38

25.2K 1.1K 24
                                    

Sebulan kemudian..

Lagi sekali, rumah HarSha meriah dengan suara para tetamu. Petang ini, majlis akad nikah bagi Farhan dan Adelia akan diadakan.

Adelia termenung di depan cermin meja solek. Mukanya disolek nipis tapi masih terserlah kecantikan semula jadinya. Rambutnya disanggul cantik. Gaun pengantin yang bewarna putih tersarung cantik di badannya.

"Adel."

Adelia tersentak. Dia memandang Aryana yang masuk ke dalam bilik. Dengan jubah yang bewarna cream tersarung cantik di badannya dipadankan dengan shawl yang dililit simple. Cantiknya mummy.

Aryana senyum. "Dah siap?" soal Aryana. Adelia senyum kecil dan mengangguk. Aryana senyum dan memeluk satu-satunya puterinya ini. Bibirnya dijatuhkan pada dahi Adelia.

Aryana memegang bahu Adelia. "Lepas ni, syurga Adel bawah tapak kaki Farhan tahu. So, behave yourself. Jangan lawan cakap suami and jangan derhaka dengan suami." kata Aryana. Adelia hanya senyum.

Bunyi daun pintu yang dikuak membuatkan mereka memandang ke arah pintu. Eryna yang memakai baju kurung moden bewarna biru muda senyum sebelum masuk. "Pengantin lelaki dah sampai." kata Eryna. Aryana senyum sebelum memandang Adelia.

"Jom."

Adelia menarik nafas dan dihembusnya perlahan. Dia bangun dari duduknya. Aryana dan Eryna mengiringi keluar ke ruang tamu.

Semua tetamu terdiam saat melihat Adelia menuruni tangga. Semua kagum saat melihat kecantikan semula jadi Adelia.

Adelia duduk di pelamin mini yang terdapat di belakang Farhan. Daniel dah duduk di depan Farhan sambil di sisinya ada Aryan dan Ariel.

Selepas sahaja mendengar apa yang patut, kini tiba waktunya Farhan menjabat tangan Daniel. Daniel senyum saat merasakan tangan sejuk Farhan.

"TENGKU FARHAN ASHRAN BIN TENGKU FAIZAL ZARIF."

"SAYA."

"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN ANAK PEREMPUANKU, TENGKU ADELIA NATASHA BINTI TENGKU DANIEL HARRIS DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."

"AKU TERIMA NIKAHNYA TENGKU ADELIA NATASHA BINTI TENGKU DANIEL HARRIS DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."

Tenang dan lancar sahaja Farhan melafazkan akad nikah. Semua saksi mengangguk sambil menutur 'sah'. Farhan senyum sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa.

Adelia mengetap bibirnya. 'Kau dah jadi milik dia Adel. Milik mutlak dia.' bisik hatinya. Adelia memejamkan matanya sebentar. Aryana mengenggam erat tangan Adelia.

"Congrats." bisik Aryana. Adelia hanya diam. Ketika itu juga Farhan melangkah mendekatinya sambil diiringi oleh Aryan dan Ariel. Farhan memandang wajah Adelia. Dia senyum sebelum mencapai cincin silver yang simple.

Adelia hanya memandang sebelum tangannya diraih lembut oleh Farhan. Adelia hanya memandang saat cincin itu disarungkan ke jarinya. Muat-muat. Entah siapa yang pilih cincin ni. Nasib baik cantik. Itulah kau Adel. Siapa suruh tak ambil tahu pasal persiapan perkahwinan kau?

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now