Bab 1 [ edited ]

155 26 13
                                    

Petang itu, Raja Aizat menghabiskan masa lapangnya di bilik kerja ditemani isterinya iaitu Pemaisuri Razia bagi menyiapkankan urusan kerajaan mereka.

Dari tingkat bilik kerjanya, Raja Aizat tersenyum melihat puteri-puteri kesayangannya sedang bermain hide and seek sesama mereka sambil ditemani para dayang istana.

Sedang baginda leka memerhati, tiba-tiba bahunya disentuh oleh isterinya. Dia menoleh dan tersenyum melihat isterinya yang turut melemparkn pandangan ke luar jendela lalu memeluk bahu Ratu Razia.

Spotlight On Raja Aizat

Aizat menjadi hairan kerana mimik muka isterinya kelihatan risau semasa melihat puteri-puteri mereka yang sedang bermain.

" Adinda, kenapa muka adinda nampak sedih. Cerita lah pada kanda. Ada masalah ke? " sesudah saja kata kata itu kelur dari mulut Aizat, tiba- tiba Razia menangis lalu memeluk Aizat dan membuatkan Aizat cemas.

" Kanda, dinda rasa tak sedap hati. Dinda merasakan sesuatu buruk akan jadi . Dinda tak tahu apa tapi dinda rasa ini ada kaitan dengan ramalan yang mengatakan puteri-puteri kita akan menjadi penyelamat dunia dikala Dunia Kayangan dilanda bencana oleh ahli nujum Lolipop kelmarin. "

Raja Aizat terkedu setelah mendengar kata-kata isterinya. Dia tidak menyangka bahawa isterinya turut merasakan hal yang sama sepertinya.

Benar. Dia pon risau dengan ramalan ahli nujum itu. Ini ialah nasib dan masa depan anak anaknya. Tetapi disebabkan tidak mahu isterinya risau dan bertambah gusar, dia mendiamkan diri dan terus mengetatkan kawalan terhadap setiap bandar sejak akhir-akhir ini.

Tetapi,

Pada malam menjelma, suasana yang tenang itu tiba-tiba bertukar huru-hara apabila bandar tersebut diserang secara ganas dan mengejut oleh askar askar dari Kerajaan Savuri!

Spotlight On Raja Aizat and Ratu Razia

" Pengawal ! Bawa permaisuri dan puteri-puteri ke tempat selamat. Sediakan alatan perang dan tungangan beta. " Arah Raja Aizat kepada pengawal nya. Dalam suasana yang tegang dan cemas, para pengawal mengangguk akur dan mula bertindak.

Aizad memandang sayu wajah isterinya yang sentiasa berada disisi. Dia meraih tangan Razia ke dalam pegangan tangannya.

" Adinda.. "

" Kanda.. " wajah jelita itu menunduk dan esak tangisan mula kedengaran.

" Dinda, Janganlah nangis. Kanda pasti kita semua selamat. Dinda bawa puteri-puteri ya? " katanya lalu sang raja memeluk permaisurinya itu. Diusap-usap kepala permaisurinya untuk memujuk hati isterinya yang sedang menahan rasa takut dan sedih.

Razia hanya mengangguk kepalanya dengan air mata yang laju mengalir. " Kanda, Hati-hati ya."

" Baiklah. " Aizat mengukirkan senyuman tawar lalu mencium dahi permaisuri lembut sebelum mencium kelima-lima puterinya. Dia menghadiahkan senyuman buat kali terakhir kepada pemaisuri dan anak anaknya..

Aizat menarik nafas panjang sebelum, " Dayang! Bawa pemaisuri ke tempat selamat. Pengawal yang bertugas, iringi dan mengawal keselamatan mereka. " arahnya kepada dua orang pengawal dan dua orang dayang itu. Mereka mengangguk kepala dan menurut perintah.

__________________

Raja Aizat lengkap dengan pakaian untuk berperang. Dalam perjalanannya ke sempadan bandar, dia berdoa agar pemaisuri, puteri-puterinya dan rakyatnya selamat.

Pengawal dan dayang mengawal ketat keselamatan Ratu Razia dan puteri-puterinya. Perjalanan untuk ke belakang istana sungguh panjang dan penuh dengan debaran disebabkan bunyi kecoh dari luar istana.

Tiba-tiba, Perjalanan mereka yang sunyi itu menjadi bising dengan bunyi pedang yang bertembung. Derap langkah musuh musuh mula menghampiri membuatkan mereka semua makin cemas.

