【EIGHT • Alpha of pack Infinite Roar】

26 7 0
                                    

Jungkook tak mintak pun untuk menjadi Omega.

Bukan keinginannya. Malah, dari kecil ia nak sangat jadi seorang Alpha kerana Alpha adalah pangkat yang tertinggi antara werewolves yang lain, mereka juga werewolves yang terkuat. Mereka lah yang memimpin semua werewolves.

Sejak kecil lagi dia sudah berusaha untuk mencapai impiannya menjadi seorang Alpha.

Tapi semua musnah apabila ia mendapatkan statusnya pada usia 12 tahun melalui ujian fasa kedua, ia ditakdirkan sebagai seorang Omega lelaki. Selepas itu juga, keluarga besar ayahnya membuang mereka. Begitu juga ibunya yang terus meninggalkan mereka akibat malu.

Ia stress dan sedih secara bersamaan. Ia menolak statusnya sebagai Omega, dan hampir mati kerana menolak separuh dirinya itu.

Sudah disebutkan dalam kitab werewolves, The Status. Mana-mana serigala yang menolak separuh dirinya dengan tekad yang kuat, akan mati.

Tuan Jeon sampai merayu dan terisak-isak, menyuruh anak bongsunya itu menerima kenyataan bahawa dia adalah Omega. Akhirnya, dengan hati yang berat, Jungkook menerima separuh dirinya itu walaupun tidak rela.

Selepas mendapatkan statusnya, Jungkook bukannya bersifat seperti Omega, ia malah bersifat seperti para Alpha.

Seorang Omega perlu bersikap layaknya seorang perempuan yang penuh larangan dalam kehidupan mereka. Walaupun Omega itu berjantina lelaki sekali pun.

Jungkook bukannya Omega yang dipandang rendah sejak ia mendapatkan statusnya itu kerana ia jauh lebih kuat untuk dikatakan sebagai Omega.

Cuma keluarga besar ayahnya yang tak tahu dan memandang rendah terhadap Jungkook. Semakin tercabar, Jungkook tetap teruskan untuk menjadi kuat.

Bahkan tumbukan seorang Omega yang diperkatakan langsung tak sakit bagi Alpha. Sekarang lain, kerana Alpha lain dapat rasai tumbukan yang sedikit sakit itu jika tumbukan itu sebenarnya dari Jungkook.

Ingat. Jungkook adalah Omega, tapi tumbukannya dapat dirasai oleh Alpha.

Then, keluarga besar Tuan Jeon dapat mengetahui itu terus mengambil semula mereka ke dalam keluarga. Kerana keluarga besar Tuan Jeon, iaitu pack Main and Gemini itu tahu apa status Jungkook yang sebenarnya.

Pack Main and Gemini merupakan pack yang terlahir dan sudah ditakdir dari dulu oleh Moon Goddess yang pack itu hanya melahirkan atau terlahir dari serigala yang berstatus tinggi.

Antaranya ialah Alpha dan Beta. Tapi yang paling pack Main and Gemini mahukan adalah serigala yang berpangkat Main. Seperti Main Alpha, Main Beta dan Main Omega.

Mengikut pengetahuan pack Main and Gemini, serigala yang mempunyai pangkat Main ini sebenarnya jarang ditemui pada pack lain. Jadi, ia tak asing jika ditemui pada pack Main and Gemini.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now