Darius masuk ke dalam bilik kerja Aryan. Aryan memandangnya. Darius meletakkan dokumen di atas mejanya. Terjongket kening Aryan.
"What?"
"Aku dah detect number yang kau suruh. Memang betul. Mesej tu dihantar dari telefon Shiqin. Shiqin Radina I think nama dia." kata Darius. Aryan mengepal penumbuk.
"Location?"
"Aku dapat detect location dia dekat satu tempat ni. Kau ingat tak aunty pernah cakap pasal Emperor?" soal Darius. Aryan angguk. "Okay. Ada satu markas Emperor yang tidak dijumpai. Kat Pulau Tioman." kata Darius.
Berkerut dahi Aryan. "Pulau Tioman?"
"Yup."
Aryan berfikir sejenak.
"Kau jangan risau. Aku dah suruh orang pergi pantau keadaan kat sana." kata Darius. Aryan mengangguk.
"Aku nak kau cari Bella dan Shiqin secepat yang mungkin." arah Aryan. Darius mengangguk.
"Okay."
•••••••••
Aryana masuk ke dalam bilik Adelia sambil menatang dulang yang diisi dengan bubur dan air. Dia memandang Adelia yang sedang berdiri di balkoni biliknya.
Aryana meletakkan dulang itu di atas meja sebelum melangkah ke arah Adelia. "Adel." Aryana menyentuh lengan Adelia membuatkan Adelia tersentak. Adelia memandang Aryana.
"Mummy."
Aryana senyum. "Kenapa ni?" soal Aryana. Adelia senyum kelat.
"Takde apa-apa lah mummy."
Aryana senyum. Dia menarik Adelia ke dalam pelukannya. "Adel masih ingat pasal malam tu?" soal Aryana. Adelia hanya diam. "Tak payah ingat dah pasal tu. Forget the past. Yang penting yang kat depan. And now, ada orang yang nak habiskan masa hidup dia dengan Adel." kata Aryana. Adelia senyum kecil. Aryana memegang pipi Adelia. Mata birunya merenung ke dalam mata biru anaknya.
"You're my one and only princess. Mummy tak nak Adel sedih. Mummy sayang Adel. Daddy sayang Adel. Abang-abang sayang Adel. Kakak Eryna pun sayang Adel. Semua sayang Adel. And now, Farhan dah sanggup untuk menjaga Adel seumur hidup selepas mummy dengan daddy takde nanti."
Adelia memandang Aryana. "Mummy. Tak naklah cakap macam tu. Adel nak mummy dan daddy dengan Adel sampai bila-bila. Adel tak nak mummy dan daddy pergi mana-mana." lirih suara Adelia. Aryana senyum.
"So, jangan sedih-sedih macam ni okay?" kata Aryana. Adelia angguk dalam senyumannya. Aryana senyum dan mengusap lembut rambut Adelia.
"Jom makan. Mummy ada masak bubur untuk Adel." kata Aryana sambil memimpin Adelia masuk ke dalam bilik. Adelia hanya mengikut.
••••••••••
Adelia memakai leather jeans yang bewarna hitam dipadankan dengan t-shirt hitam dan leather jacket yang juga bewarna hitam. Rambutnya yang panjang diikat satu. Topi hitam dipakainya. Boots yang bewarna hitam disarungkannya. Kunci kereta diambilnya.
Dia melangkah keluar dari biliknya. Dia melangkah dengan perlahan keluar dari biliknya. Pantas sahaja dia menuruni tangga tanpa menghasilkan apa-apa bunyi.
"Adel?"Adelia memandang ke arah kakak iparnya yang baru keluar dari dapur. Adelia terus meletakkan jarinya pada bibir menyuruh Eryna diam. "Shuhh."
Eryna mengangguk. "Adel nak pergi mana?" soalnya dengan nada yang berbisik.
"Adel nak keluar kejap. Kak Ryna jangan bagitau orang lain eh." kata Adelia. "Bye!"
Adelia terus berlari meninggalkan Eryna. Eryna menggaru kepalanya yang tidak gatal memandang Adelia.
YOU ARE READING
The Heirs Of Ice Princess ✔
RomanceTENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempurna hasil daripada kasih sayang dari mummy dan daddy mereka. Pelbagai dugaan yang harus mereka hadap...