【SEVEN • Meet Wonwoo】

29 8 0
                                    

Chaemin memasuki library di dalam rumahnya yang sangat luas. Tak lupa juga Shuhua, maid kegemaran baru Chaemin yang setia membuntuti gadis itu.

Chaemin pusingkan badannya, menghadap Shuhua. Pembantu rumah itu tersenyum kecil kepada majikannya yang hanya kelihatan serius.

"Takpe ke Shu unnie tolong Chae ulangkaji semua buku werewolves?" Shuhua mengangguk sekali dan pelan dengan sopan.

"Tak apa Cik, saya sentiasa ada untuk membantu." Chaemin menepuk tangannya, sekali tepukan.

"Okay thanks! Jom mulakan." gadis itu mula bergerak ke salah satu rak yang tinggi. Shuhua pula pergi ke rak-rak yang pendek dan menarik perhatian.

"Main Omega? Uhm.. Tajuk macam best, tapi.. Lantak lah, macam tak berapa penting ni. Nanti-nanti ada masa baca ni betul-betul." ujarnya sendirian, pergi ke buku lain pula. Mencari apa yang dicarinya.

Shuhua pula sudah pun membawa beberapa buah buku yang diambil dari rak pendek yang menarik perhatiannya ke meja panjang yang disediakan di dalam library itu.

Shuhua memandang majikannya, Chaemin, yang masih lagi mencari buku walaupun di sebelah tangan kiri gadis itu sudah menampung beberapa buku.

Setelah itu, Chaemin berjalan ke arah Shuhua bersama buku yang diambilnya dengan bilangan yang tak dikira sikit, ia meletakkan semua buku itu dengan berhati-hati.

"Di rak yang satu-satunya pendek di sana ada mempunyai buku penting bagi Alpha, terutama sekali Alpha pack. Maafkan saya kerana tidak ambil kesemuanya." jari telunjuk Shuhua menunjuk ke arah rak buku yang pendek, berada di sudut library.

Chaemin memandang Shuhua kemudian rak buku berukuran pendek yang telah ditunjukkan, lalu menggeleng perlahan.

"Tak apa.. Yah, apa pangkat serigala Shu unnie ye?" tanyanya.

"Saya adalah Zeta." sepasang mata Chaemin sempat berkerdip bingung. Ada pangkat Zeta? Chaemin tak tanya langsung tentang tu.

"Nae.. Kamsahamnida, Shu unnie. Shu unnie boleh lah pergi sambung buat kerja yang tergendala tadi tu. Mianhae kacau unnie." Shuhua menunduk hormat.

"Eh tak apa. Sama-sama Cik Chaemin, saya minta diri dulu." gadis maid Zeta itu berjalan dengan perlahan dan sopan ke arah pintu masuk library dan keluar dari library tersebut.

Chaemin mula memeriksa buku yang diambil Shuhua tadi. Ia mengambil buku yang bertajuk Alpha pack.

"Mari kita study," gadis Alpha itu mendudukkan dirinya di atas kerusi dan mula membuka buku yang dipilihnya sebentar tadi.

Menyelak satu persatu muka surat buku itu selepas menyudahi membacanya dengan teliti dan memahaminya dengan betul.

Chaemin masih meneruskan acara pembacaan buku-bukunya itu sehingga larut malam. Habis semua rasa penat sudah ia lupakan.

Memang betul cakap Hoseok, sekali saja baca, takkan berhenti dah.

❝❀❞

Hoseok memerhati Chaemin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Nak tanya, tapi takut gadis itu tumbuk dia pulak sebab katanya sibuk urusan orang. Hoseok dah hafal sangat perangai Chaemin.

Chaemin memang tak suka orang lain menyibuk halnya, lagi-lagi hal peribadi. Biasa lah, itu adalah sifat utama seorang Alpha.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Where stories live. Discover now