11

26.6K 1.2K 41
                                    

"Hannah!"

Hannah yang sibuk mengambil gambar seorang model memandang Alisha. Dia menjongketkan keningnya.

"Ada orang call!"

Hannah mengeluh. Dia memandang model di depannya itu. "Break time." katanya sambil memberikan senyuman kecil. Model itu hanya menurut.

Hannah melangkah ke arah Alisha. IPhone di atas mejanya dicapai. Berkerut dahinya saat melihat 5 missed call daripada Ariel.

Satu lagi panggilan daripada Ariel masuk. Pantas sahaja Hannah menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Where are you going Hannah sayang?"

"Buang tabiat ke panggil I sayang?"

"Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh.."

"So memang bolehlah kan?"

Hannah mengetap bibirnya.

"You nak apa call I ni?"

"Bila you nak ajak I dinner?"

"Kan I cakap I akan bagitau you bila masa I free."

"No. Kalau I tunggu you ajak, memang takdelah. So this night, let's have a dinner together."

"But..."

"No objection sayang."

Panggilan terus dimatikan membuatkan Hannah terpinga-pinga. Dia memandang screen iP yang sudah gelap tersebut.

"Siapa?" soal Alisha.

"Ariel."

Terjongket kening Alisha. "Mamat yang datang hari tu ke?" soal Alisha. Hannah angguk.

"Kau dengan dia ada apa-apa ke?" soal Alisha membuatkan Hannah terus memandangnya.

"Mana ada." Bantahnya terus.

Alisha mencebik. "Ye ke?"

Hannah menggulingkan biji matanya. "Tak percaya sudah." katanya. "Dahlah. Aku nak sambung photoshoot."

Alisha hanya memandang langkah Hannah. Dia mencebik.

'Kau tak nak dia, aku nak dia. Untung apa dapat Tengku.'

••••••••

Hannah siap mengenakan skinny jeans dan t-shirt hitam dipadankan dengan cardigan hitam. Boots yang bewarna hitam diambilnya sebelum dia melangkah keluar. Dia melangkah keluar dari apartment.

"Hannah!"

Hannah berpaling. Membulat matanya memandang Ariel yang melangkah ke arahnya. Ariel lengkap dengan jeans, kemeja lengan panjang hitam.

"Bila masa you sampai?" soal Hannah sebaik sahaja Ariel berdiri di depannya.

"5 minutes ago?"

Terjongket kening Hannah. "Macam mana you boleh tahu I tinggal kat sini?" soal Hannah lagi. Ariel menjungkitkan bahunya.

"Adalah." balas Ariel selamba. "Jom." Ariel menarik tangan Hannah sebelum ditariknya keluar. Hannah sekadar mengikut.

•••••••

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now