Bab 15

69 8 26
                                    

"Mari sini anak anak ibu. Mari sini kamu semua juga. Ibu ada satu rahsia ingin diberitahu pada semua... "

Ummi, Reen, Syaf dan Miwa duduk menghadap ibu tersayang. Telinga sentiasa peka nak mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Ibu Min.

Idraki, Kim, Thaqif, Kashaf dan Mirzan setia disamping Pak Zam turut memasang telinga.

Ibu Min dan Ayah Zam menarik nafas panjang. Cuba untuk menenangkan hati yang resah. Sudah sampai masanya untuk anak Tuanku diberitahu perkara sebenar.. desis hati mereka berdua.

Rahsia yang bertahun disimpan rapi akan dibongkarkan kerana inilah masanya..

Semasa Raja Aizat dan Ratu Razia menimang anak kembar pertama mereka, Ummi dan Alwa.

Flashback 20 tahun yang lalu

Setelah hampir setahun berkahwin, akhirnya Permaisuri Razia disahkan hamil dan kini waktunya telah tiba dimana puteri kepada Raja Aizat dan Permaisuri Razia bakal dilahirkan.

Keadaan di istana menjadi kacau bilau apabila masing masing kalut kerana bakal puteri puteri sulung kerajaan  mereka akan dilahirkan.

POV RAJA AIZAT DAN RATU RAZIA.

"Kanda, dinda rasa sakit kanda..." Ratu Razia mengenggam erat tangan suaminya, Raja Aizat.

"Sabar dinda, bidannya dalam perjalanan. Sabar ya... Kanda ada di sini bersama dinda." pujuk Raja Aizat.

"Bidannya sudah sampai tuanku." ujar Dayang Aminah semasa memasuki kamar diraja itu.

"Panggilkan dia masuk. Segera!"

"Baik tuanku." Dayang Aminah menjunjung perintah lalu beredar segera.

Beberapa minit kemudian, kamar diraja sekali lagi dimasuki oleh dayang dayang dan seorang bidan. Dayang dayang mula mengemas barang apa yang patut sementara bidan itu menghampiri Raja Aizat.

"Tuanku saya harap tuanku boleh tunggu di luar." kata bidan itu.

Raja Aizat kelihatan serba salah. Dia memandang isterinya. Ratu Razia memberikan senyuman manis dan menganggukkan kepala. Dia mengeluh.

"Baiklah...kamu tolong selamatkan isteri dan anak beta ya. " kata Raja Aizat lalu segera keluar dari kamar itu.

Dari luar, kedengaran suara Ratu Razia sedang mengerang kesakitan membuatkan Raja Aizat semakin resah. Baginda mundar mandir di hadapan kamar itu sehingga lah baginda terdengar suara tangisan bayi-bayi.

"Uwekk...uwekk!"

Pintu kamar dibuka dan kelihatan bidan itu sedang mendukung dua orang bayi perempuan yang sangat comel.

"Tahniah tuanku...tuanku mendapat puteri kembar." kata bidan itu dengan senyuman lalu menghulurkan kedua bayi itu kepada rajanya yang juga sedang tersenyum bahagua.

"Syukurlah. Isteri beta bagaimana pula?"

"Tuanku permaisuri baik baik sahaja cuma baginda perlukan rehat yang secukupnya selepas melahirkan anak kembar. balas bidan itu.

"Baiklah terima kasih." Raja Aizat mula melaungkan azan dan iqamat di kedua belah telinga anak kembar tersayangnya.

Sungguh inilah perasaan paling bahagia apabila mendapat tau anak anak dan isterinya selamat sejahtera.

"Oh ya tuanku, yang tuanku pegang di sebelah kanan ialah puteri pertama tuanku manakala yang di sebelah kiri pulak puteri kedua tuanku." jelas bidan itu sebelum mendapatkan barangnya semula apabila dihulurkan oleh dayang sekalian.

LOLIPOPحيث تعيش القصص. اكتشف الآن