49

24.1K 1K 32
                                    

Azril duduk di atas birai katil. Bunyi pintu bilik air yang terbuka membuatkannya mengangkat muka. Bella yang dah siap mandi dan berpakaian keluar.

"Dah siap?" soal Azril. Bella mengangguk perlahan. Mukanya sengaja ditundukkan. Malu dengan Azril yang banyak mengambil berat tentangnya sejak berada di situ. Dengan Farhan dulu, takde pun dia rasa malu-malu. Gedik terlebih adalah.

Azril hanya memandang. Dia bangun dari duduknya. "Jom turun." ajaknya. Bella hanya mengikut langkah Azril. Mereka turun ke dapur. Azril meletakkan kotak pizza di depan Bella. "Makanlah."

"Thanks."

Azril hanya diam sebelum duduk di depan Bella. Matanya tajam memandang Bella. Bella hanya menunduk sambil makan.

"Emm.. Awak."

Azril hanya menjongketkan keningnya tanda menanya what. Bella diam kejap.

"Aryan dan Ariel.. Lama tak datang sini kenapa?" soal Bella. Azril menjongketkan keningnya.

"Asal tanya? Tak sabar nak kena seksa ke?" soal Azril sinis. Bella terus memandangnya.

"Takdelah. Saya tanya je."

Azril senyum sinis. "Tengku Eryna masuk hospital. So Tengku Aryan sibuk dengan dia. Tengku Ariel dah pergi Sweden. Ada kerja kat sana." kata Azril. Bella mengangguk.

"Err.. Adelia?"

"Tengku Adelia lari. Tak tahu dia pergi mana." jawab Azril ringkas. Bella dah mengerutkan kening.

"Adelia lari? Kenapa?"

"Tak payah tahu. Bukan hal kau pun." balas Azril malas. "Atau kau tengah fikir nak masuk line untuk goda Farhan?" soal Azril sinis. Bella terus memandang Azril.

"A..Awak cakap apa ni?" soalnya gugup. Azril senyum sinis.

"Kau ingat aku tak tahu ke kau terlibat sama dengan Shiqin?" balas Azril sinis. Bella terkedu. "And that's why you're here. Right?"

Bella diam. Azril senyum sinis. "Just move on Eriana."

Bella memandangnya bersama dengan kerutan di dahi. "Eriana?"

Azril menjongketkan keningnya. "Kenapa? Tak boleh ke aku panggil kau Eriana?" balas Azril. Bella menggeleng. "Good. Starting from now aku akan panggil kau Eriana. And no others people will call you with that name. Only me."

•••••••••••

Aryana melangkah ke arah pintu bila kedengaran bunyi loceng pintu ditekan. Dia membuka pintu. Hannah.

"Aunty." Hannah tunduk menyalami tangan Aryana. Aryana hanya senyum. "Aunty apa khabar?" soalnya.

"Okay. Hannah? Lama tak jumpa Hannah." balas Aryana lembut. Hannah senyum kecil.

"Hannah busy sikit sekarang. Banyak new client." kata Hannah. Aryana mengangguk faham sebelum mengajak Hannah masuk. "Eryna mana aunty? Hannah dengar dia keguguran. Hari tu tak sempat nak lawat dia kat hospital." kata Hannah.

Aryana senyum kecil. "Ada kat atas. Hannah naiklah ke atas. Ryan pun ada kat sana." kata Aryana. Hannah angguk sebelum kakinya menaiki tangga.

"Hannah?"

Hannah memandang Aryan yang baru mahu menuruni tangga. "Bila kau sampai?" soal Aryan.

"Baru je. Eryna okay?" soal Hannah. Aryan hanya diam. Hannah senyum kecil. "Be strong." kata Hannah. "Aku nak tengok Eryna kejap."

"Dia tengah tidur." kata Aryan menghentikan langkah Hannah. Hannah memandangnya.

"Laa.. Mmm.. Takpelah. Lain kalilah aku tengok dia." kata Hannah. Aryan hanya mengangguk sebelum mereka sama-sama melangkah turun.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now