55

24.6K 1K 37
                                    

2 minggu kemudian..

Shiqin berkerut dahi sebelum dia membuka matanya. Dia memandang ke sekelilingnya. Bilik kosong. Dia menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit. Benda terakhir dia ingat ialah dia dipukul di kepala sehingga pengsan.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Shiqin mengangkat muka. Dia memandang Aryana yang sudah berdiri di depannya. Aryana tayang muka dingin pada Shiqin. Wajah Shiqin ada iras-iras Aqilah. Makin buat dia rasa nak balik jadi macam dulu.

Aryana menarik sebuah kerusi dan duduk di depan Shiqin. Shiqin takut-takut memandang Aryana yang menayangkan muka dinginnya.

Aryana kembali bangun dan mengelilingi Shiqin. Tanpa kata, dia menarik kuat rambut Shiqin membuatkan Shiqin mengerang kesakitan. Macam nak tercabut kulit kepalanya.

Aryana duduk mencangkung di sebelah Shiqin. Dia memandang wajah Shiqin dengan tajam. "Sakit?!"

Shiqin mengangguk perlahan. Air matanya mengalir laju. Sakit sangat! Tenaga Aryana sangat kuat!

"Anak aku lagi sakit! Kau buat dia menderita!" jerkah Aryana kuat. Dia melepaskan rambut Shiqin. Aryana menarik Shiqin bangun dan badan Shiqin dihentaknya ke dinding. Mengalir air mata Shiqin. Sakit!

Pang!

Satu tamparan mengenai pipi kanan Shiqin. "That's for hurting her!"

Pang!

Satu tamparan mengenai pipi kiri Shiqin. "That's for make her crying!"

Pang!

Pang!

Pipi Shiqin ditampar dua kali silih berganti. "That's for everything what you have done to her!"

Aryana melepaskan Shiqin. Shiqin terduduk di lantai. Dia hanya menangis dan menangis. Sekarang, dia tahu yang dia dah cari pasal dengan orang yang salah. HarSha bukan calang-calang orang.

"Kau dengar sini, mak kau dah pernah kena dengan aku. Jangan buat aku ulang semula apa yang aku buat kat dia kat kau. Jangan cari pasal dengan aku." kata Aryana memberi amaran.

Aryana memandang Shiqin tajam sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

••••••••••

Aqilah memejamkan matanya. Dia takut. Risau. Semua ada. Shiqin dah diculik. Mr.Radin tak mempedulikannya lepas sahaja urusan penceraian mereka selesai. Aden juga tidak mempedulikannya. Dia tiada sesiapa.

Tambahan sekarang bila dia tahu dia ada kanser usus tahap 4. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Baru sekarang dia sedar dia tiada sesiapa. Baru sekarang dia rasa dia kerdil sangat di bumi Allah ini. Baru sekarang dia rasa dia dah banyak buat jahat.

Aqilah memeluk lututnya erat. "Shiqin.. Mama perlukan Shiqin." tutur Aqilah dalam esakan. Saat ini, dia rasa hanya seorang je yang boleh bantu dia.

Bamm!

Pintu yang dipecah masuk membuatkan Aqilah tersentak. Dafi dan Elias tersenyum sinis. Aqilah tak dapat melarikan diri. Pandangan dia kabur sebelum semuanya gelap.

••••••••

Aqilah membuka matanya dengan perlahan. Berpusu-pusu cahaya memasuki matanya.

"Kau dah sedar?"

Suara itu membuatkan Aqilah memandang ke arah Aryana yang berdiri di tepinya. Aryana hanya tayang muka dingin. "Ka..kau buat apa kat sini?" soal Aqilah dengan susah payah. Tekaknya terasa kering.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now