【P R O L O G E U】

76 10 0
                                    

Mengikut peraturan pack Infinite Roar, Omega jantan dan Alpha betina dibantah untuk menjadi pasangan.

Jika male Alpha bercinta dengan female Omega, itu dikira biasa dan dapat diterima oleh pack Infinite Roar, jika sebaliknya terjadi, mentah-mentah akan dipandang serong oleh pack itu. Dan jikalau tidak diikuti peraturan itu, kedua-dua pasangan larangan itu akan dibuang dari pack atau lebih teruknya, dibunuh.

"Yeobo!" aku memandang seorang wanita yang berjalan ke arah aku dengan senyum cerahnya. Tapi pandangan ku teralih pula pada anak kecil yang dengan sedaya upaya berlari ke arah ku.

"Hey, chagi.. Hey, cutie pie." aku berlutut lalu mendepakan tangan, membenarkan si gadis kecil yang merupakan anakku itu melompat ke arah ku untuk memeluk ku.

Aku membalas pelukan itu. Aku kemudiannya berdiri dengan anak kecil itu ku dukung.

"Yeobo, jom kita sambut ulang tahun yeobo dengan Jungmin di restoran baru dibuka tu. Ada yang kata makanan kat restoran tu sedap." senyuman lebar ku ukir bersama anggukan singkat kepadanya.

"Dan ulang tahun sempena kita menjadi milik antara satu sama lain setelah lama dipisahkan." sambungnya lagi. Aku mendekat ke arahnya, menutup mata anak kecil di dukungan aku, lalu aku mengucup singkat bibirnya.

Hey,

Aku Jeon Jungkook, werewolf berstatus Omega. Umur aku 32 tahun. Ya, aku tua, bagi manusia. Bagi puak serigala jadian, aku masih muda. Muka aku juga masih lagi muda, sama seperti pasanganku yang masih jelita.

Aku merupakan CEO MainGemini holdings, perusahaan milik pack aku iaitu pack Main and Gemini. Wanita di hadapan aku ini iaitu isteri aku sendiri, merupakan Alpha pack Infinite Roar.

Dulu aku pernah dipanggil Blind Omega oleh gadis elf yang pernah menyelamatkan aku dulu.

Aku tidak berniat untuk beritahu atau menceritakan ciri-ciri kami berdua. Tapi menceritakan kisah cinta kami yang agak.. Complicated.

Sudikah? Dipersilakan.

.

.
.
.
.
.
.
.
.

❄T B C❄

------------

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now