BAB 2

904 80 29
                                    

Kringg!!

Loceng berbunyi menandakan bermulanya sesi pembelajaran bagi semua pelajar SMKA Tunas Tarbiyah. Arif melangkah masuk ke dalam kelas setelah menyelasaikan yuran bulanannya di pejabat. Untuk membuang rasa bosan di dalam dirinya yang mulai bermaharajalela, sebuah buku rujukan diambil dari dalam begnya memandangkan tahun ini dia akan menduduki sebuah peperiksaan yang amat penting iaitu Siji Pelajaran Malaysia (SPM).

Bahu Arif ditepuk dengan kuat dari belakang membuatkan buku yang dibacanya tadi terpelanting ke belakang. Kedengaran hilai tawa di belakangnya. Kelihatan Basyir, rakan baiknya itu menekun perut menahan tawa dengan mata yang berair. Arif sudah berasa bengang dengan tabiat rakannya yang suka mengusik lagi – lagi dirinya.

" Kau memang tak hidup lama, Syir. Kau ni kalau aku mati kejung kat sini baru kau nak berubah kan? " Arif mengurut dadanya yang sudah melompat dua kali pada pagi ini sahaja. Basyir mengelap sisa air mata di hujung matanya. Kata - kata Arif sebentar tadi langsung tidak terkesan di hatinya.

"Alaa ... rileks arh Rif. Bukannya kau tak biasa kena sergah dengan aku setiap hari, bukan?" Basyir cuba membela diri. Sebaik sahaja dia menghabiskan kata – katanya, terus kepalanya diluku oleh Arif. Main - main pula dia ini!!

"Haah, memang best! Lain kali buatlah lagi, alang - alang aku boleh test kekuatan jantung aku ini." Arif menyindir Basyir. Basyir hanya tersengih – sengih di hadapannya.

"Huish, menusuk kalbu tu! Dah jom pergi perpustakaan. Sir Zainal arahkan semua ke perpustakaan tadi sebenarnya." Basyir mula mengambil buku yang beraitan untuk dibawa ke perpuatakaan. Si Zainal lebih suka menggunakan bilik diskusi di perpustakaan dengan alasan susunan mejanya yang menarik. Takkanlah pula dia hendak membantah. Ikutkan saja kepala cikgunya itu.

"Patutlah aku tengok senyap sunyi saja kelas ini. Cis, pergi tak buat notis!" Arif mula mengambil bukunya. Belum sempat dia melangkah dengan baik, tangannya ditarik oleh Basyir.

" Sabarlah, aku nak jatuh la kau buat macam ini." Arif separuh menjerit namun Basyir hanya membiarkannya.

"Mana boleh! Kita dah lewat tahu! Kau nak duduk luar bilik diskusi itu nanti? Aku pun ada maruah, wei! " Basyir manarik Arif sambil berlari ke arah perpustakaan.

"BASYIR!! PERLAHANLAH SEDIKIT!!" Teriakan Arif bergema di aras tiga itu.




" Imani duduk sini, Sumaiyah nak pergi beli makanan tau. Jaga tempat ni tau " Imani mengeluh mendengar pesanan Sumayyah itu.

" Berapa juta kali Sumaiyah nak pesan ni ? Dah pergi cepat nanti lambat masuk kelas pulak " Imani tergeleng – geleng dengan sikap Sumaiyah yang amat berhati – hati dalam sesuatu perkara.

" Untuk kali keseratus lima puluh juta ~ " Sumaiyah tersengih sambil menyebut salah satu baris daripada lagu melayu yang terkenal. Imani sudah tergeleng. Macam manalah dia boleh terlupa yang kawannya ini juga seorang yang suka main - main.

Sumaiyah segera menjalankan tugas sebagai pembeli makanan di himpunan 'Kami Lapar' di hadapan kaunter kantin sementara Imani, Aiyanie dan Nabila mencari tempat duduk. Kelihatan Aisyah serta Syaakirah sudah pun menjaga tempat bagi mereka berempat.

"Nasib baik kitorang tolong jagakan untuk korang. Kalau nak tunggu mana - mana tempat duduk kosong, alamatnya makan angin sajalah korang nanti." Aisyah mula 'membebel' tentang kepenuhan kantin sekolah mereka.

Syaakirah di sebelahnya laju mengangguk tanda menyetujui kata - kata Aisyah.

"Memang biasa macam ini ke? Tak penat ke hari - hari macam ini?" Imani mula menyediakan topik perbualan kepada mereka apabila keadaan mulai canggung.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now