22

24.7K 1K 11
                                    

Hannah berdiri di depan balkoni apartment sambil memeluk badannya. Rambutnya ditiup lembut oleh angin. Fikirannya melayang kepada kejadian setahun yang lalu.

Kejadian di mana dia terlibat dalam satu kemalangan pada 15/12. Kejadian di mana keretanya cuba mengelak dari dilanggar oleh sebuah kereta sehingga keretanya terlanggar lagi sebuah kereta yang berhampiran. Paling teruk apabila kereta tadi merempuh kedua-dua kereta itu kerana kegagalan brek berfungsi.

Masa itu dia baru keluar dari rumah kerana pergaduhan dengan keluarganya tentang perjodohannya dengan seorang anak kawan mama dan papanya. Kadang dia fikir itu ialah balasan bagi dia sebab dia mengingkari arahan mama dan papanya.

Dia koma selama 2 bulan disebabkan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dari kepalanya. Bangun saja dia dari koma, dia dapati dia berada di London.

"Hannah."

Hannah tersentak. Dia memandang Alisha yang berkerut dahi memandangnya. "Kau kenapa termenung ni?" soal Alisha. Hannah sekadar menggeleng. Alisha mencebik. Dia turut sama memandang kepekatan malam.

"Kau dengan Ariel apa cer sekarang?" soal Alisha. Ada bunyi cemburu pada nadanya. Tersedak Hannah yang ketika itu sedang menghirup air. Memerah mukanya kerana pedih dirasakan pada kerongkongnya.

Terjongket kening Alisha. Senyuman sinis diukirnya. "Sampai tersedak ni dah kenapa?"

"Kaulah. Soalan tak patut betul kau tanya." balas Hannah. Alisha hanya menjungkitkan bahunya.

"So?"

"So apa?"

"Kau dengan Ariel tu macam mana?"

"Macam tulah." ringkas sahaja Hannah membalas. Dia duduk di armchair yang terdapat di situ. "Kenapa tanya?"

"Aku suka dia." Alisha menyuarakan terus tanpa memandang Hannah. Hannah tersentak. Dia memandang Alisha.

"Sorry?"

"Aku suka dia. Aku suka Tengku Ariel Harris." ulang Alisha. Kini, matanya memandang Hannah sebelum berjalan masuk. Hannah sekadar memandang langkah Alisha.

"Aku suka Tengku Ariel Harris."

Kata-kata Alisha kembali terngiang. "Lisha suka Ariel?" soalnya sendiri. "Dia suka macam orang lain suka kut."

Hannah cuba menenangkan diri. "Tapi kalau dia suka betul pun, kau sibuk kenapa? Biarlah dia nak suka pun kan?" katanya lagi. Keluhan terlepas dari bibirnya. Dia tak cintakan Ariel. Tapi dia suka dengan Ariel. Dia suka macam mana Ariel layan, usik apa semua. Dia selesa dengan Ariel. Tapi bukan tahap suka sampai nak dijadikan pasangan hidup. Atau.. Belum sampai tahap suka yang serius.

Hannah mengenggam rambutnya. Stress! Baik pergi tidurlah Hannah!

••••••••••

"Adelia!"

Adelia memandang Fiera yang berlari ke arahnya sebelum dengan selamba menyambung langkahnya menuju ke canteen hospital. Lapar! Satu hari dia keluar masuk keluar masuk operation theatre.

Macam biasa, Adelia mengambil pinggan yang sudah terisi dengan nasi sebelum melangkah ke arah makanan yang disediakan. Sekejap sahaja, pinggannya sudah penuh dengan makanan. Baru sahaja dia ingin mencapai air mineral yang hanya tinggal satu, ada tangan lain yang turut sama mencapai botol tersebut.

Adelia mendongak memandang Fahrin. Dia mendengus kasar sebelum menarik tangannya. Dia sekadar memandang Fahrin tajam sebelum melangkah meninggalkan Fahrin dan menuju ke satu meja yang kosong.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now