【NINE • New studies system】

25 4 0
                                    

Chaemin adalah gadis yang mempunyai hati yang murni seperti ayahnya kerana dia sangat menyukai Omega dan tidak pernah memandang rendah terhadap serigala yang rendah tersebut di dalam sisterm hirearki serigala.

Chaemin lain dari Jungkook, kerana pemuda itu mahu menjadi Alpha sejak ia kecil, manakala Chaemin hanya berserah kepada takdir.

Hanya sedikit. Harapan yang ia bina kecil sahaja iaitu dia mahu menjadi Omega, tapi sebahagian yang besar, ia akan terima takdir yang ditentukan oleh Moon Goddes.

Gadis Alpha itu yang sangat mendambakan sosok seorang Omega yang begitu indah baginya adalah disebabkan bunya merupakan Luna, dan Omega sahaja yang layak memegang jawatan Luna, isteri kepada Alpha Pack.

Walaupun tidak pernah bertatap muka dengan ibunya itu, dengar sahaja bagaimana ayahnya bercerita tentang ibunya sambil tersenyum lebar dan tertawa. Menjadi penyebab Chaemin amat suka pada serigala berstatus Omega.

Mesti tertanya-tanya kan? Mengapa Chaemin boleh jatuh cinta pada Jungkook.

Ya, Jungkook mempunyai rupa paras 50% tampan dan 50% comel. Bukan dari segi rupa yang Chaemin pandang. Tapi, kekuatan Jungkook yang berstatus Omega.

Chaemin agak ragu dengan status Jungkook kerana kekuatan pemuda itu bukannya level Omega, malah hampir melebihi kekuatan Beta.

Chaemin masih ingat saat ia dikalahkan oleh Jungkook. Rasa sakit disebabkan dibanting Jungkook terasa dan nyeri.

Masa itu, mereka berdua sama-sama berumur 13 tahun. Ya, mereka adalah pelajar yang baru menginjak ke usia remaja. Ataupun, mereka lah junior baru.

Sejak sekolah rendah lagi Chaemin memasuki kelab Taekwondo, dan ia adalah president bagi kelab Taekwondo. Masuk sahaja ke sekolah menengah itu, ia sudah diberitahu bahawa dia adalah president baru kelab Taekwondo di sekolah itu.

Itu khabar gembira baginya. Dan macam biasa, seorang president sepertinya akan melatih ahli yang ada dalam kelab Taekwondo itu.

Hingga lah satu hari, Jungkook melangkah ke gelanggang perlawanan itu.

Chaemin terpaku dengan muka tanpa sebarang ekspresi dari pemuda itu. Lagi bertambah terkejut apabila mengetahui dia akan lawan dengan seorang Omega.

Omega yang satu-satunya ada di dalam kelab taekwondo tersebut. Chaemin menunjukkan wajah tidak pasti, ia tak mahu mencederakan Omega.

"Saya tahu maksud muka awak. Jangan risau, lawan sahaja, saya takkan apa-apa."

Kata-kata itu makin menambahkan lagi keterkejutan dalam diri Chaemin. Gadis itu menyiapkan kekudanya apabila ia melihat Jungkook sudah bersiap sedia untuk berlawan dengannya.

Apabila pengadil mengarahkan mereka untuk memulakan perlawanan, mereka mula beradu tenaga.

Chaemin dapat merasa tumbukan dan tendangan Jungkook, rasa sakit walaupun sedikit.

Perlawanan itu berlangsung sehingga 3 minit. Jungkook mengakhiri perlawanan itu dengan menarik lengan Chaemin lalu membantingnya. Dan jati diri Chaemin sebagai Alpha tidak terasa dirobek-robek walaupun telah dikalahkan oleh Omega.

Walaupun tulang belakangnya sudah semestinya tidak patah, tapi tetap juga rasa nilu itu terasa di tulang belakangnya walau hanya sedikit.

Jungkook memenangkan latihan itu dan ditawarkan untuk menjadi president kelab Taekwondo tersebut.

(H) Blind Omega ❝JJK❞Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu