Bab 8 [ edited ]

120 17 136
                                    

Edited by : qeylalala

Pada pagi itu tepat jam 5 setengah, puteri-puteri bangun pagi untuk mandi membersihkan diri bagi menunaikan solat subuh yang wajib keatas setiap umat islam.

Kami semua beragama islam okey. Hanya dunia sedikit berbeza dan lebih fantasi plus seronok plus menarik. Kau hado?

Usai sahaja solat subuh, mereka turun untuk masak dan menghidangkan makanan untuk sarapan pagi. Semenjak diambil sebagai anak angkat Ibu Min dan Ayah Zam, mereka telah dididik dan diajar memasak seperti orang kebanyakan. Kata Ibu Min, di istana kamu ialah puteri. Tetapi di luar istana kamu ialah manusia biasa yang tarafnya sama rata disisi Tuhan.

Waktu di meja makan, Ayah Zam menyuruh mereka semua memakai baju sesuai untuk aktiviti yang lasak.

" Aktiviti lasak? " soal Miwa sambil mengerut dahi.

" Untuk hukuman kami ke tu Ayah? " soal Syaf pula. Dia menyiku Miwa supaya berhenti menendang kakinya di bawah meja.

" Berlawan ke? " Reen pula menanyakan soalan yang lebih realistik.

" Kamu semua tidak perlu banyak tanya. Makan dengan segera dan bawa sekali peralatan kamu semua. Faham? " kata Ayah Zam dengan tegas sekali.

Mereka hanya mengangguk faham. Manakala, Alwa dan Ummi pula hanya bermain mata, Seolah olah mereka sedang bercakap antara satu sama lain.

'Kau rasa ayah nak bawa kita gi mana?'

'Entah, Kita akan tahu juga lepas ini. Dah makan cepat nanti kena marah pulak.'

Alwa mencebik kerana Ummi memarahinya dalam cara telepati.

'Yelah yelah!'

Ummi tersenyum puas apabila Alwa tidak banyak soal lagi. Tawa Syaf dan Reen bersatu apabila melihat pipi Miwa yang comot dengan sedikit lelehan air mineral cadbury akibat disiku Syaf. Ummi menggeleng aje.

Setelah selesai sarapan, mereka terus bergegas nak bertukar pakaian yang lebih sesuai untuk aktiviti luar. Sesudah itu, mereka berkumpul di halaman rumah seperti yang dipesan oleh ayah angkat mereka.

"Ayah kami dah siap." ujar Alwa mewakili kesemua puteri itu.

"Kejap tunggu ibu kamu, dia tengah siapkan barang." kata ayah Zam sambil melihat kedalam rumah. 'Manalah pula isteri aku ni? Bersiap macam dia pula yang mahu berangkat.' omel Ayah Zam didalam hati.

Sejurus saja habis mengomel dalam hati, Ibu Min terus menjelma dar balik pintu. "Hah, ni amik bekal takut kamu lapar dalam perjalanan." kata ibu Min sambil memberi bungkusan bekal kepada Miwa dan Reen.

"Perjalanan? Bekal? Jauh sangat ke sampai perlu bekal?" kata Reen yang kebingungan.

"Nanti kamu tahu lah. Dah dah pergi cepat, nanti lambat sampai." Amboi, menghalau nampak. Tanpa membuang masa, mereka berlima berjalan mengikut ayah Zam yang dah memulakan perjalana

"Ayah ayah, kita nak pergi mana ni?" soal Reen yang sedang berjalan di tepi kiri ayah Zam. Dalam kehairanan, mereka masih menikmati pemandangan di sekeliling mereka.

"Gunung." sepatah ayah Zam menjawab. Tak tahan punya pasal, asyik tanya je. "Ha?!" masing-masing mempamerkan riak terkejut. Gunung? Dah ape ke jadahnya pergi gunung tu.

"Pergi gunung tu..."

"Nak buat apa ayah?" belum sempat Alwa nak habiskan ayat, Syaf menyelit. "Eyy dia ni, menyampuk pulak" marah Alwa lalu menayangkan buku limanya.

"Ampun ampun, janji tak buat dah" tangannya digayakan seperti meminta ampun dari raja. Tanpa mereka semua sedari, mereka sudah tiba di destinasi.

 Tanpa mereka semua sedari, mereka sudah tiba di destinasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LOLIPOPWhere stories live. Discover now