2

39K 1.7K 20
                                    

Daniel membuka pintu apabila kedengaran loceng pintu ditekan. Terkedu dia saat melihat Ariel dan Aryan yang berdiri di depan pintu.

"Daddy."

Aryan dan Ariel menyalam tangan Daniel secara bergilir.

"Ryan. Riel. Korang buat apa kat sini?" soal Daniel. Mereka melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Aryan dan Ariel berpandangan.

"Takkan salah kut kitaorang datang sini? Daddy tak ingat kami dah ke?" soal Ariel menagih simpati while Aryan tayang muka tenang. Daniel mencebik.

"Siapa tak ingat siapa sekarang? Korang dua ke daddy?" soal Daniel dalam nada menyindir. Aryan dan Ariel tersengih.

"Mummy mana?" soal Aryan. Daniel sembunyi senyuman. Dia tahu Aryan lebih rapat dengan Aryana.

"Ada kat dapur." kata Daniel. Aryan terus bangun melangkah ke dapur. Dia memandang tubuh Aryana yang sedang berdiri di depan sink.

"Mummy." Aryan memeluk bahu Aryana. Aryana yang sedang mencuci sawi memandang Aryan. Berkerut dahinya.

"Ya Allah. Ryan. Bila kamu sampai ni?" soal Aryana sambil menilik tubuh Aryan atas bawah. Aryan senyum.

"Ryan baru sampai tadi." kata Aryan. Aryana memandang muka kacak Aryan.
"Datang seorang? Riel tak ikut?" soal Aryana. Aryan melirik ke arah Ariel yang baru masuk dapur dengan Daniel.

"Mummy!" ceria sahaja suara Ariel menyapa Aryana. Aryana berpaling. "Ingat Riel tak? Ke ingat Ryan seorang je?" soalnya dengan tyang sengaja dibuat simpati.

"Kau jealous ke mummy ingat aku seorang je?" soal Aryan selamba. Ariel mencebik.

"Yelah. Aku tahulah aku ni bukan anak kesayangan mummy. Siapalah aku ni pada mummy untuk disayangi?" Ariel buat-buat nangis di bahu Daniel. Daniel sudah tersenyum lucu. Aryana menjongketkan keningnya.

"Yelah tu. Siapa cakap mummy tak sayang kamu? Ryan dengan Riel yang tak sayang mummy sebab lama tak balik rumah. Call pun tidak." sindir Aryana. Ariel tersengih.

"Alaa mummy. Tak maulah sindir-sindir macam ni. Tadi daddy yang sindir, sekarang mummy pula yang sindir. Apa hari ni memang hari menyindir sedunia ke?" kata Ariel mengarut.

"Mengarut jelah kerja kamu ni." Aryana menepuk lengan Ariel. "Ni yang korang tiba-tiba datang sini kenapa?" soal Aryana.

"Saja. Lama dah tak lawat mummy dengan daddy." kata Aryan. Aryana dan Daniel berpandangan.

"Girl mana?" soal Ariel sambil meliarkan pandangannya.

"Biasalah petang-petang macam ni. Jogging." kata Aryana. Aryan dan Ariel hanya sekadar mengangguk.

•••••••••

Adelia berlari mengelilingi taman tersebut. Di telinganya tersemat earphone. Pakaian yang dikenakannya memang completely sport wear. Dengan sweatpants hitam dan hoodie yang juga bewarna hitam.

Bamm!

Adelia terkebelakang apabila dia berlanggar dengan seorang jejaka. Cliche gila pelanggaran ni.

"Err.. I'm sorry." pinta jejaka di depannya. Adelia mendengus kasar. Dia hanya memandang wajah jejaka itu dari bawah hoodie yang oversized tersebut. Handsome!

Adelia tidak mempedulikan jejaka tersebut. Malah dia terus berjalan meninggalkan jejaka itu.

Dia menggunakan jalan yang terdapat beberapa mat rempit yang duduk di motosikal masing-masing. Saat dia melintasi mereka, siulan nakal kedengaran.

Tapi Adelia tetap Adelia. Dia takkan terpedaya dengan siulan nakal tersebut.

"Alahai adik manis ni. Jual mahal pula." seorang daripada mereka mula menyaingi langkah Adelia. Dia berdiri di hadapan Adelia. Spontan langkah Adelia terhenti.

"Jom lepak dengan abang-abang." Lelaki itu cuba mengangkat dagu Adelia untuk memandangnya namun lain pula jadinya apabila Adelia pantas menepis tangannya.

"Don't you dare to touch me with your dirty hand." keras suara Adelia menutur.

"Wow. Garang. Ni yang abang suka ni. Guys!" lelaki itu memanggil gengnya. Mereka mengepung Adelia. Adelia hanya tayang muka tenangnya.

Seorang lelaki cuba mendekatinya. Dia juga menyentuh bahu Adelia dari belakang namun pantas sahaja lututnya ditendang oleh Adelia. Tangan lelaki itu digengamnya kuat dan dengan sekali cubaan tangan lelaki itu ditariknya kuat sehingga badan lelaki itu terlayang di udara sebelum terbaring di depannya.

Mengaduh kesakitan lelaki tersebut. 4 lelaki yang lain ternganga. Mereka memandang Adelia sebelum masing-masing sama menyerang Adelia.

"Watch out!"

Jejaka yang berlanggar dengannya tadi menumbuk kuat lelaki yang cuba menyerang Adelia dari belakang. Adelia take no time to reply. Dia sibuk melawan 2 lelaki di depannya sekarang. Manakala 2 lagi melawan dengan jejaka yang tadi.

Beberapa minit kemudian, 4 lelaki itu terjatuh di atas jalan. Masing-masing sudah lebam merata tempat. "Lari." Mereka terus melarikan dengan badan yang sememangnya dah lemah.

Adelia merengus kasar. Ikatan rambutnya yang terlepas tadi diatur. Rambutnya dibawa ke belakang.

"Here you go."

Huluran getah rambut di depannya dipandang. Dia mengangkat muka memandang jejaka tadi.

"Thanks." katanya tanpa nada. Getah rambut itu diambil dan rambut panjangnya diikat.

"I'm Farhan." tutur jejaka itu. Adelia menjongketkan keningnya. Wajah kacak Farhan dipandangnya dengan wajah tanpa riaknya.

"Who cares?"

Farhan senyum manis. "You must be Adelia right? Tengku Adelia Natasha?"

Berkerut dahi Adelia saat lelaki di depannya mengetahui namanya. "Mana kau tahu nama aku?" soal Adelia.

"I think I pernah nampak gambar awak kat office Ryan." kata Farhan. Terjongket kening Adelia.

"Pardon? Ryan?"

"Oh sorry. I mean your brother, Aryan." Kata Farhan. Adelia sekadar diam. "Saya rasa Ryan pernah cakap yang adik dia belajar kat Ireland. Awak kan? Kalau Riel macam mustahil pula." kata Farhan panjang lebar. Adelia masih lagi diam.

"If Ireland. It's mean awak maybe study Medical kan?"

Diam.

"Kalau belajar Medical, it's mean awak ni bakal doktorlah kan?"

"Dah habis belum tanya?" sindir Adelia. Naik geram pula dia dengan Farhan. Dah yang kau tak blah kenapa? Layan si mamat ni!

"Kalau belum, silakan tanya Pak Guard sana hah. I have no time to answer your questions." kata Adelia sebelum  berjalan meninggalkan Farhan. Farhan mengukir senyuman memandang langkah Adelia yang makin menjauh.

'Tak sangka pula adik Ryan cantik macam ni. She's look more beautiful in real life compare to the photo."

•••••••••

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now