2 minggu kemudian..
Aryan termenung di balkoni biliknya. Jam dah menunjukkan tepat pukul 11:00 malam. Tapi dia belum tidur lagi memikirkan esok, hari akad nikah dia dan Eryna.
"Aryan."
Aryan berpaling. Kelihatan Aryana dan Daniel berdiri di belakangnya. Dia tersenyum.
"Kenapa belum tidur lagi?" soal Aryana sambil duduk di atas katil Aryan. Daniel pula duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil. Aryan mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Dia berbaring sambil meletakkan kepalanya di atas peha Aryana.
Aryana senyum. Rambut dark brown Aryan dielusnya perlahan. "Kenapa belum tidur lagi? Esok kan big day Ryan?" soal Aryana. Aryan senyum kelat."Entah. Tak boleh nak tidur." kata Aryan. Aryana senyum sebelum memandang Daniel yang turut sama tersenyum.
"Nervous ke?" soal Daniel dalam nada mengusik. Aryan menjongketkan keningnya.
"Maybe kut."
Aryana senyum. "Ryan. Lepas ni tanggungjawab Ryan makin besar tahu. Not only pada HarSha, but also to your wife and children." tutur Aryana lembut. Aryan hanya senyum. "Any masalah, daddy, mummy and adik-adik semua, ada dengan Ryan." sambungnya. "You're an amazing HarSha's heir, amazing son, and amazing brother. Mummy percaya yang Ryan pun akan jadi amazing husband and amazing father."
Aryan senyum. Dia bangun dari baringnya dan memeluk Aryana. Aryana senyum sebelum membalas pelukan Aryan. Daniel tersenyum.
"Thanks mummy, daddy. Thanks sebab bagi Ryan kasih sayang yang secukupnya selama ni. Thanks didik Ryan with ilmu dunia akhirat. Ryan janji, even lepas Ryan kahwin nanti, Ryan akan still tunaikan tanggungjawab Ryan pada family kita." kata Aryan. Daniel senyum. Dia beralih ke sisi Aryan. Paha Aryan ditepuknya.
"Lepas ni, Ryan akan ada children. So, didik mereka dengan baik. Jangan ikat mereka dengan gelaran HarSha. Let them be themselves." kata Daniel. Aryan angguk.
"I know daddy.""Ingat, your mummy is a Sweden's heir which make that you a Sweden's heir too. That's mean, your kids also a Sweden's heirs as well." kata Daniel. Aryan angguk. "But, that doesn't mean you should ikat mereka dengan gelaran tu." sambung Daniel.
"Dah nak kahwin dah anak sulung mummy ni." kata Aryana. Aryan sengih. Daniel mengusap lembut bahu Aryan.
"Lepas ni mummy nangis lah sebab anak kesayangan dia dah kahwin." usik Daniel. Aryana membulatkan matanya. Dia menampar lengan Daniel.
"Eii! Mana ada!"
Daniel tergelak. Aryan tersenyum. Suka melihat kemesraan daddy dan mummy. Harap dia boleh kekal bahagia macam daddy dan mummy dia ni juga lepas kahwin nanti. InsyaAllah.
••••••••••
"TENGKU ARYAN HARRIS BIN TENGKU DANIEL HARRIS."
"SAYA."
"AKU NIKAHKAN KAU DENGAN TENGKU ERYNA FALISHA NAURA BINTI TENGKU FARUKH NAIZAL DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."
"AKU TERIMA NIKAHNYA TENGKU ERYNA FALISHA NAURA BINTI TENGKU FARUKH NAIZAL DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."
Tenang sahaja Aryan melafazkan akad. Senyuman terukir di bibirnya saat mendengar perkataan 'sah' dari para saksi. Semua mengangkat tangan bagi mendoakan pasangan pengantin baru itu.
Eryna di belakang sana sudah menitiskan air mata. Aryana memeluk Eryna erat. Eryna membalas pelukan Aryana. Lepas itu, dia memeluk Adelia.
"Welcome to the family." kata Adelia. Eryna senyum dan angguk. Tidak lama kemudian, Aryan mendekati mereka sambil diiringi oleh Ariel dan Darius serta wartawan yang lain.
Aryan merenung wajah cantik milik Eryna sebelum mengambil cincin silver yang bertatahkan berlian. Tangan Eryna diraihnya lembut. Cincin itu disarungkannya pada jari runcing Eryna.
