Bab 7 [ edited ]

79 14 20
                                    

Edited by : qeylalala

Ummi menarik nafas dalam. "Semua salah. Dah habis cerita" kata Ummi lagi dan memandang yang lain.

"Apasal kami pun kena sekali?" kata seorang lelaki iaitu Idraki Dayyan. Kata katanya itu mengundang jelingan dari semua orang.

Kawan kawannya dan para budak perempuan membuat muka seperti berkata, 'Apa masalah kau ni, nak cari pasal ke?!'

"Kau kata apa?" soal Ummi dengan muka tenang yang menakutkan. Matanya yang berwarna ungu juga bercahaya garang.

Semua menelan air liur setelah melihat Ummi yang kelihatan sangat menakutkan. Auranya juga berlainan dari kebiasaan. Kali ini Idraki turut cuak melihat perubahan aura Ummi.

Miwa yang cemas cuba mengambil hati Ummi agar dia tidak berterusan naik angin. "Kak, dah lah tu, Miwa lapar ni. Jom pergi makan! Akak tak kesian ke dekat adik akak ni. " Miwa berkata dengan nada sedih sambil membuat muka acah comel.

"Betul tu, Reen pon lapar kak! Jom kita pergi makan."

"Boleh ehh weh? Jom jom jom!" ajak Alwa sambil mengelip-ngelipkan matanya.

Hatinya yang panas sebentar tadi, mula surut suhunya. Ummi akhirnya mengalah.

"Fine, dahlah jom blah."

Mereka tersenyum lega apabila berjaya menyurutkan angin taufan dalam diri Ummi sebelum terkedek kedek mengikuti Ummi lalu berjalan meninggalkan lelaki lelaki tersebut.

"Eh, dia terus elok?" kata Thaqif yang sedari tadi mendiamkan diri, kehairanan.

"Haah, tulah aku pun pelik jugak." Khashaf menangkat kedua bahu dan masih memerhatikan kelibat mereka yang makin menjauh.

Mirzan mengenggam penumbuk sambil merenggus kasar. "Tapi boleh pulak dia orang tinggalkan kita macam tu je? Sakit hati aku!"

Kim sekadar mengelengkan kepala dengan sifat baran yang ada pada diri sahabatnya itu.

"Entahlah. Biarkan lah dia orang tu." kata putus Idraki sebelum mengorak langkah menuju ke tandas. Alamak sakit perutlah pulak!

🍭🍭🍭

"Kita nak makan kat mana ni. Aku dah lapar sangat dah ni."

"Haah, aku pun dah lapar gila dah ni!"

"Kau memang, kerja makan je tau. Buat kerja taknak. Pemalas! " perli Syaf yang bermulut bisa. Antara mereka berlima Syaf lah yang paling mulut puaka sekali. Memang tak reti nak kawal kepedasan dia tu ish ish ish.

"Betul tu betul tu! Dah lah makin gemuk." Alwa mengusik sambil mengembungkan pipinya.

"Ishhhh! Mana ada Reen gemuk. Kak, tengok dorang semua perli Reen!" Reen berlari mendapatkan kakaknya yang tercinta untuk mengadu. Ececeh mengada-ngada lah dah besar panjang dah tu.

"Haish, korang ni tau gaduh je. Tak puas ke tadi dah ada sesi bergaduh? Sudah-sudah lah tu. Dah jom pergi makan kat restoran sana." Sebelum dia naik pening, baik Ummi hentikan gaduh gaduh manja ni dan pergi mengenyangkan perut.

Yang lain mula berhenti mengusik sesama sendiri dan akur dengan arahan Ummi. Mereka menuju ke sebuah meja kosong berbentuk Choco Ball yang ditaburi choco rice. Dan paling wownya, kerusinya diperbuat dari kek sponge yang gebu dan empuk! Memang selesa tahap tak hingatlah jawabnya. Tapi haip, meja dan kerusi ni tak boleh dimakan ya!

"Adik semua nak makan apa?" waitress itu mengambil pesanan dengan penuh sopan.

"Bagi saya Nasi Goreng Warna Warni dan Air Blue Candy." Ummi membuat pesanan pertama.

LOLIPOPWhere stories live. Discover now