BAB 5

673 71 12
                                    

Batu – batuan di jalan disepak hingga terpelanting jauh. Hatinya sakit dengan kata – kata yang keluar dari mulut Arif. Ikut hatinya mahu sahaja dia mencarik – carik mulut pemuda berlagak bagus itu tanpa mengenakan sebarang insurans. Namun, dia harus menjaga tingkah lakunya. Kalau tidak kemungkinan besar, rahsia peribadinya terbongkar dengan mudah.

Loceng rumahnya ditekan dengan malas. Setelah beberapa ketika menunggu, pintu pagar terbuka secara automatik. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah yang agak luas itu. Kelihatan ayahnya sedang membaca surat khabar di sofa. Ayahnya menoleh ke arahnya sekilas.

"Awal balik. Kata balik petang." Encik Taufiq hairan melihat anak gadisnya yang berwajah muram tidak bermaya.

" Tak ada mood nak belajar la, abi." Dia pantas menyalami tangan ayahnya. Walaupun masih sakit hati, peranannya sebagai seorang anak tidak pernah diabaikannya.

" Kenapa? Tak best ke sekolah kat sini? Kawan – kawan tak suka Imani?" Soalan itu membuatkan Imani terdiam seribu bahasa. Telapak tangannya diperhatikan sahaja.

" Imani ada buat sesuatu yang tak sepatutnya ke dengan tangan itu?" En. Taufiq mulai curiga dengan Imani. Berkali – kali dia berpesan agar tidak menggunakan keistimewaannya sesuka hati. Lagipun anaknya yang seorang itu kalau masih boleh bersabar, mungkin dia masih tenang. Kalau sudah dapat sebiji dengan Imani, maknanya pasti mangsa itu berjaya meruntuhkan tembok kesabaran Imani. Tahniah diucapkan kepada beliau.

" Tapi, dia tu ..." Imani terdiam melihat renungan ayahnya. Dia tahu dia takkan menang berlawan mulut dengan ayahnya.

" Esok, abi nak Im minta maaf dengan dia, boleh? " Imani mengangguk perlahan. En. Taufiq memandang Imani redup.

" Imani tidak suka? " Pertanyaan En. Taufiq mengundang rasa hairan dalam diri Imani.

" Tidak suka? "

" Iyalah. Dengan apa yang Imani dapat sekarang ini? Kekuatan yang lebih kepada kemusnahan ini. " En. Taufiq mengelus belakang Imani lembut sambil tersenyum ke arahnya.

" Im...tak tahu.." Imani mulai keliru. Adakah dia kembali mempersoalkan takdir Tuhan seperti dahulu?

" Setiap pemberian Tuhan pasti ada manfaatnya. Mungkin bukan sekarang tetapi masa akan datang. " Kata - kata En. Taufiq membuatkan Imani tersenyum nipis.

" Terima kasih, abi! " Imani memeluk En. Taufiq erat. 

" Im naik dulu." Imani meninggalkan ayah di ruang tamu dan mula bergerak ke kamar tidur namun, dia berpaling kembali ke arah ayahnya.

" Abi."

En. Taufiq berpaling ke arahnya sambil memandangnya lembut. Terasa kasih sayang seorang ayah dihantar melalui pandngan matanya.

" Seriously, thanks for rising me and Am until now, abi." En. Taufiq hanya tersenyum mendengar kata - kata Imani.

" Sememangnya tugas abi, Im. " Imani tersenyum memandang En. Taufiq sebelum naik ke atas semula.







Perlahan – lahan matanya dibuka. Kelihatan Ejen Imran serta Ejen Zackwan berada di sisinya. Dia cuba untuk bangkit namun perutnya masih terasa senak.

" Baring – baring sajalah. Kau bukannya larat sangat nak bangun." Kata – kata dari Ejen Imran menyedarkan Ejen Arif tentang sesuatu yang masih tidak sahih.

Lantas dia berkata – kata. " Siapa yang buat aku sampai cedera macam ini sekali? " Dia yakin pasti ada sesuatu berlaku dan kini dia hilang ingatan. Dia yakin seratus peratus. Ejen Imran mengeluh malas melihat Ejen Arif yang bagaikan membuat kesimpulan sendiri.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now