Bab 13

57 12 25
                                    

Kehilangan Alwa membuatkan puteri puteri lolipop bagai hilang semangat. Jadi Idraki selaku ketua ekspedisi mereka memanggil sebuah kereta kuda untuk membawa mereka semua pulang dengan selamat.

POV MIWARINA RAYSARA

Aku mengelap sisa air mata dipipi sambil mata meliar melihat pemandangan diluar tingkap. Matahari perlahan lahan hilang dan mula ke peraduan, dan cik bulan bakal menjelma sebentar sahaja lagi.

Aku menoleh sekilas ke tepi. Kakak aku, Syaf dan Reen awal awal masuk lagi sudah mula buat taik mata. Mungkin penat lepas apa yang telah kami lalui hari ini.

Kak Ummi, Idraki dan Thaqif my bae, mereka duduk di gerabak belakang berbentuk labu manakala aku, Syaf, Reen, Mirzan dan Kashaf di gerabak pertama. Tanpa aku sedari, aku mengeluh perlahan sebelum mataku mula hanyut tak dapat menahan kantuk yang berleluasa..

Miwarina Raysara umur 6 tahun....

Miwa sedang bermain enjit enjit semut dengan Syaf dan Alwa di taman istana yang luas gila, tak dilupa mereka pasti ditemani 3 dayang masing masing. Manakala Ummi dan Reen bersama sama menghabiskan masa dengan bonda mereka iaitu Ratu Razia membaca buku di dalam perpustakaan istana. (Allahu....macam nerd lak😂)

Sedang mereka sibuk bermain Miwa mula merasa bosan lalu berhenti bermain bersama kakaknya kemudian senyap senyap terus berlari dari kawasan tersebut. Disebabkan tindakan Miwa itu dayangnya tidak perasan bahawa Miwa tidak berada bersama kakaknya yang lain.

Raja Aizat yang memerhati anak anaknya sedari tadi dari tingkap istana terlihat tindakan puteri bongsunya itu lalu baginda terus turun untuk berjumpa dengan puterinya. Setelah raja itu mencari hampir 5 minit akhirnya baginda terlihat puterinya sedang bermain dengan rama rama berhampiran dengan pintu istana.

POV RAJA AIZAT

"Miwa apa yang kamu buat di sini. Bahaya lah kamu pergi seorang diri tanpa pengawasan daripada dayang"

"Hehehehehe sorry ayahanda. Miwa cuma rimas asyik kena ikut dengan dayang sebab nanti apa yang Miwa buat semua ditegur kata pakai seluar salah, panjat pokok salah. Ishh...  Semua pun salah lah. Bosan macam tu....." Miwa merenggek rimas pada ayahandanya. Raja Aizat tersenyum mendengar.

"Miwa kalau kamu ditegur bermaksud kamu buat salah. Semua itu adalah peraturan dan bukan kamu sahaja yang harus ikut malah hampir semua penghuni istana. Lagi pon apa yang kamu buat memang tidak dibenarkan lagi lagi kamu tu seorang puteri sayang." Raja Aizat menegur lembut puteri bongsunya.

"Baik ayahanda." si kecil Miwa hanya mampu menurut.

"Good macam nilah lah puteri ayahanda. Miwa.... sebenarnya ada sesuatu yang ayahanda ingin katakan tetapi kamu tidak boleh kasi tahu sesiapa kecuali kamu betul betul dalam keadaan darurat."

"Apa dia ayahanda?" kepetahan si kecil Miwa berumur 6 tahun berkata membuatkan Raja Aizat tersenyum lagi.

"Apabila sampai masanya kelak, akan ada sesuatu menimpa kerajaan kita. Pada masa itu, masa depan kerajaan dan bangsa Lolipop berada di tangan kamu dan si dia." entah kenapa Raja Aizat terdetik ingin memberitahu anak bongsunya. Terasa bagai  masa itu akan tiba tak lama lagi.

"Si dia?" Muka Miwa berkerut tak faham. Raja Aizat mengangguk lalu mengusap pipi Miwa. "Kamu akan faham apabila dewasa nanti. Yang pasti, simpan kemas di minda kamu."

Miwa mengangguk walaupun sepatah pun dia tak faham. Raja Aizat memimpin tangan Miwa dan dibawanya puteri kecil itu ke dewan makan.

"Selamat Hari Jadi Miwa!!"

Ratu Razia, para dayang dan pengawal dan juga kakak kakaknya menjerit mengucap selamat hari jadi pada Miwa. Miwa memandang gembira pada Raja Aizat disebelah.

"Yeay! Miwa dah umur 6 tahun!" Alwa dan Syaf berlari mendapatkan Miwa lalu mengucup pipi kiri dan kanan adik mereka. Miwa melompat gembira dan meluru peluk Ratu Razia. "Terima kasih semua! Miwa suka Miwa suka!"

 "Terima kasih semua! Miwa suka Miwa suka!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Raja Aizat tersenyum senang. Alhamdulillah..

POV MIWARINA RAYSARA

Aku tersentak dan terjaga dari tidur. Kenangan menyambut hari jadi aku yang ke-6 menjelma dalam mimpi. Aku mengelap peluh dingin yang hadir. Kenangan manis yang hingga kini aku ingat. Sambutan hari jadi aku yang terakhir dengan bonda dan ayahanda..

"Si dia? Adakah ini kejadian yang berlaku ni petanda dan amaran yang diberi oleh ayahanda? Dah tiba kah masa tu?"

Miwa hanya mampu berteka teki..

END POV MIWARINA RAYSARA



P/S: HAPPY BELATED BIRTHDAY TO OUR SWEETEST AND YOUNGEST LOLIPOP SISTER! fathieraz❤ Bab ni special for you so aku syafhere and umi_nami rahsiakan dan tak bincang kat group hehe. Happy birthday bebeh!

collaboration with syafhere and umi_nami

💙CikAlwaHibiscus
💝nazreenalias

LOLIPOPWhere stories live. Discover now