【THREE • Smell taste】

39 6 2
                                    

Kringg!

Berpusu-pusu pelajar yang mengambil kelas history keluar dari kelas itu untuk ke kelas yang seterusnya.

Chaemin pula mula mencari kelibat leader kelab taekwondo yang sama-sama mengambil kelas history.

Dan itu dia, Chaemin dapat melihat belakang badan pemuda Omega yang sedang berjalan tenang menjauhi kelas history tersebut. Sorang-sorang sahaja, tidak ditemani oleh rakan Alpha kepada Omega tersebut, Taehyung.

Chaemin berlari anak ke arah pemuda berpangkat Omega itu, dia berlari sehingga dapat berjalan di sebelah Omega tersebut.

Jungkook yang perasan akan kehadiran Chaemin, si gadis Alpha, di sebelahnya. Perasaan malu mula timbul.

Jungkook sememangnya orang yang pemalu, lagi-lagi dengan Chaemin iaitu idola dan crush-nya, lagi lah dia malu.

"Jungkook-ssi, malam ni kita ada latihan untuk kelab taekwondo tau." Jungkook memandang Chaemin, kemudian memandang lurus ke hadapan semula.

"Waeyo? Ni mesti ada ahli yang baru kan?" Chaemin mengangguk, dia perasan yang Jungkook tidak memandangnya,

"Ya, ramai betul yang makin minat dengan kelab seni mempertahankan diri ni."

Jungkook hanya mengangguk tanda setuju. Chaemin kecewa bila Jungkook taknak bagi respon lebih. Dia rasa seperti orang asing bila berdekatan dengan Omega kuat itu, sedangkan dah banyak kali mereka berjumpa. Malah sekali seminggu mesti akan berinya berbagai manisan.

"Lepas ni awak kelas mana? Saya kelas marketing."

"Add-math."

Tengok tu, sepatah je jawab, Chaemin juga perasan nada bergetar dari suara Jungkook. Come on lah! Chaemin tak keluarkan aura dominan langsung, yang ada sekarang ni cuma aura bersahabat.

Tak mahu memikirkan lebih sikap janggal Jungkook padanya. Chaemin menyedari ternyata Jungkook memang gemar dengan subjek berkaitan math.

"Awak memang gemar subjek sepupu sepapat dengan math ya?" Jungkook mengangguk kecil.

"Kenapa?"

"Molla~" Jungkook menghinjut-hinjutkan bahunya. Omega itu tersengih, taknak Chaemin rasa dirinya kurang ajar atau apa kerana tidak membalas soalan gadis itu dengan penuh kepuasan.

Chaemin terkekeh melihat kelakuan imut Jungkook.

"Mungkin sebab math sejenis subjek kira-kira yang sentiasa menggunakan otak, kan?" Chaemin memberi teori. Jungkook hanya tersengih lagi, mengangguk setuju.

Mereka berjalan bersama sehingga sampai di hadapan kelas marketing yang Chaemin ikuti.

"Bye, saya masuk dulu." Chaemin menolak pintu itu, setelahnya hilang di balik pintu.

Jungkook tersenyum tipis dan membuka langkah untuk ke kelasnya yang seterusnya.

❝❀❞

"Kookie, Omega jantan heat tak?" soal rakan Jungkook yang satu-satunya Alpha beraura dominant tapi berkelakuan agak kebudak-budakkan, Kim Taehyung.

Soalan itu telah membuat Jungkook yang sedang minum air menyembur airnya sikit dan terbatuk-batuk.

Taehyung kalut berdiri dan ke arah si Omega, mengurut belakang Jungkook sehingga lelaki bersurai putih salju itu telah membaik.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now