Adelia keluar dari hospital. Senyuman melebar saat dia melihat Farhan yang sedang menunggunya. 3 hari dah dia tak balik rumah sebab busy memanjang. Rindulah juga kat suami dia tu. Kalau dulu rindu dia hanya pada mummy, daddy dan abang-abang dia. Tapi sekarang, dah bertambah sorang.
Senyuman dia memudar bila melihat Fahrin yang sedang berbual dengan Farhan. Dengan muka Farhan yang tegang semacam. Dengan senyuman sinis Fahrin.
Dia melangkah ke arah dua jejaka itu. Lengan Farhan dipeluknya. Tersentak dua jejaka itu saat melihat Adelia tiba-tiba muncul. Farhan senyum kecil pada Adelia sambil tangannya naik memeluk pinggang Adelia.
"Dah habis kerja?" soalnya lembut. Adelia angguk. Farhan senyum dalam dia mengalih pandang pada Fahrin.
"Kami balik dulu ALONG." sengaja Farhan menekankan panggilan Along itu. Fahrin mengetap bibir geram saat melihat Farhan dan Adelia yang dah masuk ke dalam kereta.
'Tak guna kau Farhan.'
•••••••••••
Eryna memandang stick di tangannya sebelum memandang kotak di tangannya. 2 lines means..
"I'm pregnant?"
Eryna menggaru kepalanya. "Pregnant? Pregnant means I'm gonna get a baby? Baby? Me, mother? Ryan, father?" Mata Eryna dah bersinar teruja. Eryna terus berlari keluar dari tandas. Mencari si suami tercinta.
"Abang!"
Aryan yang sedang membuat kerja hanya diam. "Abang!" Eryna terus duduk di depan Aryan. "Abang, I got a news to tell you." kata Eryna teruja. Aryan hanya mengangguk.
"Abang! We gonna get a baby soon!" kata Eryna. Aryan angguk. Perhatian dia masih pada kerja di depannya.
"Emm.. Baby. My new baby is this project." kata Aryan selamba. Eryna dah mencebik geram. Dia menghulurkan stick pregnancy test itu kepada Aryan.
"Abang! Saya pregnant!"
Aryan mula terganggu sikit. Dia merenung pregnancy test itu. Berkerut keningnya. "Sayang.. 2 lines means?"
"I'm pregnant!"
Aryan memandangnya bersama dengan jongketan di keningnya. "Pregnant?" soalnya. Masih blur. Tak dapat tangkap sepenuhnya berita gembira itu.
Eryna angguk laju. "Yes! Baby! Dalam ni ada baby! Our baby!" kata Eryna sambil melekapkan tangannya pada perutnya yang masih lagi leper.
Mata grey Aryan dah membulat. "You.. Pregnant?" soalnya perlahan. Eryna angguk laju. "Oh. My. God." Aryan dah bangun dari duduknya menuju ke arah Eryna. Badan Eryna dipeluknya erat.
"Yess! She's pregnant! Congrats dear myself for getting her pregnant!" kata Aryan teruja. Eryna tergelak.
"Nanti malam kita balik rumah mummy dan daddy. We tell everyone about this wonderful news."
Eryna angguk.
••••••••••
"Ariel."
Ariel yang baru turun dari biliknya memandang ke ruang tamu. Muka dingin ditayangkan. "What?" soalnya malas.
"Duduk kejap." arah Daniel. Ariel menggulingkan biji matanya sebelum melangkah ke arah ruang tamu dan duduk berhadapan dengan Aryan. Adelia dan Farhan hanya memandang.
"Ryan nak bagitau something ni." kata Aryan sambil tangannya memegang tangan Eryna. Adelia dah terjongket kening dan tayang muka bosan.
"That's what you said. Bagitau jelah." balas Adelia malas. Aryan menjelingnya.
YOU ARE READING
The Heirs Of Ice Princess ✔
RomanceTENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempurna hasil daripada kasih sayang dari mummy dan daddy mereka. Pelbagai dugaan yang harus mereka hadap...