【ONE • Crushes】

61 9 2
                                    

Seorang pemuda berseragam sekolah lengkap, bersurai putih salju dan bermata coklat lembut mengaturkan langkahnya masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan sopan. Kepalanya tertunduk.

Walaupun sudah 6 tahun pemuda itu bersekolah di situ, tak lama dia akan graduate, dia tetap berasa malu dengan pelajar-pelajar di sekolah itu.

Sekolah tempat Jungkook belajar merupakan sekolah nombor 1 yang dikagumi dalam hutan dipterokarpa pamah dan bukit terletak di negara Korea Selatan, wilayah Gangwon, yang dihuni oleh kaum kerabat werewolves.

Sekolah menengah Dal-ui Sup, dikenali sebagai Moongladion. Merupakan sekolah menengah yang istimewa mengalu-alukan semua jenis hiearchy serigala jadian yang ingin mengecapi impian masing-masing. Cara masuk adalah dengan menggunakan sistem entrance exam, setelah lulus perlu dibawa segala dokumen maklumat diri.

Sekolah menengah ini dibahagikan kepada 4 jenis bangunan yang dibina luas dan bertingkat 3 setiapnya, padang, kantin atau dipanggil cafe, kelas-kelas club, bengkel dan lain-lain. Bangunan pertama diguna oleh semua pengajar dan pelajar tingkat 2 dan 6. Bangunan kedua diguna oleh pelajar tingkat 3 hingga 5.

Bangunan ketiga diduduki oleh pelajar tingkat 1 dan werewolves yang berumur ratusan tahun ke atas yang masih ingin ikut belajar. Bangunan keempat adalah Lesson for Wolf Controlling, bangunan yang dikhaskan untuk bangsa serigala jadian yang terdapat sedikit atau lebih masalah terhadap jati diri serigala mereka.

Jungkook punya kelas di bangunan keempat, dia ada seorang rakan yang berusia seratus tahun lebih juga di bangun keempat itu.

"Jungkook-ssi!" seorang pemuda berambut blonde dan bermata coklat gelap menyergahnya dari belakang, lalu tertawa.

"Aish! Hyung! Boleh tak jangan bagi Kook terkejut!" ujarnya, dia mencebik tanda protes.

"Mian mian.. Hehe." pemuda berambut blonde itu tersenyum petak kearah Jungkook. Tangannya menepuk bahu Jungkook dengan lembut.

Kringg!

"Arh! Dah bunyi loceng! Jom hyung!" Jungkook menarik tangan rakannya itu.

Lelaki itu hanya ikut berlari sama walaupun dari raut wajahnya itu berkerut, pelik, akibat Jungkook memegang kuat tangannya. Pegangan itu selalu kuat dan ketat, juga berkuasa. Omega ke Alpha sebenarnya ni?

❝❀❞

"Oh Chae Min,"

Gadis itu mendongak. Ssebuah senyuman terukir ni bibir tipisnya.

"Jungkook-ssi! Waeyo?"

"N-ni untuk awak. Saya belikan untuk awak.. Jangan lupa makan." Jungkook meletakkan coklat jenis cadbury itu diatas meja Chaemin. Jungkook beredar begitu sahaja dengan tergesa-gesa.

Chaemin mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum memandang plastik ungu berisi coklat itu dengan senyuman.

"Peminat bagi ke?" soal seseorang. Tidak mengejutkan langsung, cuma ianya secara tiba-tiba ditafsir. Dan kenal sangat dengan empunya suara.

"Ah, Hobie! Lambat datang?" pemuda itu menjeling gadis bermata hitam gelap itu sebaik mereka saling berpandangan.

"Aku bangun lambat! Ini semua salah mimpi tu! Syok bermimpi pasal aku kahwin dengan Omega yang aku tak kenal, tapi dia.. Cantik. Sampai aku tak bangun langsung! Bila bangun! Dah pukul tujuh!" omel pemuda itu, mukanya yang tadinya ceria bertukar cemberut dan muram.

"Atoto, comelnya Jung Hoseok ni." Chaemin melempang pipi Hoseok dengan agak kasar. Pemuda itu terundur ke belakang dikeranakan tenaga tamparan itu.

"Sakit lah! Apa ni main tampar-tampar?"

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now