Bab 3 [ edited ]

128 20 125
                                    

Pagi itu, mereka bersarapan bersama-sama di meja makan dengan gembira sambil bergelak ketawa.

"Ibu... Boleh tak kalau..." ayat Alwa tergantung membuatkan Ibu Min tertanya tanya. Amboi, Alwa sambil buat muka acah comel lagi ni nak apa?

Semua memandang Alwa dengan pandangan yang mencurigakan.

"Kenapa semua orang tengok Alwa macam tu, Alwa tahu la Alwa ni comel."

Semua kelihatan menyampah dengan kata-kata Alwa. Reen dan Syaf siap buat gaya acah acah nak muntahkan balik Daim Choco Fried Rice yang dimakan oleh mereka.

Alwa buat derk je sambil menjelir lidah. "I dont care."

Miwa ketawa terbahak-bahak dengan jawapan kakaknya dan reaksi muka Syaf dan Reen.

Ibu Min hanya menggeleng kepala dengan telatah mereka. " Kamu nak cakap apa sebenarnya Alwa?"

"Sebenarnya Alwa nak mintak kebenaran ibu Min dengan ayah Zam. Kami nak keluar berjalan di bandar Jumaat ini. "Alwa memandang Ummi sambil mengangkat sebelah kening.

Ummi yang memahami maksud pandangan Alwa terus berkata. "Betul tu ibu, ayah. Lagipun selama ini, kami tidak pernah berjalan di sekitar bandar ini. Sepanjang 11 tahun kami hidup disini. "

"Lagipun Kak Ummi dan Kak Alwa boleh menjaga kami semua." tambah Syaf pula . Dia meletak tepi soal makan. Hal ni lebih penting!

"Betul tu, lagi pula kami kan dah pandai berlawan. Kak Ummi dan Alwa mahir bermain pedang manakala Syaf dan Reen mahir memanah dan Taekwondo. Miwa sendiri sudah mahir seni mempertahankan diri. Jadi kami boleh jaga diri kami nanti kalau terjadi apa-apa." selit Miwa panjang lebar pula. Reen yang sibuk meratah tulang ayam, mengangguk setuju. Bukan nak tolong bagi hujah pun ish ish ish.

Ibu Min yang mendengar, saling bertukar pandangan dengan Ayah Zam. Riak muka Ibu Min jelas risau dan agak berat hati. Ayah Zam memandang isterinya sekilas lalu menghirup tenang kopi panasnya. Nampak tenang tetapi otaknya sedang cuba memproses permintaan anak anaknya ini.

Miwa yang paling muda dan manja, merengek dan mula membuat muka comel. "Bolehlah ayah, ibu? Bolehlahhh." Miwa menggunakan kemahiran dan kelebihan dia sebagai anak bongsu.

Melihat taktik Miwa, mereka yang lain turut mula membuat muka comel. Alwa membuat mimik muka comel berlebihan yang membuatkan yang lain rasa nak ketawa tapi ditahan.

Disebabkan terlalu kasihankan puteri-puteri itu, ibu Min dan ayah Zam memberi kebenaran untuk mereka keluar berjalan pada petang ini tetapi dengan syarat harus menjaga diri mereka sebaik-baiknya.

" Ayah percayakan kamu semua, jaga diri baik baik dan Alwa, Ummi tolong tengok tengokkan adik adik tau?" Apabila mendengar sahaja kata putus daripada ibu Min dan ayah Zam, mereka semua terus melompat kegembiraan seperti kanak-kanak kecuali Reen yang tersedak tulang ayam kerana terlalu gembira. Disebabkan itu mereka semua terus mengetawakan Reen yang terlalu sibuk makan sejak dari tadi.

Ibu Min dan ayah Zam yang melihat reaksi mereka mengetawakan Reen hanya mampu tersenyum. Mudah mudahan semuanya akan baik-baik belaka.

Petang itu tepat jam 2 petang, mereka berjalan di sekitar bandar. Melihat akan keadaan bandar itu yang sesak dengan orang ramai, mereka menjadi teruja kerana jarang berada dalam kelompok orang yang ramai.

Banyak kedai mereka telah singgah, walaupun mereka tidak membeli apa apa, mereka tetap gembira kerana mereka dapat merasai pangalaman ini walaupun hanya sebentar.

Setelah penat berjalan, mereka bercadang untuk pulang kerana hari sudah lewat petang. Ketika mereka sedang bergelak ketawa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba mereka didatangi oleh beberapa orang pemuda.

" Hei adik-adik manis! Nak pergi mana tu?" ujar seorang lelaki berkulit hitam yang tak henti-henti menghisap rokok. Miwa yang rimas dan tak selesa, berdiri di belakang Syaf sambil tangan menghayun menghalau asap rokok tu.

"Nak kanda bertiga temankan tak? Kanda yang gagah lagi perkasa ni sedia membantu." seorang lagi lelaki tersenyum kambing melihat gadis gadis yang cantik semuanya.

Seorang lagi lelaki tak bercakap apa apa lagi, terus cuba memegang tangan Alwa. Alwa yang sedikit terkejut merentap kembali tangannya.

Alwa dan Ummi mula naik angin. "Kau orang ni apehal? Pegang pegang tangan aku ni pahal?" Alwa tidak dapat menahan sabar. Ummi menggengam penumbuk. Bila bila masa saja tangan ni akan singgah pada mana mana lelaki ni punya muka.

Pemuda berempat itu mendengar, terus ketawa berdekah dekah macam lawak sangat je apa Alwa katakan. "Manis sungguh bicara adinda molek ni. Teman teman, aku nak ni. Jangan kacau." pemuda yang berlagak seperti ketua itu, tersenyum lalu memandang Alwa dari bawah ke atas.

"Beres bos!" kata mereka sebelum ketawa lagi. Gila ke apa?

"Kau jangan nak kurang ajar kat sini!" muka Syaf memerah kerana marah apabila pemuda tersebut bersikap melampau memegang tangan Alwa.

"Dekat sini tak boleh ya? Dah tu nak kat mana? Rumah kanda nak?"

"Melampau!" Syaf ingin menampar pemuda itu tapi sempat dihalang oleh Ummi.

"Back off dudes. Sebelum aku hilang sabar dengan korang semua ni." Ummi masih lagi cuba menahan sabar. Gengaman tangan makin dikuatkan. Miwa yang berada dibelakang Syaf, mula memunculkan diri. Tak nak asyik menyorok di belakang kakak kakaknya saja.

Ummi, Reen, Alwa, Miwa dan Syaf cuba untuk tak menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Jika tidak, pasti heboh satu bandar bahawa puteri puteri Lolipop masih hidup.

"Alah kami nak temankan adinda sekalian saja. Satu malam okay?" pemuda berkulit hitam tu mula merapati Alwa.

"Engkau!" Alwa yang berang, mengangkat tangan nak menampar pemuda tersebut. Tetapi sebelum Alwa yang tampar, Ummi di sebelah dah pun menampar lelaki itu terlebih dahulu.

Pang!

tbc💛💫

Karya ini ialah hasil kerjasama kami berlima :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Edited by : qeylalala

LOLIPOPWhere stories live. Discover now