Prolog [ edited ]

177 29 52
                                    

Di Dunia Kayangan terdapat beberapa buah kerajaan yang wujud dan antaranya ialah Kerajaan Manisan.

Kerajaan Manisan merupakan sebuah kerajaan tertinggi dan terhebat berbanding kerajaan lain. Kerajaan Manisan menjadi kerajaan tertinggi kerana Kerajaan Manisan merupakan kerajaan yang terdapat lebih banyak kemudahan dan dalam segi ekonomi dan diplomatik lebih maju berbanding kerajaan lain.

Oleh itu,Kerajaan Manisan menjadi tumpuan semua masyarakat dia kayangan tidak mengira bangsa.

Kerajaan Manisan terbahagi kepada beberapa bandar mengikut jenis manisan contohnya Bandar Cadbury, Bandar Daim, Bandar Kinder Bueueno dan banyak lagi!

Di Kerajaan Manisan terdapat juga sebuah bandar yg dipanggil Bandar Lolipop. Bandar Lolipop merupakan bandar termaju dan terindah sekali dan di bandar itulah tempat dimana tinggalnya raja kepada Kerajaan Manisan iaitu Raja Aizat Sufian dan ratu hatinya iaitu Pemaisuri Razia Ayuni.

Baginda merupakan seorang raja yang disegani kerana sikapnya yang adil dan mementingkan hak rakyat Kerajaan Manisan. Baginda juga seorang yang dermawan dan sorang ayahanda dan suami yang penyayang.

Dalam kehidupan peribadi Raja Aizat, baginda mempunyai lima puteri yang cantik jelita tiada tandingannya. Mereka hidup bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain tetapi.. sehinggalah..

Sebelum itu, di Dunia Kayangan juga terdapat sebuah kerajaan yang disisihkan iaitu Kerajaan Savuri disebabkan kerajaan tersebut sering bergaduh dan membuat onar di sempadan Kerajaan Manisan. Ininya berpunca dari rajanya yang zalim dan sangatlah tamak.

Kerajaan Savuri merupakan kerajaan yang kaya dengan pelbagai jenis sayuran tetapi sejak raja yang terdahulu mangkat dan digantikan oleh anakandanya yang berhati busuk, segalanya mula berubah.

Disebabkan mereka telah disisihkan oleh kerajaan lain, mereka telah berdendam dan merancang ingin menjatuhkan kerjaan yang paling berpengaruh iaitu Kerajaan Manisan.

Adakah tindakan dan serangan kejam mereka akan berjaya?

Nantikan!

Karya ini merupakan hasil kerjasama kami berlima :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
fathieraz
nazreenalias

Enjoy ;)

LOLIPOPWhere stories live. Discover now