9

29K 1.2K 39
                                    

"Hannah."

Hannah yang sedang menatap MacBook yang memaparkan gambar-gambar yang diambilnya mengangkat muka memandang Alisha.

"Kenapa?" soal Hannah.

"Ada someone nak jumpa kau." kata Alisha. Terjongket kening Hannah.

"Siapa?"

"Entah. Aku tak kenal pun. Kau pergilah tengok." kata Alisha sebelum melangkah ke arah tempat photoshoot yang berlatarbelakangkan dinding putih.

Hannah menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum bangun dan melangkah ke arah bahagian depan studio. Berkerut dahinya saat melihat Ariel.

"Ariel?"

Ariel yang sedang menatap iPnya mengangkat muka. Terukir senyuman di bibirnya. "Hi."

"You buat apa kat sini?" soal Hannah sebelum duduk berhadapan dengan Ariel.

"Jual ikan. You nak beli?" kata Ariel memerli. Terjongket kening Hannah.

"Tak lawaklah."

Ariel tersengih. "Kereta you hari tu dah siap. So, i datang ni nak bawa you ambik kereta you." kata Ariel.

Terjongket kening Hannah. "Err.. Tak payahlah. You bagi je address. Then nanti I pergi dengan kawan I." kata Hannah. Ariel menjongketkan kenimgnya sebelum berdiri.

"It's an order dear. Move faster or you'll lost your car forever." kata Ariel sebelum berjalan meninggalkan Hannah.

Hannah mengetap bibir geram. "Apalah nasib kau Hannah jumpa dengan mamat yang suka memaksa ni." tuturnya sendiri. Dengan langkah yang terpaksa dia bangun.

•••••••

Hannah sekadar memandang Ariel yang sedang berbincamg dengan pemilik bengkel tersebut.

Tidak lama kemudian, kedua-dua lelaki itu melangkah ke arah Hannah. Ariel memberikan kunci kepada Hannah.

"Here."

Hannah menyambut kunci tersebut. Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah Ariel. "Err.. Berapa bayaran?" soalnya kekok. Lelaki itu tersenyum.

"Sokay. Ariel dah bayar. Kalau nak bayar, bayar kat Ariel." katanya. Ariel sekadar mendengar.

Hannah hanya senyum. Ariel memandang lelaki itu. "Kitaorang pergi dulu. Nanti aku datang lagi." kata Ariel sambil bersalam dengan lelaki itu.

"Ok."

Ariel memandang Hannah. "Jom." Mereka berdua keluar dari bengkel tersebut.

"Ariel." panggil Hannah membuatkan Ariel berpaling. Dia menjongketkan keningnya. "Berapa bayaran tu? I bayar balik." kata Hannah.

Ariel tersenyum. "Sokay. I ikhlas bayar untuk you." kata Ariel. Hannah mengerutkan dahinya.

"No. I tetap nak bayar juga. I tak nak terhutang budi dengan sesiapa. Especially you." Nadanya sengaja direndahkan di ayat belakangnya. Terjongket kening Ariel.

"Okay. Kalau you nak bayar juga, you belanja I dinner nanti boleh?" balas Ariel. Giliran Hannah menjongketkan keningnya.

"Kalau you tak nak, tak apalah. I tak rugi apa-apa pun." selamba Ariel berkata. Dia melangkah menuju ke arah keretanya sebelum Hannah kembali memanggilnya. Ariel berpaling.

"Fine. I belanja you dinner. But not today. I ada still ada photoshoo nak kena buat. I will text you to inform when."  kata Hannah. Ariel tersenyum.

"Okay."

Ariel memandang iPhone Hannah yang dipegangnya. Senyuman sinis diukirnya. Pantas sahaja dia merampas iPhone Hannah.

"You buat apa ni?" soal Hannah pantas.
"Just a minute."

Hannah hanya diam memerhatikan Ariel. Tidak lama kemudian, Ariel memberikan iPhone Hannah semula.

"You have my number. So call me anytime." kata Ariel sambil mengenyitkan matanya. "I kena pergi sekarang. Don't forget your promise."

Hannah hanya memandang Ariel yang sudah masuk ke dalam keretanya. Hannah kembali memandang iPhonenya. Number Ariel dipandangnya sebelum senyuman perlahan terukir di bibirnya.

••••••••

Farhan masuk ke dalam cafe. Dia meliarkan pandangannya untuk mencari meja kosong sebelum matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang duduk di tepi dinding kaca.

Senyuman diukirnya sebelum langkah disusun ke arah gadis itu. Kerusi di depan gadis itu didudukinya.

"Hi girl."

Adelia mengalihkan pandangannya dari dinding kaca tersebut sebelum memandang Farhan. Berkerut dahinya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Adelia. Farhan senyum. Adelia kalau dengan dia memang tak reti cakap baik-baik.

"Tak boleh ke? Saya nak makan." balas Farhan. Terjongket kening Adelia.

"So kalau kau nak makan pun, what are you doing here? Banyak lagi kot meja kosong. Why are you here?" soal Adelia dingin.

"Because I'm interested in this table." balas Farhan membuatkan Adelia menjongketkan keningnya.

"Kau suka meja ni? Hahaha.. Lawaknya." Adelia buat buat ketawa membuatkan Farhan tersengih.

"Awak datang dengan siapa? Sorang?"

"With me."

Belum sempat Adelia membalas, Fahrin yang baru sahaja tiba membalas. Dia duduk di sebelah Adelia. Jelas riak Farhan berubah.

"Eh. Angah? How are you?" Fahrin menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Farhan. Adelia memandang wajah Farhan yang jelas dingin.

"Kau buat apa kat sini?" dingin sahaja Farhan menutur. Berkerut dahi Adelia. Dia belum pernah lagi melihat Farhan seperti ini.

"Wow? No more 'along' in your talks? You changed so much angah."

Farhan mengetap bibirnya geram. Tangannya digenggam membentuk penumbuk sehingga menimbulkan veins di permukaan tangannya.

"I'm changed. So before the new me smash you into pieces, its better you go now."

Fahrin senyum sinis. "I'll go. But I'll take this girl with me." Kata Fahrin sebelum pergelangan tangan Adelia dipegangnya. Adelia terkedu.

Farhan memandang pegangan itu dengan pandangan yang tajam. Adelia yang menyedari perubahan di riak Farhan pantas merentap tangannya dari pegangan Fahrin.

"I want have a lunch with Farhan. So you can go first. Lagipun after this, saya nak balik." kata Adelia. Fahrin memandangnya sebelum memandang Farhan. Riak wajahnya berubah.

"Okay. Have fun." Fahrin bangun dari duduknya dan berjalan keluar. Farhan memejamkan matanya dan nafasnya dihembuskan.

"Thanks." tutur Farhan tanpa memandang Adelia. Nadanya dingin.

"For what?"

"For get him out from my sight."

Adelia mengukir senyuman kecil. "Aku tak bodoh lagi nak biarkan korang buka gelanggang WWE kat sini." Kata Adelia.

Farhan mengangkat muka. Mukanya sudah kembali tenang. Senyuman diukir.

"Yea."

"Order your food. Tadi kata nak makan kan? Aku tengah baik hati nak teman kau makan ni. But payment on you." kata Adelia sambil menghulurkan menu kepada Farhan.

"Fine. I'll pay as long as you're here."

Adelia mencebik.

"Such a sweet talker."

•••••••••

Tanpa mereka sedar, Fahrin masih lagi memerhatikan mereka. Penumbuknya dibentuk. Sakit hati dia melihat senyuman yang terukir di bibir Farhan. Dia tak suka melihat adik tirinya itu bahagia.

'Just you wait Farhan. I'll take what you have. Just like what your mother did to my late mother.'

•••••••••

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now