【SIX • The Twin】

39 6 2
                                    

Chaemin bangun dari duduknya, membersih pakaian seragam sekolahnya yang ada sedikit debu disebabkan kemalangan kecil sebentar tadi.

Hoseok mara ke hadapan, berdiri sopan di sebelah Chaemin, lalu menunduk hormat pada pemuda yang selalu digelar 'Angel Alpha'. Chaemin hanya berdiri, tidak langsung menunduk hormat pada Alpha tersebut.

Dia itu Alpha, Alpha tidak akan menunduk hormat pada Alpha yang bukan ketua pack.

"I repeat my question back, apa yang korang dua buat kat sini? Ada hal ke? Tak biasa pulak nampak korang dua di bangunan untuk werewolves yang berumur beratus tahun ni." pemuda itu memandang datar pada Hoseok dan Chaemin. Tinggi sang pemuda Alpha itu lebih dari Chaemin, tetapi kurang dari Hoseok, si Beta.

"Kami datang nak berjumpa ngan sunbae sebenarnya." kata Chaemin, jujur.

Pemuda itu membuat muka pelik. Berkerut dahinya memandang Hoseok dan Chaemin silih berganti. Chaemin mengukirkan sebuah senyuman untuk menahan dirinya dari menumbuk Alpha dihadapannya ini. Reaksi Alpha jantan tersebut sombong sungguh baginya.

"Ada hal apa nak jumpa aku?"

"Sunbae kawan Jungkook, kan?" soal Chaemin, straight to the point.

"Yeah, why? Si biskut tu ada cari pasal ngan korang ke?" gadis Alpha itu menggeleng sebagai jawapan 'tidak' bagi soalan yang diajukan.

"Oh, okay. Kenapa?"

"Nothing.. Kitorang perlukan bantuan sunbae ni. Boleh sunbae tolong?"

Kening pemuda Alpha itu bertaut dan matanya mendelik tajam kepada Chaemin yang memberinya riak wajah ramah.

"Bantu--"

"Woi ketot, sir Edward dah panggil kau tu. Jom lah!"

Pemuda bergelar 'Angel Alpha' itu menghadap pemuda yang memanggilnya sebentar tadi. Mukanya seakan murka dengan perlecehan sebentar tadi.

"Tak guna punya Beta!" pemuda Alpha itu mengambil tong sampah hitam berukuran besar yang terdekat dengan hanya menggunakan satu tangan.

Membaling tong sampah itu ke arah si Beta yang baru menegurnya tadi dengan tenaga Alpha-nya. Balingan itu tidak pun terkena tepat disebabkan sang sasaran mengelak sepantas mumgkin.

"Sedap mulut kau je nak panggil aku ketot. Ingat kau tu Beta, Kyungsoo. Kau pun sama jugak ketot, lagi ketot dari aku ada lah!"

Disebabkan tindakan refleks ia mengelak tadi, Kyungsoo jatuh terduduk. Pemuda itu bangun dari posisinya, dan membersihkan T-Shirt sukan sekolahnya.

"Sorry arh Jimin, gurau je. Cepat sikit tau, sir Edward dan yang lain dah tunggu kau kat padang." Kyungsoo berlari untuk beredar dari koridor itu selepas berujar dengan pantas.

"Ouh. Jimin rupanya," ujar Chaemin, perlahan. Jimin memandang Chaemin dengan riak wajah bengang.

"Apa? Mesti korang tahu nama aku ni 'Angel Alpha' je, kan? Tsk, geli aku dengar. Dah lah, daripada aku buang masa kat sini, baik pergi padang." baru sahaja Jimin mahu beranjak dari situ, Chaemin memberhentikan langkahnya,

"Macam mana ngan soalan aku tadi? Aku nak tanya mana rumah Jungkook. Kau tahu pasal Jungkook, kan? Bagitau lah." Jimin membuat muka malas, dia mula beranjak dari tempatnya dengan perlahan.

"Takde masa lah. Apa kata kau tanya Taehyung or.." Jimin berhenti. Memandang Hoseok dan Chaemin di balik bahunya.

"Kalau kau boleh tahan nafsu serigala kau, cuba tanya si kembar Omega dua orang tu, diorang lebih tahu semuanya tentang Jungkook. Aku pun tahu semuanya, tapi aku malas nak bagitau." Jimin berjalan terus meninggalkan sang gadis Alpha dan pemuda Beta itu dengan langkah santai.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now