Giliran Eryna yang menyarungkan cincin pada jari Aryan. Aryan senyum kecil saat Eryna tunduk mencium tangannya. Dia memegang lembut bahu Eryna. Bibirnya dijatuhkan pada dahi Eryna.
Bunyi kamera mula memenuhi masjid tersebut bagi merakamkan detik manis waris sulung HarSha. Beberapa ketika kemudian, Aryan menjauhkan bibirnya dari dahi Eryna.
Aryan senyum sebelum menyalami Aryana. Dia memeluk Aryana erat. Aryana senyum. Menitis air matanya bila mengingatkan anak yang dikandungnya sembilan bulan 10 hari dulu kini dah berkahwin.
Aryan senyum sebelum mengesat air mata mummy kesayangannya ini. "Mummy janganlah nangis. Please. Mummy tak happy ke Ryan kahwin ke?" soal Aryan lembut. Aryana senyum.
"No lah. Of course mummy happy." balas Aryana. Aryan senyum. Dia memeluk mummynya lagi dan sebuah ciuman dijatuhkan pada pipi Aryana.
Setelah itu, Aryan memeluk adik kesayangannya ini. Adelia membalas pelukan Aryan erat. Matanya berlinangan dengan air mata. Aryan senyum. "Girl nangis ke?" soal Aryan.
"Eh! Mana ada!"
Para tetamu tergelak. Aryan senyum. "Okaylah kalau girl tak nangis. Tak kisah pun." balas Aryan selamba. Adelia mencebik.
"Blahlah sana!"
Aryan senyum. Eryna tersenyum memandang kemesraan mereka. Matanya teralih ke arah Tengku Farukh yang ingin beredar. Dia terus bangun menuju ke arah Tengku Farukh.
"Papa!"
Aryan memandang Eryna sebelum turut sama bangun.
"Papa!"
Tengku Farukh menguap malas apabila memandang Eryna. "Nak apa kau?" soalnya kasar. Eryna memandang Tengku Farukh dengan linangan air matanya.
Eryna menghulurkan tangannya. Berkerut dahi Tengku Farukh. "Apa benda ni?" soalnya.
"Salam."
Terjongket kening Tengku Farukh. Dia menghulurkan tangannya untuk disalam. Eryna senyum. Dia tunduk menyalami tangan Tengku Farukh.
"Restukan perkahwinan Ryna dengan Ryan pa." kata Eryna. Air matanya menitis. Tengku Farukh mendengus kasar. Dia menyentuh kepala Eryna.
"Hmm.. Aku restui korang. Dah lepaslah." balasnya tanpa perasaan sambil menarik tangannya. Eryna senyum.
"Eryna."
Eryna berpaling. Aryan mendekatinya. Bahu Eryna dipeluknya sambil matanya memandang Tengku Farukh dengan tajam. Dia kembali memandang Eryna.
"Pergi masuk dalam."
Eryna memandangnya sebelum mengangguk. Dia masuk ke dalam masjid semula. Aryan memandang Tengku Farukh. Sehelai cek diberikannya pada Tengku Farukh.
"Ambik ni. Cek ni tak bermaksud aku beli anak kau. Tapi aku bagi cek ni so that kau boleh mulakan hidup baru. Aku takkan halang kau jumpa anak kau. Kalau kau nak jumpa dia, bagitau aku. Aku takkan benarkan kau jumpa dia sorang-sorang. Lagi satu, kalau kau nak duit atau apa-apa, bagitau aku. Aku akan bagi."
Tengku Farukh tersenyum sinis memandang cek tersebut. "Kau jangan risau. Aku takkan kacau life korang." kata Tengku Farukh. "Kau jaga anak aku tu baik-baik. Aku pergi dulu." Sebaik sahaja habis berkata-kata, Tengku Farukh berlalu meninggalkan Aryan.
Aryan hanya memandang.
••••••••••
ErynAryan dah kahwin!! Waris sulung HarSha dah kahwin! Drop your congratulations message ❤
YOU ARE READING
The Heirs Of Ice Princess ✔
RomanceTENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempurna hasil daripada kasih sayang dari mummy dan daddy mereka. Pelbagai dugaan yang harus mereka hadap...