【TWO • Precious Omega】

53 8 4
                                    

"Kook dah balik!"

"Yeay! Adik hyung dah balik!" seorang pemuda menuju ke arahnya, memeluk Jungkook sejurus sudah pun menghampiri adik kandungnya.

"Jeon Wonwoo, Kookie penat tu," Tuan Jeon, ayah Jungkook dan Wonwoo, Alpha, menegur Wonwoo yang memeluk Jungkook dengan erat.

Wonwoo melepaskan pelukan itu, lalu ia menunjukkan riak muka yang cool. Pemuda Alpha itu memandang adiknya yang membalas pandangan si abang dengan raut muka letih.

"Ehem! Mianhae," Wonwoo tersengih, ia mengusutkan kepala Jungkook. Tidak bertahan lama kemachoan di muka Wonwoo kalau itu berkaitan dengan adiknya.

Jungkook hanya pasrah dengan kelakuan abangnya.

Mana boleh marah kat si Wonwoo ni, kurang ajar jika Omega yang memarahi Alpha. Pack Main and Gemini masih mengamalkan kesopanan yang dianggap kuno itu. Jungkook diberi didikan kesopanan tersebut oleh ayahnya.

"Kamu ada kerja sekolah, Jungkook?" soal ayahnya, lembut.

Jungkook memaparkan senyumannya sehingga gigi arnabnya kelihatan. Matanya meneliti badan bapanya yang kemas dengan baju kerja untuk guard.

Bapanya dulu merupakan bakal pemegang syarikat milik packnya. Pangkat dan tanggungjawab itu tidak dapat bapanya terima disebabkan Jungkook, lebih tepatnya statusnya sebagai Omega yang salah.

"Ada, tak banyak pun. Appa kerja over time sampai malam lagi ke hari ni?"

Tuan Jeon tersenyum, mengangguk perlahan sebagai sebuah jawapan kepada soalan anak lelaki bongsungnya.

"Pa, takkan appa tak penat ambik over time sampai malam?" Tuan Jeon mengeluh. Membetulkan seragam kerjanya sebelum memberi jawapan lain untuk pertanyaan baru Jungkook,

"Penat tu memang selalu, Jungkook. Appa buat semua ni untuk sara kehidupan kita. Appa ni Alpha, kerja semua ni memang tanggungjawab yang wajib."

Jungkook memandang wajah lesu ayahnya dengan lama. Dia menunduk memandang lantai. Wajah penat kepunyaan ayahnya berterusan memunculkan perasaan tak suka dengan jiwa werewolfnya, banyak kali.

Sebuah senyuman palsu diukir pada bibirnya. Dia mendongakkan kepalanya untuk menghadap ayahnya.

"Kerja elok-elok, kalau penat ke apa.. Jangan gagah untuk teruskan, nae?" Tuan Jeon memeluk Jungkook. Menepuk-menepuk belakang badan anak keduanya.

"Gomapda Kookie, kamu sentiasa beri semangat untuk appa." Tuan Jeon memeluk Wonwoo pula. Alpha muda tersebut membalas pelukan sang Alpha paruh baya, ayahnya.

Wonwoo mengusap perlahan belakang ayahnya. Tuan Jeon segera meleraikan pelukannya dengan Wonwoo.

"Appa pergi dulu, jangan lupa makan makanan kat atas meja di dapur tu."

"Okay appa!" Jungkook dan Wonwoo membalas pesanan ayah mereka bersama.

Dengan itu, Tuan Jeon keluar dari rumah itu. Wonwoo mengalihkan pandangannya dari pintu ke wajah tampan Jungkook.

"Malam ni kau ada study group?" soalnya. Jungkook mengangguk perlahan. Wonwoo mencebikkan bibirnya dengan balasan ringan dari Jungkook.

"Hyung kena duduk sesorang lagi lah malam ni jawabnya. Aish, kenapa lah setiap malam kau ikut kawan-kawan kau pergi buat study group? Cuba lah satu malam tu kau duduk kat rumah, teman abang kau ni."

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now