13

25.8K 1.1K 44
                                    

Farhan melangkah masuk ke dalam biliknya. Kunci kereta diletakkannya di atas meja sebelum kakinya melangkah ke arah katilnya. Badannya dibaringkan di atas katilnya. Matanya dipejamkan sambil tangannya dinaikkan ke atas dahinya.

Wajah seorang gadis muncul di benak fikirannya. "Bella." tuturnya perlahan. Matanya dibuka perlahan. Dia memandang ke arah meja kecil di sisi katilnya. Satu frame gambar yang diletakkannya di situ diambilnya. Gambarnya dengan seorang gadis dipandangnya.

Senyuman terukir di bibirnya. iP diambilnya. Satu Whatsapp Message yang belum dilihatnya dibuka. Makin mekar senyumannya saat melihat dari siapa Whatsapp tersebut.

Dear

Esok I balik dari London. You fetch I kat airport?

I will dear.

Seketika, hatinya berbelah bagi. Wajah Adelia muncul di benak fikirannya.

"May. The. Best. Man. Wins."

Kata-kata Fahrin kembali terngiang-ngiang di mindanya. Dia cintakan Bella. Tapi dia bet dengan Fahrin pasal Adelia.

'You love her Farhan?'

Farhan memejamkan matanya. Entah apa yang merasuknya tadi sampai bet dengan Fahrin. Dia tak suka dan tak rela kalau Adelia bersama dengan Fahrin. Tapi kenapa?! Sebab Fahrin tu playboy! Adelia tu adik kawan baik dia. Takkan dia nak tengok je Adelia jatuh kat tangan buaya darat tu?!

Farhan bangun dari baringnya. iP dipandangnya sebelum menghantar satu message kepada Aryan.

Ryan

Kau buat apa? Free tak sekarang?

Sekarang? Kenapa?

Ada sth nak bagitau kau.

Sth that is important?

Very.

Okay. Aku jumpa kau kat villa.

Farhan bangun dari katilnya. Kunci kereta dicapai sebelum kakinya dibawa keluar.

••••••••

Kereta GTR Aryan masuk ke perkarangan sebuah villa. Villa yang memang dibeli untuk menjalankan 'aktiviti' mereka. Pada masa yang sama, sebuah Ferrari juga turut masuk.

Aryan memandang Farhan yang keluar dari kereta. Farhan melangkah ke arah Aryan. "Kau seorang ke? Riel mana?" soal Farhan.

"Ada je kat rumah."

Mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam villa. Berkerut dahi mereka melihat ruang tamu yang berselerak.

"Korang buat apa ni?"

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now