Bab 17

48 5 7
                                    

Setelah itu mereka pun memulakan rondaan masing masing. Setelah hampir 30 minit tiada siapa yang menjumpai apa apa sebelum tiba tiba White iaitu haiwan milik Miwa berhubung melalui haiwan milik semua orang. (Buat makluman anda semua, haiwan peliharaan mereka boleh communicate dengan tuan masing masing. Dalam bahasa apa, jangan tanya kami.😂)

"Tolong - tolong ada raksasa serang kami. Miwa cedera!"

Puteri - puteri Lolipop yang mendapat tahu bahawa adik bongsu mereka cedera merasa sangat marah dan mula cemas. Mereka serta merta berkumpul lalu mencari dimanakah group Miwa sekarang.

"Dasar raksasa tak guna! Korang ada kat mana sekarang?" kata Ummi dengan nafas yang turun naik manakala Idraki yang berada di sebelahnya sudah menelan air liur apabila merasa aura yang dikeluarkan Ummi.

Setelah mendapat lokasi melalui siulan White, mereka semua terus bergegeas ke tempat kejadian dan melihat Kim yang bersusah payah melawan makhluk hitam berupa harimau manakala Thaqif sedang cuba merawat Miwa yang tercedera di bahu.

Semua orang berasa sedikit gerun melihat binatang apakah di depa mereka itu. Hanya dua orang makhluk Allah ini yang tidak menunjukkan sebarang rasa takut mahupun gerun.

Syaf dan Ummi.

"Baiklah kami yang lelaki tolong Kim,korang pergi tolong Miwa " arah Idraki sambil mengerluarkan pedang yang tajam berkilat.

"No! Syaf, kau tolong hapuskan benda tu bagi pihak kitorang " kata Ummi sambil melihat Syaf yang tersenyum suka apabila mendapat arahan itu.

"Yes madam!" balas Syaf sambil mengangkat tabik hormat seperti tentera.

"Ehhh dia ni " jeling Ummi.

"Tapi, boleh ke weh dia sorang je?" Khashaf berkata sambil menelan air liur kerana gerun. Mirzan juga kelihatan agak keberatan untuk Syaf selesaikan ia seorang diri.

"Tak apa! Ni kan Syaf. Semua gerenti beres!" Syaf membalas sambil mengenyit mata.

Yang lain ketawa dan mula berasa tenang apabila pasti Syaf boleh uruskan masalah itu. Mereka berjalan menuju ke arah Miwa yang berehat di pohon Cadbury jenis Black Forest itu. 
"Miwa okay?" tanya Reen dengan nada risau.

"Sikit je ni " balas Miwa sambil tersenyum tawar.

Di situasi Syaf pula..

Syaf berdiri berhadapan binatang yang bertaring tajam itu. Dia menepuk bahu Kim menyuruh Kim beredar. Kim yang kepenatan dan luka sedikit, akur.

"Bring it on, monster " gumam Syaf perlahan sambil mengangkat tinggi pedangnya. Raksasa itu mengaum kuat seakan-akan menerima cabaran dari Syaf.

Raksasa itu berlari deras dan menganga luas mulutnya untuk menerkam Syaf. Tetapi Syaf lebih pantas lagi. Syaf mengelak ke tepi apabila raksasa itu ingin menghempapnya.

"Raksaaa tak guna! Berkecai badan aku yang tip top ni kalau kau hempap aku! Nahas kau!" Syaf mula tak berkompromi lagi dengan raksasa tu. Syaf memulakan serangannya dengan menghunus kuat pedangnya ke arah raksasa itu.

Raksaaa itu melompat ke tepi, mengelak hunusan pedang Syaf. Walau bagaimanapun, badannya tetap terkena hirisan pedang milik Syaf dan membuatkannya bertambah ganas dan bertindak gila.

"Ish tak kena lah pulak!" Syaf mengetap bibir. Dia berlari laju pada masa yang sama raksasa itu juga berlari deras ke arah Syaf. Raksasa itu cuba menghempap Syaf sekali lagi, dan kali ini raksasa itu berjaya!

Kedua bahu Syaf menahan rasa sakit apabila kuku raksasa itu terbenam sedikit ke dalam bahunya. Dia cuba menguatkan pegangannya pada pedang dan..

