19

24.3K 1.1K 10
                                    

Eryna mulai bosan di meja. Dia memandang sekeliling. Matanya terpaku pada keluarga AryNiel. Senyuman terukir di bibirnya. Matanya memandang AryNiel yang memang tampak bahagia. Matanya teralih pada Adelia dan Ariel. Dua adik-beradik itu nampak sangat rapat. Seketika, matanya mula meliar mencari figura Aryan. Namun lain pula jadi bila lampu di ball room itu tiba tiba tertutup. Riuh satu ball room!

Namun kemudian, kembali sunyi apabila satu slide muncul. Semua mata terpaku ke arah slide tersebut. Eryna ternganga saat melihat gambar-gambarnya yang ditayangkan di situ. Ada gambarnya dengan kawan-kawannya, ada gambarnya yang tengah fokus belajar, ada gambarnya yang sedang berdiri di rooftop. Dan terakhir, gambarnya dengan Aryan. Eryna membaca tulisan yang ditayangkan selepas gambar tersebut. Eryna menutup mulutnya yang terbuka.

I Love You.

"Tengku Eryna Falisha Naura."

Saat itu spotlight terarah kepada Aryan yang sedang memandang Eryna. Aryan dengan perlahan melangkah ke arah Eryna. Eryna terkedu saat Aryan berdiri di depannya. Aryan memandang Eryna sebelum melutut di depan Eryna. Satu kotak kecil yang terisi dengan cincin dihulurkannya kepada Eryna. Eryna menutup mulutnya.

"I'm, Tengku Aryan Harris. With all dignity in me, I want you to be mine forever, Tengku Eryna Falisha Naura." tutur Aryan. Dia mengangkat muka memandang Eryna.

"Will you marry me?"

Eryna terkedu. Belum sempat dia membalas, suara Adelia menyentakkan mereka.

"Mummy!"

Aryan berpaling. Terkedu dia memandang Aryana yang sudah terbaring di riba Daniel. Kotak cincin di tangannya terjatuh. Eryna turut terkedu saat melihat Aryana.

"Mummy!"

Aryan terus meluru ke arah Aryana. Ball room yang tadi gelap kini terang benderang. Semua mula membising.

"Mummy. Kenapa ni?" soal Ariel sambil memandang Adelia yang sedang memeriksa nadi Aryana.

"Bawa mummy ke hospital sekarang." kata Adelia. Daniel pantas mendukung Aryana.

"Uncle! Pakai kereta Farhan!" kata Farhan. Daniel mengangguk sebelum mengikut langkah Farhan. Aryan dan Ariel yang hendak mengikut ditahan oleh Daniel.

"Korang dua stay kat sini. Settlekan majlis ni. Biar daddy, Farhan dengan Adel je bawa mummy ke hospital." kata Daniel sebelum berlari mendukung Aryana menuju ke kereta yang sudah dihidupkan oleh Farhan.

Aryan dan Ariel hanya mampu memandang. Aryan meraup mukanya dengan kasar. Air matanya bertakung di matanya. "Mummy.." gumamnya perlahan. Ariel memandang Aryan.

"Sabar. InsyaAllah mummy okay." kata Ariel sambil memegang bahu Aryan. Aryan hanya diam. "Pergi jumpa Eryna tu. Kesian dia." kata Ariel. Aryan terus memandang Eryna yang masih berdiri di tempat tadi. Dia melangkah ke arah Eryna. Eryna senyum.

"Aku minta maaf. Everything is ruined." kata Aryan sambil menunduk. Eryna senyum. Dia meraih tangan Aryan.

"It's okay. Your mummy is more important than this proposal." kata Eryna. Aryan memandangnya.

"So the answer is?"

Eryna senyum. "I will. I will marry you." kata Eryna dengan mukanya yang memerah kerana malu. Aryan senyum kecil.

"Thanks."

•••••••••••

Daniel meraup mukanya. Adelia yang berada di sebelahnya memandang Daniel. Adelia mengenggam erat tangan Daniel.

"Don't worry daddy. InsyaAllah mummy okay." kata Adelia. Daniel hanya mengangguk. Dia membalas genggaman Adelia. Farhan hanya memandang.

"Daddy! Adel!"

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now