Bab 14

49 11 17
                                    

Di tempat kediaman puteri-puteri lolipop.

POV IBU MIN DAN AYAH ZAM

Pavlova yang disediakan oleh Ibu Min, menarik perhatian Ayah Zam yang baru sahaja pulang dari hutan.

Bau meringue yang rangup dibakar itu membuat Ayah Zam yang lelah berasa lapar.

" Awak ni tahu aje apa saya suka kan? "

" Awak suka? Sejak bila? Saya buat ni khas untuk Alwa tau. Dia yang mintak sebelum pergi tadi. " Ibu min menjelir lidah sambil menjeling manja.

Ayah zam menarik muka masam. Merajuk dengan isterinya.

Tergelak kecil Ibu min dengan gelagat Ayah Zam yang merajuk dengannya. Ibu min mendekati Ayah Zam .

Pipi Ayah Zam di cuit lembut. Eee geramnya. Makin tembam. Sapalah yang buat ni.

" Jangan majok dengan kita tau darling. " Ibu Min membuat suara manja. Ayah Zam tersenyum lebar.

" Dah, Jom tolong saya hidang untuk diorang. Rasanya dah nak sampai dah tu." Ibu Min menarik tangan Ayah Zam mengikutnya ke dapur.

Sewaktu memotong buah kiwi dan strawberri, tangan Ibu Min terhiris dek pisau yang tajam.

" Auchh! " jeritan kecil dibibir Ibu Min menarik perhatian Ayah Zam yang sedang membuat air coklat.

" Kenapa ni?! " tanya Ayah Zam risau. Ibu Min menunjuk jari telunjuknya yang terkena hirisan pisau itu.

" Jari terhiris.."

"Allah, jangan lah cuai sangat awak ni pun." Ayah Zam menegus. Jari si isteri ditiupnya lembut sebelum membasuh luka itu.

Ibu Min hanya mengurut dada. Hatinya terasa tak enak pula..

"Abang, entah kenapa hati saya rasa tak sedaplah. Macam ada benda buruk berlaku. Mereka.."

Belum sempat Ibu Min habiskan kata kata, Ayah Zam mencantas. "Awak jangan fikir yang bukan bukan. Insyaallah tak ada apa yang berlaku pada mereka. Saya percayakan anak anak buah saya untuk menjaga mereka."

"Tapi.."

"Sudahlah. Awak pergi ke bilik. Berehat ya? Biar saya sambung buat."

Sebelum sempat mereka berdua kata apa apa lagi, terdengar derap langkah orang berlari dan memanggil manggil Ibu Min.

"Miwa ke tu?" tanya mereka serentak.

END POV IBU MIN DAN AYAH ZAM

Sesampai sahaja mereka semua di Vila Ayah Zam dan Ibu Min, Miwa terus meluru mencari ibu Min. Ingin meluah perasaan dan kehilanganya pada ibu tersayang.

"Ibu! Ayah! Ibu, ibu!"

"Ya Allah, ya Miwa kenapa ni?" Ibu Min segera mendapatkan anak bongsu itu. Air mata yang dari tadi ditahan Miwa, akhirnya jatuh jua apabila melihat wajah lembut ibunya.

"Kak Alwa bu.."

"Kenapa dengan Alwa?" hati Ibu Min bertambah tak enak dibuatnya apabila melihat air mata sang anak.

"Ibu.." belum sempat Miwa nak berterus terang, datang Ummi, Reen dan Syaf yang juga pecah takungan air mata mereka. Mereka anak beranak semua berpelukan, menangis pilu. Ibu Min makin risau dan kepalanya menjenguk luar, mencari anaknya yang lagi satu iaitu Alwa.

"Ummi.. Mana Alwa, Ummi?" dadanya bagai nak meletup kerana kerisauan yang amat apabila tangisan anak anak makin kuat bila ditanya mengenai Alwa. Adakah..

"Pak cik, Mak cik..." Idraki dan yang lain perlahan lahan menghampiri Ayah Zam yang terduduk, bingung dan tak faham dengan apa yang terjadi.

Ayah Zam melihat saja mereka, terus mencekak kolar leher Kim dan Idraki. Mukanya yang selama ini penuh kasih sayang, bertukar bengis. "Mana anak aku hah? Mana?!"

Kim kelihatan terketar ketar apabila disergah oleh tuk gurunya. Idraki cuba bertenang dan berterus terang. "Alwa diculik oleh sepasukan askar yang mencurigakan. Logo dibahunya, seperti datang dari kerajaan Savuri.."

Ayah Zam tak dapat menahan kemarahannya, dia terus menumbuk muka Idraki dan Kim. " Aku amanahkan mereka untuk korang jaga seperti puteri! Aku percayakan korang, ini korang balas kat aku?!"

Idraki dan Kim terduduk jatuh penangan tumbukan Ayah Zam. Ibu Min menjerit diikuti tangisan puteri puteri lolipop yang identiti mereka dirahsiakan.

"Sudah abang! Perkara ni tak akan berlaku kalau kita bertegas dengan mereka! Perkara ni bukan salah mereka. Salah kita sendiri kerana merahsiakan.." Ayah Zam memeluk tubuh sang isteri yang hampir nak pitam. Ayah Zam nampaknya kesal dengan kelakuannya yang tak berfikir panjang.

"Semua salah abang.." matanya mula menjernih. Anak yang dia bela dari kecil, hilang begitu saja. Hati seorang ayah menahan sebak.

"Ayah, ibu.. ni bukan salah sesiapa. Ibu dan ayah dan menjaga kami dengan cukup baik dan sempurna. Sekarang ni kita kena usaha untuk cari Alwa!" Ummi bangkit dan melepaskan diri dari pelukan adik adiknya. Dia seperti mula peroleh satu kekuatan untuk berkata sebegitu. Dia kakak sulung, dia kena kuat demi adik adiknya!

" Maafkan Pak Zam. Pak Zam..."

"Tak apa Pak Zam. Saya faham. Saya akui saya leka ketika menjaga mereka." Idraki senyum tawar, tak nak mengeruhkan keadaan. Memang salahnya kerana menghalang Ummi dari menyelamatkan Alwa.

"Mari sini anak anak ibu. Mari sini kamu semua juga. Ibu ada satu rahsia ingin diberitahu pada semua... "

Ummi, Reen, Syaf dan Miwa duduk menghadap ibu tersayang. Telingan sentiasa peka nak mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Ibu Min.

Idraki, Kim, Thaqif, Kashaf dan Mirzan setia disamping Pak Zam turut memasang telinga.

Ibu Min dan Ayah Zam menarik nafas panjang. Cuba untuk menenangkan hati yang resah. Sudah sampai masanya untuk anak Tuanku diberitahu perkara sebenar.. desis hati mereka berdua.

Rahsia yang bertahun disimpan rapi akan dibongkarkan kerana inilah masanya...

To Be Continue✨

qeylalala
CikAlwaHibiscus
nazreenalias
fathieraz

LOLIPOPWhere stories live. Discover now