Bab 9 [ edited ]

96 12 86
                                    

Edited by : qeylalala

Sedang mereka semua leka melihat sekeliling hutan yang indah di pergunungan itu, Tiba-tiba....

"NGAUMMM! NGAUMMMMMMMMM!"

Bunyi sesuatu sedang mengaum... Seakan marah pun ada pada bunyi ngauman itu.

"Akak, bunyi apa tu?" Miwa yang terkejut mendengar bunyi itu segera menanyakan pada Ummi. Miwa mengundur diri perlahan dan berdiri di belakang Ummi.

Masing masing juga terkejut. Oh my, bunyi apa tu?!

"Entahlah dik, Akak pun tak... "

NGAUMMM!

Belum sempat Ummi menghabiskan ayatnya, ngauman itu berbunyi kembali. Tetapi, kali ini lebih kuat, seolah olah ianya berada di belakang mereka.

"Aku nak kita semua pecut, tapi jangan berpecah. Dalam kiraan satu, dua... " Idraki yang bijak dan tenang memberi arahan, tetapi dipotong oleh Thaqif.

"Tiga!"

Mereka pun berlari sepantas mungkin.

"NGAUMM!!"

Bunyi itu masih ada lagi! Mereka terus berlari dan lari dan lari.

"Bukkk!" Kelihatan Thaqif jatuh terduduk dek terlanggar sesuatu dihadapannya. Thaqif menutup mata, hanya mampu pasrah akibat takut sebab menyangka apa yang dilanggarnya ialah bintang buas.

"Adedeh, sakit la woi"

Eh? Suara cam ... Ehhh, tu bukan ke Mirzan?! "Korang kenapa ni?" tanya Syaf yang juga terkejut apabila dirempuh. Eh? Yang lain pun ada?

🐣__________ 🐤 _____________🐥

"Adedeh, Sakit la woi"

Kata Mirzan apabila badan tegapnya itu terasa seperti dihentak sesuatu yang keras.

Sementara Mirzan menggosok-gosok bahagian lengan dan badan yang kesakitan itu manakala Khasyaf pantas berlari ke arah Thaqif.

"Oh sayang! Kau tak apa-apa ke?Ada luka mana-mana? Nak abang Khasyaf ubatkan?" tanya Khasyaf dengan muka yang kononnye terlalu risau. Tangannya mula memegang badan Thaqif acah acah nak check apa yang sakit.

"Habende kau gila! Pergi sana! Dasar gay tak cukup hormon" dengan penuh emosional Thaqif berkata.

Sudahlah punggungnya sakit terhempap ke tanah, bertambah sakit pula dengan perangai Khasyaf yang tak semengah ni.

" Padan muka kau. Buwerkk "
Peluang ini diguna pakai oleh Reen untuk menghentam Khashaf.

Khashaf yang masih terkaku apabila dimarah oleh Thaqif cuma mampu diam sahaja. bersama wajah kemerah-merahan. Malu atau marah mungkin?

" Macam mana korang semua boleh sesat sampai sini hah? Bukan ke korang pergi ke arah utara, kita orang pula arah timur?" Ummi bertanya kepada Alwa dan adik-adiknya yang lain.

Namun sedikit sebanyak timbul rasa lega dalam dirinya apabila mengetahui semua puteri lolipop terselamat.

Tanpa sedar, tiba tiba Miwa meluru pantas ke arah Syaf yang sedang termenung, tidak faham nak bereaksi apa.

Pantas didakap tubuh kecil Syaf itu bersama linangan air mata.

"Miwa rindu korang semua. Kenapa korang hilang lama sangat? Miwa risau jadi perkara yang bahaya pada kakak-kakak Miwa ni." suara sayu Miwa yang emosional membuat hati yang mendengar turut boleh merasa sedih hati Miwa.

LOLIPOPWhere stories live. Discover now