Bab 2 [ edited ]

116 23 24
                                    

11 tahun kemudian

Kelihatan beberapa orang remaja perempuan yang sedang berlatih mempertahankan diri dan skil bermain pedang di sebuah laman yang luas.

KTANGG!!! KTINGG!!! KTANGGG!!!

" Reen, Fokus. Jangan leka. Bayangkan kalau kau berlawan dengan musuh sekarang. Kalau kau leka, kau akan beri mereka peluang untuk cederakan kau. " pesan Alwa. Reen hanya mampu mengangguk pada masa yang sama tetap meneruskan latihan. Syaf dan Miwa menjadi penonton setia melihat mereka berlawan untuk mempelajari cara cara dan taktik untuk menewaskan musuh sambil makan cotton popcorn yang entah dari mana mereka ambil. 😂

Memang tak dapat disangkal lagi, Ummi dan Alwa yang paling mahir dalam bermain pedang. Ini semua jasa Ayah Zam, Pengawal Afzam iaitu merupakan bekas pengawal diraja Lolipop dan merupakan suami kepada dayang Azminah, Ibu Min. Merekalah yang bersama-sama menyelamatkan puteri-puteri dan Ratu Razia.

Ibu Min dan Ayah Zam yang menjaga mereka sejak dari kecil lagi. Ibu Min ini jugalah orang yang membawa puteri-puteri lolipop lari dari istana sewaktu bandar lolipop diserang beberapa tahun yang lepas. Ummi memerhatikan adik adiknya berlawan melalui tingkap. Dia tersenyum melihat adiknya yang kini semakin mahir dalam mempertahankan diri dan skill pedang.

POV Ummi Kairisya

Nama aku Ummi Kairisya dan aku adalah puteri sulung Kerajaan Lolipop. Yang sedang berlatih itu merupakan adik-adikku.

Aku kini sudah berumur 19 tahun dan aku juga mempunyai seorang adik kembar bernama Alwa Daliyya.

Mesti pelik kenapa nama kami tak seperti kembar lain yang namanya hampir sama kan. Aku pun sebenarnya tidak tahu mengapa. 😂

Selain itu, kami juga mempunyai tiga orang lagi adik iaitu Aireen Annesa, Dhia Syafarina dan Miwarina Raysara. Masing-masing berumur 18, 17 dan 16 tahun.

Selepas ibu Min membawa kami lari dari istana, Kami tinggal di Bandar Cotton Candy bagi menyembunyikan diri dari ancaman Kerajaan Savuri.

Kini, kami telah dianggap hilang dan tiada sesiapa tahu identiti kami kecuali Ibu Min dan Ayah Zam.

Hampir setiap hari kami akan berlatih bagi memantapkan skill kami agar kami dapat mempertahankan diri sekiranya akan ada ancaman dari Kerajaan Savuri. Ini kerana hanya kami berlima, Ibu Min dan Ayah Zam rakyat Lolipop yang terselamat.

Aku teringat pada Ayahanda dan Bonda. Entah hidup lagi atau tidak? Hm.

" Ummi..." Ibu Min datang mendekati dan menegurku.

"Apa yang kamu menungkan tu,sampai ibu panggil pon kamu tak dengar?"

"Maaf Ibu Min, Ummi tak perasan.Ummi cuma fikir akan ayahanda dan bonda. Ummi rindu sangat mereka. Ummi pasti adik-adik pon rindukan mereka. Ummi tidak faham kenapa Kerajaan Savuri benci sangat dengan kita sampai mereka sanggup membunuh semua rakyat Lolipop." Kataku dengan nada yang sedih. Tetapi, aku tak akan sesekali menangis sebabkan hal ini kerana diriku sudah penat menangis ketika waktu kecil. Sekarang, aku harus tabah demi kami semua.

"Sabar la nak, Ibu tahu kamu kuat. Ini semua dugaan Tuhan, Tuhan tahu yang kamu semua kuat sebab itu kamu diuji sebegini. Soal Kerajaan Savuri ibu pun tidak pasti, apa yang ibu tahu mereka membenci kita kerana kerajaan lain semua sangat menyenangi kerajaan kita. Lagipun kerajaan mereka dipinggirkan, Ayah Zam kata mereka menyalah anggap bahawa ayahanda kamu merupakan orang yang menghasut kerajaan lain agar membenci mereka."

"Tetapi ibu kenapa mereka sampai bunuh kesemua penduduk bandar kita? Mereka semua tidak bersalah!"

"Kamu tahu mengapa mereka dipinggirkan oleh kerajaan lain? "

"Kenapa ibu?"

"Ini disebabkan mereka....."

"ARGHHH! TAK ACI TAK ACI! Kak Alwa main tipuuuuu!"

Jeritan Reen mematikan perbualan di antara Ummi dan ibu Min. Ibu Min mengggelengkan kepala manakala Ummi tergelak melihat reaksi Reen dikenakan oleh Alwa yang licik dan bijak menggunakan kesempatan yang ada.

"Mana ada akak main tipu. Reen yang mentah lagi. Bluek!"

END POV Ummi Kairisya

"Mungkin belum tiba masanya Ummi tau sepenuhnya perkara ini." bisik hati Ibu Min.

Hampir saja dia ingin memberitahu segalanya tentang dendam kerajaan Savuri terhadap kerajaan mereka. Tak boleh.. ini pasti akan menyakiti hati mereka sekiranya perkara sebenar dibongkar.

Ummi menoleh memandang Ibu Min. Rasanya macam ada yang mereka bicarakan tadi. "Ibu?"

"Erm tak ada apalah. Nanti panggil adik-adik masuk mandi sebelum makan ya?" ujar Ibu Min kepada Ummi. Ummi hanya menganggukkan kepalanya.

Dia memanggil adik-adik nya untuk makan bersama. Walaupun begitu, Dalam hati nya masih memikirkan apa yang hendak disampaikan oleh Ibu Min tadi.

Karya ini ialah hasil kerjasama :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Edited by : qeylalala

LOLIPOPWhere stories live. Discover now