【FIVE • Angel Alpha】

38 5 1
                                    

'Angel Alpha'

Sebut je nama panggilan bagi seorang werewolf berpangkat Alpha itu, maka serigala berpangkat bawah darinya akan bergedik ngeri.

Mereka menggelarkannya begitu kerana wajahnya nampak lembut dan cantik lagikan tampan bak bidadara. Bila tersenyum, pergh! Lembik lutut jadinya.

Mengikut maklumat dari mulut ke mulut, pemuda yang dipanggil 'Angel Alpha' itu type yang sombong dan garang dengan saiz badan badan yang agak kecil namun ripped. Bila 'Angel Alpha' itu menguarkan feromonnya, semua akan patuh padanya kerana harum feromonnya begitu kuat dan maskulin.

Personalitinya membuatkan orang-orang sekeliling ingatkan dia True Alpha, namun sebenarnya merupakan Sub-Alpha. Single ataupun taken? Sudah pun berpunya.

Hoseok tergelak terbahak-bahak selepas melihat reaksi Chaemin. Satu pukulan kuat hinggap di kepala yang di hiasi rambut berwarna merah itu, Hoseok meringis sakit.

"Apasal kau gelak?"

"Sebab muka kau lawak arh.. Hehe."

Chaemin menjeling tajam kearahnya, lalu mengeluarkan bunyi geraman yang berjaya membuat Hoseok takut sehingga dia terjuntal ke belakang bersama kerusi yang di dudukinya.

Chaemin tergelak kecil.

"Huh, padan muka."

Hoseok dengan susah payahnya bangun dan membetulkan dirinya yang kelihatan sedikit comot. Mengeluh kesal dengan dirinya yang sentiasa bagi reaksi terlebih sebab agak takut dengan para Alpha.

"Aku tahu lah kau Alpha, takyah sampai takutkan aku tho."

"Eleh, dia yang penakut. Macam lah aku taktau yang Beta bukannya dapat rasa aura Alpha pun."

Hoseok kembali duduk di kerusi itu yang didudukinya tadi, menghadap Chaemin.

"Lepas rehat ni kita jumpa 'Angel Alpha' tau." Chaemin mendengus kasar.

"Kau gila ke? Dia tu dah lah sombong, garang, umur pun tua.. Aku tak biasa berurusan ngan yang tua-tua ni, lagi-lagi dia tu adalah Alpha."

"Correctian.. Dia Sub-Alpha.. Diorang tak macam True Alpha yang suka pangkat bawah dari dia tunduk dekat dia. Sub-Alpha ni lembut and senang bertoleransi sebenarnya. Kalau nak berbincang ke sembang ke apa, diorang Alpha yang the best."

Chaemin mengerutkan dahinya, macam mana kawannya yang satu ini boleh tahu tentang ini? True Alpha, Sub-Alpha, dia pernah dengar tapi tak tahu sangat pun apa bezanya dua tu.

"How do you know this much, Hoseok-ah?" soalnya.

"Seorang Alpha sepatutnya kena rajin baca buku tentang werewolves, ke semuanya, sebagai yang teratas, mestilah ada beberapa tanggungjawab yang harus dilakukan. Kau Alpha, bakal pemimpin tahu tak?"

"Are you Alpha or not?" Hoseok menyambung dengan soalan yang seakan menyindir. Membuatkan Chaemin mengertap giginya.

"Yes I am. Jangan nak sinis aku lah, sekali aku tumbuk muka kau, hilang semua gigi kau nanti."

Hoseok mencebik, menyilang lengannya di dada. Chaemin betul-betul ada perangai True Alpha yang dia tak suka, takkan dia percaya kalau Third test hierarchy nanti Chaemin dapat status Sub-Alpha. Tak kena langsung!

"Sikit-sikit nak belasah.. Hah, so how? Nak jumpa ngan 'Angel Alpha' tu bila?"

Chaemin memuncungkan bibirnya, berfikir.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now