ZUPPPPP!!!

Dek kerana lalai dan leka dengan bunyi kecoh dari luar, tanpa mereka sedari pihak musuh mula mengambil kesempatan! Pemanah pihak Savuri itu tepat menebak anak panah menusuk ke dalam bahu pemaisuri.

" Ratu!!! "

" Bonda!!! "

Jeritan kuat dari dayang-dayang dan puteri-puteri mula bergema segenap ruang koridor itu apabila melihat Ratu Razia yang rebah da mengerang kesakitan.

Pengawal bernama Afzam mara ke hadapan diikuti anak buahnya untuk bertarung dengan 3 musuh di hadapanya. "Berani kau memanah ratu kami?! Bersiap sedialah untuk bertarung!"

Sementara para pengawal menghadapi musuh, Ratu Razia memanggil dayangnya dengan nada lemah. "Dayang Azminah, Beta arahkan kamu membawa puteri-puteri beta le tempat itu dengan selamat. Hantar dan carikan mereka tempat yang selesa untuk ditinggal. Beta dapat rasakan Lolipop tidak akan aman buat masa terdekat. Jaga mereka seperti anak anak kamu. "

"Bagaimana pula dengan tuanku? Patik tidak mungkin hendak tinggalkan saja tuanku ratu disini!"

"Dayang Fatimah akan membawa beta ke bilik rahsia untuk dirawat. Beta mahu mempertahankan Dunia Kayangan bersama sama dengan mereka yang lain!" tegas Ratu Razia sambil cuba untuk berdiri. Para puterinya tak henti hent menangis sedari tadi. Dia mengusap lembut satu per satu kepala anak anaknya. "Kalian harus dengar kata kata dari Dayang Azminah ya? Bonda pasti dia dapat menjaga kalian sebaik yang mungkin."

"Bonda.." para puteri memeluk erat bonda mereka yang tercinta tanpa menghiraukan darah yang mengalir dari bahu Ratu Razia.

Dayang Azminah hanya mengangguk dan menjunjung perintah dengan teresak-esak. Dayang Fatimah pula mula mengangkat pemaisuri dan membawa Ratu Razia ke arah bertentangan untuk dirawat dengan segera.

POV Ratu Razia

Aku mula dimaut oleh Dayang Fatimah. Aku melihat wajah puteri-puteri ku yang menangis di dakapan ku.

Aku mengusap pipi Ummi dan Alwa, adik beradik sulung kembar yang berusia 8 tahun. Makin lebat tangisan mereka seolah-olah tahu apa yang bakal terjadi.

" Ummi dan Alwa, Tolong jaga adik-adik bila Bonda dan Ayahanda tiada di sisi kamu semua. Jangan selalu gaduh. Jadi orang yang baik kerana apa? "

" Orang baik, orang yang sangat beruntung. " kata pasangan kembar itu. Aku tersenyum apabila mendengar jawapan puteri-puteri nya. Aku mencium pipi kedua-dua puteri kembar itu.

Aku melihat wajah Reen yang berumur 7 tahun, Syaf yang berumur 6 dan Miwa, puteri bongsunya yang berumur 5 tahun itu dengan sayu. Aku turut mencium kesemua puteri yang masih kecil dan tidak memahami apa apa lagi dikala usia yang masih mentah.

"Jadi budak yang baik. "aku tersenyum tawar dan tak dapat menahan air mata kerana aku tahu aku tak punya masa yang banyak dan bakal berpisah dengan puteri-puteriku ni.

Pengawal Afzam menjerit kesakitan. Kami yang berada di penjuru koridor terkejut dengan jeritan nyaring itu.

" Ratu Razia, kita harus pergi sekarang. " kata Dayang Fatimah. Aku hanya mengangguk dan sebelum aku bergerak pergi, aku menoleh buat kali terakhir.

Aku mengenggam lembut bahu Dayang Azminah.

" Ingat pesanan beta. "

" Baiklah Ratu. "

END POV Ratu Razia

Dayang Fatimah membawa pemaisuri ke lorong sebelah kanan untuk menuju ke bilik rahsia rawatan. Dayang Azminah pula membawa puteri-puteri ke lorong sebelah kiri untuk ke pintu belakang istana bagi melarikan diri.

Maka,

disitulah kisah bakal bermula.

Karya ini ialah hasil kerjasama kami berlima :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Edited by : qeylalala

LOLIPOPWhere stories live. Discover now