SHRING!

"ROARRRRR!!" ngauman sang raksasa bergema kuat apabila pedang Syaf terbenam dalam di perut raksasa itu. Darah membuak-buak keluar dari perut ia dan bagai air terjun, darah itu mengena pada wajah Syaf. Syaf yang berang, serta merta menendang perut raksasa itu untuk melepaskan diri.

"You messing with a wrong person, stupid monster " Syaf mengakhiri nyawa raksasa itu dengan hunusan terakhir.

SHRING!

Mati.

___________

Reen menyelesaikan balutan di bahu Miwa. Miwa mengerang kesakitan sedikit.

"Reen, lembut lembut lah sikit " tegur Ummi yang risau melihat Miwa. Reen mencebik. "Ala, dah cukup lembut san ayu dah ni!"

Mereka yang lain ketawa kecuali Kim dan Mirzan.

"Eh, serius ke tak apa Syaf urus benda tu sorang - sorang?" tanya Kim sambil memandang mereka yang lain disitu. Agak risau sebenarnya apabila Syaf aje yang pergi berlawan. Mirzan jugak mengangguk setuju dengan soalan Kim.


"Mes....." tidak sempat Reen membalas ada seseorang menyampuk.

"Mampus dah pun benda tu" kata Syaf yang muncul secara tiba - tiba di belakang VS Boys.

"Oh mak kau! " Latah mereka serentak.

"Kan dah kata!" kata Lolipop Girls serentak sebelum ketawa.

"Weh apa dah jadi kat kau ni? Berdarah satu badan macam hantu " tanya Khashaf sambil menghulurkan kain dan sebotol air mineral untuk menghilangkan sisa darah itu.

"Darah binatang tu terpercik kena aku " jawab Syaf ringkas lalu menyambut huluran Khashaf. Ketika mengelap bahagian bahu, Syaf mengaduh sedikit dan menyebabkan yang lain memandangnya risau.

"Kau tak apa apa ke?"

"Luka sikit."

"Ya Allah, luka sikit apanya macam ni? Teruk ni weh. Jom kita balik ke rumah tumpamgan tu balik. Keme rawat cepat ni!" Ummi mengarah sambil memapah Syaf yang tiba tiba tak berdaya.

"Dia hilang banyak darah ni sebab kecederaan kat bahu. Jom gerak weh cepat!" ajak Mirzan dengan cemas. Semua kabut berdiri dan cuba menolong apa yang patut. Mereka mula meninggalkan tempat itu.

Keesokan pagi kebanyakkan orang kampung mengucapkan terima kasih kepada mereka atas jasa mereka membantu menghapuskan makhluk itu. Beberapa orang dari mereka memberikan makanan sebagai alas perut kepada mereka sebelum meneruskan perjalanan. Mereka melambai mesra kepada penduduk disitu sebelum mula bergerak pergi.

Setelah seharian perjalanan, barulah mereka tiba di sebuah perkampungan biasa di Kerajaan Kit Kat. Keadaan disitu agak asing dan sepi membuatkan mereka yang lain berhenti dan turun dari tunggangan.

"Macam pelik je.." bisik Thaqif kepada yang lain. Miwa dan Syaf yang masih belum pulih sepenuhnya, hanya membisu sambil memerhatikan sekeliling.

"Kenapa sepi sangat?" tanya Idraki.

Syaf yang bagai tersedar sesuatu, menelan air liur. "This is bad. Sesuatu akan berlaku.." bisiknya sendirian.

Ummi yang perasan Syaf berubah gelisah, ingin membuka mulut bertanya tetapi Khashaf menyampuk terlebih dahulu.

"Jom kita masuk tengok-tengok."

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk di pintu utama Bandar Kit Kat, mereka semua tiba - tiba rebah satu per satu dan perlahan-lahan mula pengsan tidak sedarkan diri.

Apabila mereka terjaga, masing-masing sedar yang mereka berada di sebuah tempat asing, seorang diri...

Apakah yang dah berlaku?

Berjayakan mereka bertemu semula?

Nantikan pada bab akan datang 😊

This chapter written by : umi_nami

Edited by : qeylalala

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOLIPOPWhere stories live. Discover now