【TEN • Hunting class start】

18 3 0
                                    

"Hoseok, lepas math ni, kita ada kelas apa?" soal Jungkook.

Pemuda Omega itu memandang Hoseok di sebelahnya, si Beta itu sedang menongkat dagu. Agaknya tengah memikirkan macam mana mahu menyelesaikan soalan mathematics yang telah diberikan oleh guru mereka.

Tidak menjawab pun, Hoseok terus menepuk dahinya yang sudah berkerut dan ia mengeluh perlahan, terdengar gumaman dari si Beta tapi tak dapat dikenal pasti apa yang digumamkannya. Jungkook memperlihatkan reaksi peliknya kerana tiba-tiba sahaja Hoseok menepuk dahinya.

"Kau kenapa?"

"Aku lupa nak bagi kau jadual pagi tadi, aku ada ambik untuk kau semalam. Lepas ni kita kelas hunting, kelas Alpha ngan Beta tingkatan 5 sahaja yang terlibat kelas tu hari ni, esok pelajar form dan kelas lain pulak." Hoseok menghulur sehelai kertas kepada Jungkook selepas diambil dari dalam begnya, pemuda Omega itu mengambilnya dan melihat apa yang tertulis di atas kertas itu.

Betul kata Hoseok, selepas ni adalah kelas hunting. Ah, memburu adalah hobi kegemaran Jungkook.

"Aku rindu nak makan daging rusa yang mentah."

"Kau pernah tangkap rusa sebelum ni?" Jungkook mengangguk singkat dengan pertanyaan Hoseok.

"Mesti kau pergi memburu dengan abang kau, kan? Kau suka daging rusa jantan or betina?"

"Aku suka daging rusa jantan. Badan diorang besar, so sedap kalau makan. Lagi-lagi kalau rusa tu ketua kawanan, lagi lah best, tapi tak selembut daging rusa betina lah." Jungkook tersenyum lebar menampakkan gigi arnabnya.

"Aku suka daging kambing. Kalau masa cuti kan, selalu pengembala kambing murung sebab kambing dia ada yang hilang. Aku tak kisah kambing jenis liar ataupun dijaga." Hoseok tergelak sedikit mengingati cuti panjang tahun lepas semasa ia sedang enak meratah hasil tangkapannya, telinganya menangkap tangisan pengembala.

Dia kisah apa je masa tu, perut yang lapar dan daging segar depan mata sahaja lah yang ia hiraukan.

Jungkook hanya tersenyum menahan tawanya. Dari muka Hoseok pun dia dah tahu yang pemuda itu sedang mengingati kenangannya memakan daging kambing.

"Kau dah biasa pergi ke kawasan manusia lah maknanya?" Hoseok mengangguk.

"Gempak! Oh lagi bape minit kelas math ni habis?" soal Jungkook.

Hoseok mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali sebelum melirik jam tangannya. Terdiam sesaat memandang waktu pada jam itu. Kemudian kepalanya dilangutkan untuk bertemu dengan wajah Jungkook.

"Lagi dua minit."

Mereka berdua tersenyum bersamaan dan mengemas barang-barang yang berada di atas meja dimasukkan ke dalam beg.

"Kook-ah, hari Moon Goddes tu nanti kau datang tak?" soal Hoseok yang baru sahaja menzipkan begnya.
Manakala Jungkook masih menyusun barang-barangnya di dalam beg.

Kebanyakkan Omega memang sangat cerewet dalam hal susun atur.

"Mesti lah aku ikut, sepanjang aku hidup ni tak pernah pulak aku tak pergi majlis di hari Moon Goddes. Walaupun sememangnya dulu aku pernah marah kat Moon Goddes sebab takdirkan aku sebagai Omega." sebelah kening Hoseok terangkat,

Dulu Jungkook pernah menolak jiwa serigalanya ke? Soal Hoseok di hatinya. Takut mahu mengeluarkan soalan itu.

Jungkook menzipkan begnya, duduk di tempatnya lalu memandang Hoseok yang sepertinya sudah kembali mengelamun. Jungkook dapat meneka apa yang dilamunkan oleh Hoseok.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now