ingin mendongakkan kepala bagi menatap wajah lelaki yang pernah buat aku jatuh cinta itu.

"Kau kata kau suka aku , jadi kau pun mesti tahu kan tentang ni?" Jimin tersenyum sinis.

"Aku pun pukul perempuan , untuk pengetahuan kau" tambahnya lagi.

Mata aku membulat mendengar kata kata Jimin. Dia bersama dengan dua orang kawannya iaitu Vernon dan Daniel mula menghampiri aku.

Kedua dua mereka mula menarik tubuh aku dan memaksa aku berdiri di hadapan Jimin. Mata aku bertemu dengan mata jejaka itu.

Dia hanya tersenyum sinis.

"Kau tahu apa yang buatkan aku tertarik dengan perangai kau , Areum ?" dia menyoal perlahan.

Aku hanya mendiamkan diri. Mata aku masih setia memandang wajahnya dengan pandangan tajam. Namun dia tidak langsung gentar dengan perempuan lemah seperti aku.

Hanya aku sahaja yang gentar dengan dia ketika ini.

"Kau terlampau berani."

—Pipi aku dilempang.

Mata aku membulat. Kepala aku pula laju sahaja tertoleh ke kanan. Rasa sakit dan pedih di pipi kiri aku bagai berdenyut denyut.

Jadi macam ini ke rasanya ditampar dengan seorang lelaki ?

"Kau ni hodoh."

—Pipi aku dilempang lagi.

"Kau ni tak tahu malu"

—Pipi aku dilempang lagi.

Nafas aku menjadi tidak teratur. Dada aku berombak naik turun dengan lajunya. Pipi aku yang rasa pedih dan sakit itu tak dapat aku terangkan bagaimana.

Sisi pipi aku yang sudah mula luka itu juga sudah pun berdarah. Mata aku berair. Dan bila bila masa sahaja empangan air mata aku akan pecah.

Ditampar dengan lelaki. Rasanya sakit sekali.

"Kau tu dah lah miskin , ada hati nak suka aku ?" dia ketawa sinis.

Sekali lagi tangannya di angkat ke atas untuk menampar pipi aku buat kali keempat. Aku pantas memejam mata aku rapat dan menggenggam kedua dua belah tangan aku.

"Kau tak patut layan perempuan macam tu" suara garau seorang lelaki menerjah gegendang telinga aku.

Mata aku terus sahaja terbuka luas. Aku terkedu tatkala mata aku tertancap pada seorang lelaki yang aku tak kenal berdiri di sebelah Jimin.

Tangan sasanya memegang kuat pergelangan tangan milik Jimin. Cuba untuk menahan lelaki itu dari menampar pipi aku sekali lagi.

"Jangan masuk campur urusan aku lah jantan !" Jimin mula mengamuk.

Lelaki yang aku tak kenal itu tersenyum sinis. Dipandangnya wajah aku sekilas. Mata kami saling bertemu buat seketika sebelum dia menguntumkan senyuman manis.

Lelaki itu memandang wajah Jimin di hadapannya semula. Mungkin disebabkan lelaki itu lebih tinggi berbanding Jimin membuatkan lelaki pendek itu rasa tercabar.

"Kau tak patut gunakan kekerasan dan keganasan pada perempuan. Macam ni ke sial kau layan omma kau , hm ?" lelaki itu berkata sinis.

Aku tersentak.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang