Bab 16 ( Part 1 )

84 9 59
                                    

Malam yang sunyi itu terasa sangat suram. Bunyi kicau-kicauan burung dan cengkerik juga tidak kedengaran.Di satu pondok seorang jejaka tersandar lemah sambil menunduk merenung tanah.

Angin malam yang sejuk terasa sehingga ke tulang. Kim yang masih lagi termenung itu lantas memeluk tubuh kerana kedinginan. Jaket yang tersarung itu dizipkan sehingga ke leher lantas dia berdiri untuk masuk ke dalam rumah.

Tinggggggg.

Suatu bunyi yang kecil kedengaran sewaktu dia sudah berdiri. Matanya tercari-cari dari arah mana datangnya bunyi itu.

Matanya menangkap suatu yang bersinar terletak elok di sudut pondok tempatnya berehat tadi. Kaki dihayunkan ke situ untuk memeriksa.

Badan ditunduk sepertiga dan senyuman terukir. Air mata mula bergenang tetapi secepatnye tangan diangkat bagi menyekat senjatanya itu dari gugur untuk kali yang sudah entah keberapa.

Tangan digagahkan untuk mengutip perhiasan berkilau itu. Gelang Alwa yang masih dalam simpanannya itu diambil dan dia merenung sebentar salah satu harta peninggalan wanita kesayangannya itu.

"Alwa..Kau mana? Kenapa sampai sekarang tak ada lagi apa-apa berita pasal kau? Apa diaorang dah buat pada kau? Macam mana kau kat sana? Makan ke kau? Tido lena ke kau? Alwa aku tak boleh. Aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat." Segala persoalan dan luahannya itu dilontarkan dalam separa sedar.

Sungguh dia sedih teramat sejak pemergian Alwa. Tiada lagi Kim yang selalu ceria dan bergurau manja seperti dulu. Separuh dari dirinya sudah hilang. Hilang bersama kehilangan Alwa yang dikasihinya itu.

Pap! Pap! Pap!

Bunyi tepukan kedengaran. Kim yang masih terkaku itu terkejut. Badannya dikalihkan ke belakang bagi melihat figura yang menepuknya tadi.

"Bro, kau tak boleh macam ni. Aku tau kau sedih. Bukan kau je Kim. Aku,Kasy, Thaqid, Mirzan dengan diaorang pon sedih jugak", Idarki berkata sambil tangannya masih tidak berhenti menepuk perlahan bahu Kim.

"Kita akan cari Alwa Kim. Kita akan cari dia. Aku takkan biar adik aku selama-lamanya ditawan oleh kerajaan Savuri tak guna tu",tegas Ummi berkata. Tidak lagi hatinya lemah akan tetapi semangat semakin membara bagi menyelamatkan Alwa.

"Tapi kita nak cari kat mana?",persoalan lurus itu dilontarkan oleh Miwa yang masih tidak matang itu.Jelas Kim semakin menunduk mungkin kerana memikirkan tiada jalan penyelesaian.

"Mesti ada jalan. Kita kena jejak sarang persembunyiaan Savuri tu",Mirzan yang selalu tidak putus harapan itu berkata. Semangat dia membara kerana telah lama tidak mengembada jauh dan hadapi musuh.

"Yup aku setuju. Tapi kita tak tau mana tempat tu. Nak cari kat mana? Galaksi ni luas ." Thaqid pula berkata. Sesekali dia mengusap bahu, memanaskan badan yang ditiup angin dingin malam.

"Aku rasa kita boleh jumpa. Mesti ada bukti-bukti atau info tentang mereka.Aku rasa tentu Ayah Zam dan Ibu Min tahu apa nak dibuat tentang hal ni." kata Syaf dengan lagak cool dan pro. Dia mengerling Mirzan yang memandang dirinya bagai tak percaya. Eleh fikir dia je ke boleh cool?

"Kemungkinan besar diaorang mungkin tahu. Tapi kau ingat diaorang nak lepaskan kita pergi macam tu je ke?" Reen yang sudah masak dengan sikap orang tua mereka itu mempersoalkan. Asyik nak membantah je budak ayam ni.

"Tak ada jalan lain. Kita kena minta restu dari mereka sehabis daya lah. Takkan nak biarkan Alwa mati kebosanan lak ya idok? "putus Kasyaf sambil melawak tak kena masa.

Kesemua mereka saling berpandangan. Siapa saja tidak tahu sangat susah bagi memujuk kedua-dua orang tua tersebut. Lagi lagi semenjak Alwa hilang.

Mata mereka saling bertatapan dan senyuman terukir sebelum kesemua mereka serentak menjerit. Bagai jodoh pula.

LOLIPOPWhere stories live. Discover now