Bab 5 [ edited ]

113 21 76
                                    

Pagi yang indah disinari dengan matahari yang indah memancar. Di halaman rumah Azminah dan Afzam, Alwa dan Ummi kelihatan baru sahaja habis berlawan pedang. Mereka duduk di pondok berbentuk cotton candy untuk melepaskan lelah.

"Fuh! Ummi, nak air!" Alwa mengipas kipas mukanya yang memerahh gunakan tangan kosong. Ummi yang juga sedang mengipas diri sendiri, menjelingnya.

"Minta tolong elok elok boleh tak? Aku campak pengsan kau nanti."

Alwa tersengih sebelum memberi tunduk hormat banyak kali." Ampun Tuanku Puteri Ummi, ampuni patik!"

Ummi reda marahnya dan ketawa sebelum mencampak air mineral berperisa cotton candy pada Alwa. Hah rare kan? Kat sini je boleh jumpa air mineral berperisa macam ni tau!

Alwa menyambut pantas. Dia meneguk lega air itu. Sampai meleleh dipipi. Ummi menggeleng kepala. Tak senonoh betul.

"Posto! Posto!" datang seekor merpati berbulu gebu seperti gula kapas berwarna pink di atas kepala mereka. Disini tugas posmen dilakukan oleh haiwan kecil comel ini. Dahlah comel, nampak sedap pula tu. Aum😚

Merpati itu menjatuhkan beberapa sampul surat di atas peha Alwa lalu terbang pergi begitu saja.

"WUHU DAPAT SURAT!" Alwa terlebih excited pula dapat surat, macam dapat surat cinta je😑.

Ummi sekali lagi geleng kepala. "Sejak bila kau jadi macam Syaf ni? Bukan dia je ke yang selalu excited dapat surat?"

"Entahlah, tapi hati aku tiba tiba rasa ada sesuatu yang baik kat surat surat ni!"

"Bagi sini aku tengok surat apa ada."

"Alaaa.. kau ni bagilah aku tengok kot kot ada surat untuk aku." mengada ngada pula Alwa ni.

"Haihhh...yelah cepat sikit." Ummi mengalah. Nasiblah dapat adik kembar perangai entah apa apa macam Alwa ni aiyo.

Alwa membelek belek satu persatu surat itu tetapi malangnya tiada satu pun surat untuknya.

"Tak ada surat aku." kata Alwa sambil mencampakkan semua surat itu kepada Ummi.

"Hey, agak agak lah." marah Ummi kepada Alwa yang kadangkala mencabar kesabarannya ini.

Alwa hanya tersengih kambing melihat Ummi dan menabik sebagai permohonan maaf lalu terus membaringkan dirinya bagi melepaskan lelah.

Ummi membelek surat surat tersebut dan menjumpai risalah tentang pesta yang diadakan pada malam ini.

"Wehh Alwa kau tengok apa aku jumpa ni." Ummi menepuk tepuk teruja peha Alwa.

"Ishh malas la. Aku mengantuk ni." Alwa menepis tangan Ummi dari pehanya. Kacau je!

Ummi menjeling Alwa lalu berkata,"Tengok lah risalah ni ia tentang pesta selama 2 malam kat pekan ni. "

Apabila mendengar kata kata Ummi, Alwa terus bangun dan merampas risalah tersebut. Matanya bergerak seiring membaca isi risalah itu. Ummi hanya redho dengan sikap adik kembarnya itu.

"Wehh nak pergi, mesti ada macam macam benda seronok!"jerit teruja Alwa pada Ummi sebelum masuk memanggil adik adik mereka yang lain.

Reen, Syaf dan Miwa melangkah keluar kemudian duduk di sebelah Ummi dan Alwa.

"Whats up?" tanya Reen mewakili yang lain sambil mengunyah ayam panggang masakan ibu mereka.(Allahu, bila dia ni nak insaf?)

"Tengok ada pesta lah malam nanti! Kita pergi tau!" kata Alwa dengan penuh teruja. Mata dia tu macam nak muncul love dah tu.

Dengar sahaja kata putus Alwa, Syaf dan Miwa terus melompat suka seperti orang tidak waras sehingga terlanggar lengan Reen menyebabkan ayamnya jatuh tergolek.

LOLIPOPWhere stories live. Discover now