【ELEVEN • Bad Attitude】

16 1 0
                                    

Apa yang diketahui Jungkook, para Alpha semestinya telah menyiapkan tenaga fizikal mereka dan akan mengeluarkan feromon mereka yang mengerikan itu apabila sedang berburu.

Jungkook dapat lihat para serigala diketahuinya dari baunya iaitu Zeta kebanyakannya naik ke atas pokok dan melompat dari satu ke satu pokok yang lain. Itu adalah teknik Zeta yang licik menyerang hendap dari atas, senang sikit bagi mereka untuk dapatkan mangsa.

Jungkook biasa melakukan cara Zeta memburu, tapi disebabkan dia Omega, agak susah untuk naik ke atas pokok kerana otot kaki belakangnya tidak sekuat dan terlatih seperti serigala Zeta.

Eh? Kenapa bukan ke serigala Jungkook yang mengawal badannya apabila berbentuk serigala? Jawapannya ialah ye serigala Jungkook yang mengawalnya apabila berbentuk serigala tapi disebabkan mereka berdua adalah satu, boleh difahamkan dengan istilah "you are me and me are you", jadi bila Jungkook terpikirkan sesuatu yang genius dan bagus semasa memburu, tanpa memberi apa-apa cadangan mahupun bantahan serigalanya terus buat apa Jungkook pikirkan.

Jadi sekarang ni Jungkook terpikir mahu pergi ke sungai, serigalanya terus mencari di mana sungai berada. Kadang-kadang arnab akan ke sana untuk minum air atau saja mahu mandi-mandi dan bermain-main.

Serigala itu pergi ke sebelah kanan, mencari sungai. Telinganya menangkap suatu kocakan air yang tak jauh dari tempatnya. Segera ia berlari anak ke asal bunyi itu.

Setelah sampai, rupanya ada beberapa anak rusa sedang bermain dalam sungai cetek itu, ada seekor rusa jantan dan beberapa rusa betina, mungkin mereka sedang berpindah. Serigala Jungkook melangkah maju, menampakkan dirinya.

Semua rusa perasan akan kehadiran serigala tersebut, tapi mereka mengendahkannya kerana merasa ianya sedikit tidak bahaya. Walaupun pun begitu, rusa jantan yang dikenali ketua kawanan itu tetap berhati-hati, sesekali ia memandang si serigala berbulu putih susu itu.

Tiada arnab disitu, serigala Jungkook mengambil keputusan untuk turun masuk ke dalam sungai dan minum air.

Rusa-rusa itu mula bergerak meninggal tempat itu. Serigala Jungkook pula menjenguk-jenguk sekelilingnya, mungkin ada arnab. Tapi hampa, tiada haiwan lain di kawasan itu kecuali sekumpulan rusa yang baru sahaja mulai beredar.

Plap!

Telinga serigala itu bergerak mengikuti bunyi sesuatu jatuh dalam air sungai itu. Ia memusingkan kepalanya memandang asal bunyi. Saat yang bertuah baginya, ada dua ekor arnab yang mungkin sedang berkelahi.

Bingo.

Seekor berada di atas batu-batuan tepi sungai, seekor lagi berada di dalam air. Nafas kedua-duanya terburu-buru. Arnab di dalam air itu sibuk memandang arnab yang berada di darat. Arnab yang berada di darat itu pula sudah siap sedia mahu lari pergi dari situ kerana ia sudah perasan keberedaan serigala Jungkook.

Telinga kanan serigala Jungkook bergerak sekali, sengaja ia lakukannya, menunjukkan keanggunan dan keangkuhannya pada arnab yang sudah perasan keberedaannya di situ.

Serigala berbulu putih susu itu mengumpulkan kekuatannya untuk berlari laju ke arah arnab yang tidak perasaan ia berada di belakangnya. Arnab yang berada di atas darat itu sudah lari pantas meninggalkan kawasan itu bila dia nampak serigala Jungkook membuat pergerakan kecil.

Arnab yang berada di dalam air itu terpinga-pinga. Serigala Jungkook mengambil kesempatan untuk menerkam sang arnab, haiwan itu terkaku seketika bila menyedari ia sudah berada di bawah si serigala, tidak sempat untuk meloloskan diri, serigala itu terlebih dahulu menggigit lehernya dengan kuat.

Tekanan gigitan serigala Jungkook makin kuat semasa habuannya itu cuba lagi melepaskan dirinya, seakan ia boleh hidup setelah terlepas, sedangkan nyawanya sudah berada di hujung tanduk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now