Bab 11

66 11 14
                                    

"Reen! Miwa!" Syaf menjerit memanggil mereka apabila terserempak di tepi tasik maple syrup.

Reen dan Miwa yang juga baru berjumpa, mengorak langkah menuju ke tempat Syaf dan Mirzan berteduh.

"Woi, jangan menjerit boleh? Pecah gegendang telinga aku." kata Mirzan sambil menjeling Syaf di tepi.

Syaf mengambil ranting kayu lalu mengetuk kuat lengan sasa Mirzan. Mirzan mengaduh kecil.

"Alahai, kami nak datang ni pun korang sibuk bersweet. Sweet couple." usik Miwa sambil tersengih sengih dan menyiku lengan Reen.

Reen mengangkat kening sambil tersenyum sinis, pakat nak mengusik Syaf dan Mirzan.

Mirzan mencebik. "Cuba ulang balik ayat kau tu kalau nak kena free gift botol ni kat kepala kau tu."

Thaqif yang baru sampai menjentik dahi Mirzan. "Berani kau nak apa apa kan dia? Hadap aku dulu!"

Miwa menjelir lidah. "Bluek! Thaqif backup aku!" kata kata Miwa membuatkan Mirzan bengang lalu mencampak botol air yang masih berisi separuh itu kearah Miwa. Miwa mengelak pantas.

Tanpa disangka, botol air itu terkena Ummi yang baru saja sampai. Yang lain terkejut, lagi lagi Mirzan.

Mirzan meneguk air liur apabila tiba tiba terasa aura membunuh disekelilingnya.

"Apa...kau cuba buat ni?" tanya Ummi dengan nada keras.

Mata ungu nya tidak lagi berkilauan indah tapi diganti dengan ungu gelap... pandangan yang membunuh diberikan kepada Mirzan!

"Er aku.. terbaling?" kata Mirzan dengan teragak agak.

"KAU CUBA BALING PADA MIWA KAN?" jerit Ummi sambil mengeluarkan pedangnya.

Pandangan tajam diarahkan tepat pada anak mata Mirzan yang menawan kalbu itu. (bagi Syaf la kot🙄)

"Ya ya! Ampun!" Mirzan cepat cepat melarikan diri. Ummi pantas mengejar jejak langkah Mirzan yang laju melarikan diri.

"Ke sini kau!"

"Ampun weh ampun...tak sengaja!!"

Mereka yang melihat ketawa berdekah dekah melihat situasi itu.

Khashaf, Kim dan Alwa sampai meleleh air mata sebab rasa lawak yang teramat.

"Itulah padahnya nak cari pasal dengan adik adik kami." kata Alwa dengan bangganya. Syaf bersep sep tangan dengan Reen dan Miwa.

"Dah dah lah tu Ummi. Meh sini duduk, tenangkan hati tu. Kita nak start bincang dah ni" panggil Idraki pada Ummi yang nun ditepi tasik, memerhatikan Mirzan yang dah jauh berlari sekeliling tasik maple syrup.

Ummi yang melihat senyuman Idraki terus sejuk sedikit hatinya.Dia melangkah kembali ke tempat asal mereka.

Beberapa minit selepas itu, Mirzan juga turut sertai mereka.

Ummi menjeling tajam Mirzan yang baru duduk di antara Khashaf dan Syaf. Mirzan tersengih sebelum meminta maaf.

"Sorry. Sakit ke aku baling kat lengan kau tu?"

"Sakit lagi hati aku ni." fuh menusuk jiwa Mirzan mendengar.

"Sorry tau." sekali lagi Mirzan menuturkan maaf. Ummi menjelingnya tanpa bicara.

"Kak Yong, biarkan jelah dia. Maafkan jelah ek?" pinta Syaf sambil membuat muka comel yang membuatkan hati Ummi cair.

Mirzan pun tak terkecuali. Tercair sikit melihat kecomelan Syaf. Lagi lagi Syaf seakan mem backup dirinya. Sikit je tak lebih!

LOLIPOPWhere stories live. Discover now